Followers

Thursday, January 16, 2014

Salam Maulidur Rasul - kisah kehebatan Rasullulah s.a.w

Assalamualaikum,

Salam Maulidur Rasul yang di sambut pada 14 January 2014 bersamaan 12 Rabiulawal 1435H.

Kongsi kuliah 30 minit bersama Ustaz Don baru-baru ini mengenai kisah Nabi s.a.w. Kata Ustaz Don, tidak perlu rasany kita bercerita lagi mengenai Sunnah Nabi s.a.w, kerana sudah ramai orang menjalani kehidupan harian berlandaskan 100 Sunnah tersebut. Permandangan yang memakai serban, sudah tidak asing lagi. Apatah lagi mereka yang memakai jubah. Sampai pengantin pun sudah ada yang memakai jubah.
Alhamdulilah.

Ustaz Don menceritakan lagi, kelebihan semua Nabi-Nabi yang terdahulu ada Allah kurniakan pada Rasullulah s.a.w. Di ambil kisah Nabi Sulaiman yang di beri kelebihan oleh Allah untuk bercakap dengan haiwan dengan menggunakan bahasa haiwan tersebut. Tapi pada Nabi Muhammad s.a.w, Allah kurniakan perkara yang sama, namun lagi lebih kerana haiwan-haiwan tersebut berbicara dengan baginda dengan menggunakan bahasa Arab.

Bayangkan seekor kijang berbicara dengan Nabi menggunakan bahasa Arab. Kisah kijang, ialah menegur Nabi semasa Nabi melalui kawasan tersebut. Kijang itu sedang diikat dan ia adalah hasil buruan tuan rumah di situ. Kijang mohon di lepaskan kepada Nabi, kerana katanya susunya sudah terlampau penuh. Kijang mohon untuk menyusukan dua ekor anaknya di hutan sana.
Selepas ia menyusukan anaknya, ia berjanji untuk kembali ke situ. Nabi bersetuju dan melepaskan kijang tersebut. Sementara kijang pergi kehutan, Nabi tetap menunggu disitu.
Kemudian seperti yang di janjikan, kijang itu kembali semula. Nabi mengikat semula kijang pada tali.
Selepas itu, Nabi terus berjumpa tuan empunya kijang. Nabi meminta untuk membeli kijang tersebut. Orang itu bersetuju untuk menjual, tetapi terpulang pada Nabi untuk membelinya dengan harga yang di sukai.
Nabi bertanya lagi, berapa harganya?. Ulang orang itu, terpulang pada Nabi.
Lalu Nabi membayar sejumlah wang. Dan melepaskan kijang itu ke hutan semula.
Allahuakbar, hebatnya Nabi kita ini.

Laginya kuliah Ustaz Don, memberitahu yang batu yang mati itu pun mengucapkan salam pada Rasullulah s.a.w. Bukan setakat yang hidup, yang mati pun tidak mahu ketinggalan untuk bertemu Nabi.
Ya Allah, beruntungnya kita mendapat seorang Nabi yang tersangat hebat.  

Ya Allah teringinnya untuk memiliki buku kisah hidup Nabi, semoga ada rezeki untuk itu. amin

Klik untuk melihat Garis Masa Perjalanan Hidup Rasullulah s.a.w




Credit pictures to Azamireaders blogspot




3 comments:

mamaarifakeemaisy said...

Rasulullah adalah contoh tauladan yg terbaik, teringin juga nak memiliki buku kisah2 nabi..

Eliss said...

bagus jugak kalau dapat beli satu buku tu.

Ms Haslina said...

eina dan eliss
my friends, semoga di permudahkan kita untuk ada buku kisah hidup Nabi saw.
amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails