Followers

Wednesday, April 2, 2014

Anak-anak tidak sihat kembali.

Assalamualaikum.

Hari Isnin lepas, 1st day Haziq masuk sekolah semula lepas mid term break seminggu. Haziq pergi SRA belah pagi dan SK belah petang.
Dan Haziq kena cirit birit dan muntah-muntah lagi. Sebabnya ialah makan nasi lemak dan sambalnya sekali di kantin SRA. Dulu pun Haziq pernah kena macam itu juga. Puncanya masa itu Haziq makan mee hoon goreng di kantin SRA juga.
Kasihan tengok anak lemah sahaja. Lepas itu mengadu yang perut tidak sedap. Mestinya beranginkan.
Malam pertama tidur itu, memang pakaikan Haziq pampers saiz besar. Ialah takut Haziq tidak sempat ke toilet.
Dan masuk hari ini, barulah HC bawa Haziq pergi ke klinik. Doc bagi MC dua hari untuk Haziq.

Haqeem pula, pagi tadi lepas saya pergi kerja tidak lama lepas itu, HC whatapps gambar Haqeem. Patutlah macam lemah sahaja rupanya naik merah-merah satu badan Haqeem. Alhamdulilah tiada demam kata HC. Kasihan Haqeem, badan dia kurus betul. Akibat dari demam lepas, ini tambah lagi sakit yang lain.

Haifa pula masuk 3 hari juga kena muntah dan cirit-birit, tapi mild sahaja.

Memang petang tadi ini, HC bawa semua anak-anak pergi klinik. Kasihan anak-anak, semuanya tidak lalu makan. Hilang selera. Alhamdulilah baby Hafiy sihat cuma masih ada batuk dan selsema. Baby Hafiy juga kuat makan.

Minggu lepas, alhamdulilah semua orang sihat. Cuma baby Hafiy dan Haqeem ada demam malam. Tapi mild sahaja.
Selang seminggu diaorang semua kiranya sihat. Allah uji lagi kami minggu ini.

Ya ALLAH Ya tuhanku, ampunilah dosa-dosa hambamu ini. 
Sihatkan anak-anak hambamu ini seperti sediakala Ya ALLAH.
Amin

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails