Followers

Tuesday, January 21, 2014

Bilalah hendak ada masa yang indah untuk menulis dan MyBrain15.

Assalamualaikum.

Sudah masuk pukul 6.15 petang. Sepatutnya saya sudah boleh balik pun.Tapi ada sahaja kerja yang hendak atau mahu di buat. Maknanya bila ada masa free, saya perlu selesaikan certain things. Kalau terus terbiarkan sahaja, akhirnya mesti semua jadi serabut.
Memang tidak seronok sebenarnya, sebab saya bukan jenis orang yang mempunyai jadual harian. Bila sudah banyak perkara, beginilah jadinya. Biru hijau kuning.
Rasanya saya memang perlu ada JADUAL. Sebab sudah terang bersuluh, saya sudah tidak mampu menggapai pelangi dengan keadaan saya sekarang.

Kalau di fikirkan, masa ini memang syiok terus balik rumah. Namun sudah lama sangat blog saya ini tidak ber update. Banyak sangat kisah-kisah pelangi indah yang belum di post lagi ke dalam blog.
Dari story family Singapore datang ke KL pada cuti Krismas lepas.
Haziq luka di kepala dan di jahit di ICU Hospital Serdang.
Membeli persiapan persekolahan Haziq.
Haziq mula bersekolah kebangsaan dan sekolah rendah agama.
Saya mendaftar kembali di semester baru OUM dan kuliah pertama telah pun bermula pada 19 January lepas.
Aduhai, bilalah ada masa yang indah untuk menulis.

Lately memang tiap-tiap hari adalah meletihkan. Adakah sebab berat badan saya yang sudah berlebihan dan itu membuat saya cepat letih ??
Rasa macam hendak ambil cuti panjang. Tapi apa kan daya, saya ada tanggungjawab yang perlu di galas.
Saya seorang isteri dan mother.
Saya juga ada seorang pensyarah.
Saya lagi adalah seorang pelajar Master separuh masa.
Saya tambah galasan di bahu ini sebagai seorang peniaga kecil-kecilan.
Hidup kita ini tidak pernah lari juga dari menjadi seorang anak, kakak, adik, anak buah, sepupu, sahabat dan banyak lagi.

Saya faham mengapa emak dan abah, sentiasa bertanya bila hendak balik kg?
Namun saya ini adalah satu yang keperluan menuntut saya berada di IUKL pada setiap hari Sabtu dan alternate 2 weeks pada hari Ahad di OUM.

Hanya pada Allah saya berserah untuk di beri kekuatan menyelitkan masa untuk dapat pulang ke kg, amin.
Alhamdulilah, rezeki dari Allah ke atas semua yang saya dan keluarga nikmati.

Semalam bantuan RM100 untuk pelajar sekolah sudah boleh di ambil. Walaupun saya bercuti semalam, memang tidak sempat hendak ke sekolah pada waktu yang di tetapkan.
Hari ini, rupanya kaklang sudah ambilkan duit itu untuk Haziq sama masa kaklang ambilkan duit untuk Ezad petang tadi di sekolah.

Semalam saya bercuti. Perkataan terbaik ialah sebab Penat.

Macam biasa pada hari Sabtu saya bekerja, mengajar student diploma partime untuk masa 4 jam.
Hari Ahad pula ada kuliah Master dari jam 8.30 pagi hingga 3 petang.
Serius rasa macam hendak menangis, sebab otak saya sangat penat.

Buat masa ini saya tengah settle kan proses permohonan MyBrain15. Tadi baru sempat bagi segala salinan sijil untuk di sahkan pada adik. Adik bekerja di JPJ Putrajaya. So minta tolong boss adik untuk sahkan sijil. In sha Allah malam ini dapat balik salinan itu.
Esok pula hendak ke OUM Shah Alam Learning Center. Saya perlu dapatkan sain coordinator program pada borang MyBrain15. Esok itu saya sebagai passenger sahaja. Saya tumpang kereta Jofina. Kawan kelas OUM.

MyBrain15 ialah bantuan pembayaran yuran dari kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelajar Master dan PhD.
Kerajaan mahu lebih ramai rakyat Malaysia mempunyai pendidikan dan berkelulusan tinggi.
Untuk peringkat Master, MyBrain15 akan memberi bayaran terus fees kepada IPTA atau IPTS sebanyak RM 10,000 dan RM1500 untuk thesis.
Semoga Allah mempermudahkan urusan saya ini, amin amin amin.

Yang bahagia sentiasa.
Haslina


2 comments:

Ina Hashim said...

akak yang baca ni pun rasa penat Lin sbb Sabtu n Ahad pon x rehat huhu

btw, MyBrain15 tu boleh ke klu belajar part time?akak ingatkan kene bljr fulltime baru leh apply

Ms Haslina said...

huhu, kena redha sahaja.

a,ah kak. boleh mohon kalau study part time pun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails