Followers

Friday, February 28, 2014

Semester Dua di OUM.

1st time anak-anak datang sekolah mama masa registration day.

Assalamualaikum,

Ya Allah rindunya teramat hendak menulis. Namun hendak buat macamana kan. Masa itu emas. Makanya saya terpaksa menggunakan masa itu sebaik-baiknya. 

Sungguh terasa yang saya tidak mampu membahagi masa untuk menulis di sini. Kekangan workload di office dan juga tanggungjawab di rumah memang sudah cukup membuat hari saya padat dan akhirnya waktu senggang yang ada, saya gunakan untuk berehat. 
Feeling sayang dan rindu sangat-sangat pada HC dan juga anak-anak, Haziq, Haifa, Haqeem dan baby Hafiy. 
Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas kebaikan HC menjaga anak-anak semasa saya tiada di rumah pada hari Sabtu dan juga hari Ahad. Serius, saya sendiri tidak dapat menjaga comel empat orang sama seperti HC menjaga mereka.

Alhamdulilah 5 January lepas, saya telah mendaftar untuk semester 2 di OUM. Masa itu result peperiksaan belum keluar lagi. Mode perasaan adalah cemas.
Seminar pertama bermula pada 19 January 2014. Masa itu result tetap belum keluar lagi. Akhirnya pada 24 January bersamaan hari Jumaat, alhamdulilah keputusan peperiksaan officially keluar.
Perasaan : Syukur pada ALLAH. Yang penting saya lulus. Untuk scorer itu tidaklah juga. Namun saya bangga dengan diri sendiri. Walaupun dengan jadual yang boleh di katakan padat. Saya mampu juga dengan izin dari yang ESA. Alhamdulilah.
Kini, sudah melepasi seminar 3. Lagi 2 seminar yang perlu di attend sebelum Final Examination pada pertengahan April 2014 nanti.
Mode sekarang ialah menyiapkan dua assignment untuk dua subjects. Due date untuk uploading file assignment ialah pada 9 February, jam 12 am di myVLE OUM.

Tidak pasti ada ikan atau tidak pun.

Semester ini, untuk subject Quality Management, lecturer berbesar hari membantu students untuk mendapat markah yang lebih baik dengan mengadakan individual presentation beside of the doing assignment only. Alhamdulilah juga, lecturer berpuas hati dengan presentation slide juga content dari saya pada seminar 9 February lepas.

Kisah di office. Students sedang menduduki peperiksaan untuk Semester September 2013. Alhamdulilah, barulah ada ruang untuk bernafas dengan lebih baik. Kelas pada hari Sabtu pun sudah selesai. Wow, seronok dapat bersantai riang di rumah pada hari cuti.
Planning ialah siapkan assignments master. Baca report final project student dan bagi mark sekali.

Semoga ALLAH permudahkan urusan hambanya ini. Amin amin amin.

Wasalam

Feeling Wonderful 
Haslina

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails