Followers

Wednesday, March 26, 2014

Demam, OUM dan Hafiy sudah 1 tahun.

Assalamualaikum.

Panjang waktu berdiam diri, rupanya sudah masuk minggu terakhir bulan Mac.
Awal bulan baru ini, sibuk dengan menanda kertas peperiksaan akhir student. Everything done smoothly, alhamdulilah.

Masuk minggu ke dua, baby Hafiy kena demam panas. Batuk dan selsema pada ada sama. On off demam Haify, tapi hanya waktu malam until pagi. Saya dan HC memang tidur macam tidak tidur selama itu. Masuk hari Khamis pula, saya demam. Campur dengan batuk teruk dan selsema. Ada 2 ke 3 hari saya muntah teruk sebab gastrik.
Ya ALLAH, semoga sakit hambamu ini dapat menjadi kafarah atas dosa-dosa yang lalu, amin.

Masa minggu itu juga, Haifa dan Haqeem pun demam sama, tapi tidak seteruk baby Haify. Hari Ahad itu, HC, anak-anak, adik (minta tolong drivekan kereta) dan emak sama, pergi ke emergency Hospital Putrajaya. Ialah sebab demam sudah dekat seminggu, Doc klinik suruh check darah takut kena denggi.
Alhamdulilah semua orang di jauhkan dari denggi. Hafiy kena sedut gas sebab teruk dengan kahak dan selsema.
Saya masa itu tinggal di rumah seorang diri sahaja.

Masuk minggu kedua, baby Hafiy sudah beransur sihat, walaupun masih ada demam ringan sekarang ini. Namun tidak seteruk hari itu.
Haqeem yang demam teruk pada minggu lepas. Mula-mula Haqeem ok, tidak demam. Kemudian tiba-tiba sahaja Haqeem demam teruk. Panas tiba-tiba. Memang HC masukkan ubat bontot. Kasihan Haqeem. Kalau masa Haqeem tidak demam pun, dia tidak aktif sangat.

Hari Isnin baru ini, kami ke emergency Hospital Putrajaya lagi. Daftar jam 5 petang, jumpa Doc jam 8.30 malam.
Saya tahu, Doc dulukan kanak-kanak yang memang tengah high fever. Masa kami ke Hospital itu, Haqeem sudah di masukkan ubat bontot semasa pergi ke klinik. Doc klinik yang bagi refer letter untuk bawa Haqeem ke Hospital.
Darah Haqeem diambil sekali lagi. Malam itu Haqeem di masukkan air dalam 1/2 botol dan juga di X-Ray di dada. Masa pergi ke bilik X-Ray, saya di iringi staff hospital. Saya dukung Haqeem dan staff pegangkan air yang di drip pada Haqeem.
Masa berjalan itu lah staff itu bercerita yang PM sudah buat PC mengenai MH 370 pada jam 10 malam. Sah katanya flight berada di Lautan Hindi. Ya ALLAH, memang sedih dan sebak rasanya, bergenang air mata. Saya cakap dengan staff itu, mungkin ini musibah / ujian yang ALLAH turunkan pada kita rakyat Malaysia supaya kita kembali ke jalan yang benar semula. Staff itu mengiyakan cakap saya itu.

Alhamdulilah Haqeem tiada asma.
Habis air di masukkan, masa itu sudah jam 11.30 malam. Doc pakar kanak-kanak pun sudah selesai check Haqeem. Kami di benarkan pulang.

Memang keadaan di emergency penuh dengan kanak-kanak demam. Kasihan sungguh. Ramai datang bawa anak dengan balutan kain tuala sahaja, ada yang balut dengan kain pelikat. Ada yang basahkan tuala, lap pada anak, sementara menunggu giliran.

Saya mula bekerja hari Isnin baru ini. Batuk masih ada,tapi sudah berkurangan.
Haqeem semenjak balik dari Hospital, alhamdulilah sudah tidak ada demam lagi. Cuma seriuslay, badan Haqeem susut sungguh.

Dalam musibah / ujian yang Allah bagi pada kami, syukur Haziq dan HC sihat. Haziq tetap pergi sekolah agama belah pagi dan sekolah kebangsaan sebelah petang seperti biasa. Cuma masa jerebu tebal itu, Haziq tidak ke sekolah. Risau tengok cuaca teruk sangat.

Happy birthday to Muhammad Hafiy pada 13 / 3 / 2014 lepas. Alhamdulilah comel bam bam sudah 1 tahun. Pity Hafiy birthday dalam demam teruk.

Emak balik kg semalam. Dekat 3 minggu emak di KL, sebab dua kali adik-adik emak dari Singapore datang ke KL sebab ada kenduri kawin.
Abah datang KL dengan Angah. Emak pun memang sudah kena demam teruk juga.
Semalam petang masa otw balik kekg, emak warded di Senawang Specialist. Semoga ALLAH sihatkan kesihatan emak, amin.

Saya terpaksa ponteng seminar 4 kelas di OUM. Sebab masa itu memang sudah tidak larat.
Kelas di OUM sudah habis 23 Mac baru ini. Sekarang ialah journey untuk ke Final Examination pada 17/4 dan 20/4 nanti.

2 comments:

A.H.A.D said...

alaaa cian hafiy

hepi belated bday hafiy!
semoga jadi anak yg soleh

Ms Haslina said...

amin, terima kasih gee.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails