Assalamualaikum.
Bersiaran kembali.
Esok start cuti until Isnin plus Selasa pula ialah Wesak's Day.
Hendak kata cuti itu tidaklah juga. Pagi esok saya pergi melawat student practical di Negeri Sembilan. Di kesempatan itu, terus balik kg sekali.
Hari Jumaat belah pagi, bertolak dari KL terus ke Seremban 2. Habis di situ saya, HC dan anak-anak, tapi tidak termasuk Haziq. Kami akan balik ke kg. Belah petangnya saya akan ke Rembau pula. Gosh....saya ini nama sahaja orang Nogori. Tapi negeri sendiri pun failed juga. Banyak tempat yang saya belum jelajah lagi. Rembau itu pun baru sekali pergi, masa sekolah menengah. Fuh...
Op, story mengenai Haziq ialah sekarang ini Haziq memang tidur di rumah kaklang. Lagi pun ujian di sekolah kebangsaan masih ada lagi esok. Sebab itu tidak dapat bawa Haziq balik kg sama.
Tambah lagi, Haziq ada tuition dan swimming class pada hari Sabtu. Phuh...
Sedih juga sebab Haziq tak dapat joins sama.
Hari Sabtu dan Ahadnya nanti cuma beraktiviti di kg sahaja. Mungkin kemas-kemas barang dari rumah KL yang di pindahkan separuh ke kg pada 30/4 lepas.
Kami sefamily selamat berpindah sepenuhnya ke Apartment Vista pada hari Rabu lepas. Memang tidak berkesempatan follow lori balik ke kg petang itu.
Saya dan HC memang penat sangat-sangat.
28,29 & 30 April 2014
Minggu lepas pada hari Isninnya, saya bercuti. Sebab continue kemas barang di rumah.
Hari Selasa pula, pergi klinik gigi. Huhu, sebenarnya cadangan untuk cabut gigi ialah selepas pindah rumah. Tapi HC yang berkeras untuk saya cabut gigi pada hari Selasa itu.
Sebabnya dekat seminggu lebih, asal malam sahaja, time hendak tidur, gusi mula berdenyut kuat. Sakit. Gigi geraham saya yang di tampal telah pecah.
Masa hari cabut gigi itu, baru tahu pasal gigi yang sakit ialah geraham bongsu. Cemas juga masa Doc beritahu condition gigi geraham bongsu.
Kalau tidak boleh di cabut dengan cara biasa. Kena X-ray dulu dan perlu buat cara lain iaitu dengan cabut gigi guna pembedahan kecil. Gulp...telan air liur.
Terus berdoa dalam hati, semoga di permudahkan ALLAH, amin.
Tetap kira-kira juga, kerana Company cuma cover dentist until RM200 sahaja.
Syukur pada ALLAH. Doc perempuan di situ dikurniakan skill yang sangat sangat bagus. Cuma dua kali tekan dan terus dapat cabut. Gigi cantik penuh, tiada pecah. Alhamdulilah. Hasil kebas di mulut dari cucuk bius bertahan sampailah ke malam hari.
Total cost cabut gigi untuk gigi geraham ialah RM130 + ubat (antibiotik) dan consultancy RM45 = RM175
Walaupun saya baca di situ, cost untuk cabutan gigi geraham starting from RM 150 ke RM400.
Untuk gigi geraham biasa ialah starting dari RM80.
Alhamdulilah, dapat cukup untuk buat claim di office.
POLIKLINIK AN-NISA' PUTRA PERMAI
No. 5, Jalan Bandar Putra Permai 8/1,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.
Tel - 03 89458414
Waktu Operasi: 9.00 pagi-10.00 malam (Isnin-Jumaat), 2.00 petang - 6.30 petang (Sabtu-Ahad)
Habis cabut gigi, balik rumah dan terus masukkan kain baju yang boleh di bawa naik kereta. Masa itu Haifa dan Haqeem, kami hantar kerumah kaklang. Kaklang memang insist supaya letak anak-anak di rumah dia masa proses pindah rumah.
Makanya cuma saya, HC dan Hafiy sahaja ke Vista. Rumah memang HC sudah cuci dan bersihkan pada hari Isnin malam.
Sampai di Vista terus angkat barang guna troli yang dipinjam dari office. Lepas itu kami ke management office untuk letak deposit RM250 untuk proses shift in, ASTRO dan Air cond installation.
Hendak di jadikan cerita lebih panjang. Masa kami habis di Vista ialah pada jam 4 lebih petang. Dan ALLAH memberi ujian, bateri kereta habis jangka hayat hari itu, 29/4/2014. Kiranya genap setahun usianya.
Alhamdulilah ALLAH bagi rezeki lebih untuk gaji bulan April. HC pergi beli bateri baru dengan Adik naik motor. Price RM240 kalau tidak silap untuk harga bateri.
Saya dan Hafiy duduk tunggu dalam rumah Vista. Makanya Hafiy merasmi rumah baru dengan tidur sekali masa time menunggu itu. Rumah sudah ada kipas siling, air cond di bilik tidur dan juga carpet yang telah di angkat oleh HC sebelumnya.
Saya pula, baca Metro seronok-seronok. Puas sungguh rasanya. Sebab jarang sungguh buat masa sekarang ini dapat membaca suratkhabar cover to cover.
Feeling wonderful sangat sebab dapat duduk rumah yang di beli sendiri.
(Cukuplah selama bekerja 14 tahun ini, 3 tahun sahaja pengalaman duduk rumah sewa di Puncak Jalil sebelum ini)
Sebelum itu, duduk dirumah selama 11 tahun di Pandan Indah adalah rumah pemberian Abah. Duduk percuma sahaja. Duit rumah tidak perlu di bayar. Cuma bayar part bill sahaja.
Orang lain umur seperti saya dan HC sudah lama beli rumah sendiri dan kereta sendiri. Tapi rezeki kami lambat. Namun saya meredhainya. Allah bagi kami lambat, hikmahnya sentiasa ada.
Sebab saya meredhai apa sahaja kurniaan ALLAH. Saya tidak pernah aims untuk beli kereta baru, rumah besar. Bagi saya impian itu biarlah ALLAH yang tentukan.
Rumah Vista ini dibeli pada tahun 2011, tahun yang sama kami beli kereta baru Proton Persona. Pada mulanya kami langsung tiada merancang untuk membeli rumah pada tahun itu. Tidak pernah terfikir langsung.
Planning yang ada ialah untuk membeli kereta pada awal tahun 2011 itu. Tapi perancangan ALLAH mendahului kita hambanya. Kami bayar downpayment rumah Vista dengan duit yang asalnya untuk beli kereta. Itu pun tetap ada juga bantuan dan tambahan dari sumber lain juga.
Hikmah di situ, ALLAH bagi rezeki lebih pada hujung 2011, duit itu kami bayar duit muka kereta Persona yang pada asalnya tertangguh.
Saya sain SnP agreement rumah masa sarat mengandungkan Haqeem dan juga masa yang sama juga saya sain surat beli kereta.
Kami dapat kunci rumah masa saya lepas habis berpantangkan Haqeem, kiranya dalam bulan 10/2011.
Rumah Vista saya ialah di tingkat 5 dari 20 tingkat keseluruhannya. Kemudahan lif adalah laju. Dan lif ada di mana-mana sahaja. Naik pergi parking di tingkat 5 pun ada lif laju.
Keadaan waktu malam adalah sangat-sangat sejuk. Maklumlah namanya pun Bukit Serdang.
Dan waktu petang pun cukup panas. Kalau jemur kain, makan masa tidak lama untuk kering.
Deretan kedai di area management office terdiri dari kedai runcit Uncle Cina, kedai makan melayu, kedai jahit India, kedai makanan Arab, kedai makan Cina, kedai barang terpakai + runcit Arab, kedai gunting dan kedai dobi.
In sha ALLAH nanti sambung lagi kisah pindah rumah ini.
Hari Isnin nanti saya akan visit student di Loji Rawatan Air di Kuala Kelawang dan belah petangnya pula site di Sendayan. Habis semua, kami akan terus balik ke KL.
Nota Kaki
Saya rasa cukup bahagia dan gembira. Terima Kasih pada ALLAH dengan kenaikan gaji yang tidak di sangka pada tahun 2014 ini.
Alhamdulilah.
Terima Kasih pada mereka yang baru follow blog saya. In sha ALLAH will do the same to your blog after this.
2 comments:
seronoknya tgk Lin dah pindah rumah baru,....nnti snap2 la pic rumah ye plus gambo anak2 comel lin jugak serta maknya(rindu lama x jumpa)
wah dpt naik gaji banyak ye?syukur...rezeki anak tu
alhamdulilah, tq kak ina.
semoga urusan kak ina sefamily di permudahkan juga nanti.
huhu, pictures, in sha ALLAH kak.
maknya ini sudah gemuk.
peace.
Post a Comment