Followers

Tuesday, October 27, 2015

Duduk di kg masa cuti sekolah september lepas

Haqeem memang sentiasa bersemangat

Rambut anak-anak bujang aku memang cepat panjang. 
Tidak menyempat hendak pergi kedai gunting.


Kisah di kg ini ialah pada cuti sekolah bulan September lepas. Masa ini musim jerebu sudah bermula rasanya. Sekarang ini nampaknya jerebu sudah macam berkurangan. Harap harap cuaca kembali pulih seperti dulu.

Basikal anak-anak aku yang 4 biji itu bukan semuanya ada letak di kg. 2 biji warna hijau dan putih tu ada di rumah KL. HC beli 2nd hand secara online. Owner tu jumpa HC di Bukit Jalil. Alhamdulilah basikal memang berkeadaan baik.
Yang Haqeem punya, abah yang belikan, brand new. Punyalah sayang benar abah dengan Haqeem, kalau tidak silap basikal ini di beli masa zaman aku berpantangkan Hafiy. Yang part Hafiy punya tu, ialah basikal abang Haziqnya masa kecik dulu. 2 basikal ini memang ada di kg. 
Jangan tidak tahu ok. basikal dari KL tu memang kami bawa pergi balik. Sumbat muat dalam bonet kereta Persona. Alhamdulilah.

Masa cuti sekolah tu, Haziq, Haifa dan Haqeem tinggal di kg dalam seminggu rasanya. Lagipun cuti sekolah memang seminggu pun masa tu.
Sudah memang dia orang yang hendak duduk di kg. Aku minta izin emak abah dulu. Semestinya emak abah happy. Di kg ada adik lelaki aku yang duduk dengan emak abah.

Monday, October 19, 2015

Selamat menempuh peperiksaan akhir buat Haziq

Picture masa Raya Puasa lepas

Semoga Muhammad Haziq tenang dan di permudahkan untuk menjawab soalan peperiksaan akhir tahun. Mama doakan Haziq berjaya dan lulus dengan cemerlang untuk semua subjects ye sayang. Mama tahu Haziq mampu.
Ya ALLAH permudahkanlah buat anak ku dan juga anak-anak kawan-kawan yang lain.
Ameen Ameen Ameen

Exam sekolah kebangsaan sudah bermula pada 15 October 2015 Khamis lepas. Insha ALLAH bersambung semula esok 20 October 2015.
Untuk sekolah agama, jadula belum di keluarkan lagi.

Since minggu sebelumnya dan minggu lepas, Sabtu dan Ahad memang Haziq dan Izad pergi tuition. Kaklang yang bayarkan. Tuition dari hari Jumaat malam 8-10pm. Sabtu dan Ahad pula 3-6pm dan 8-10pm. Memang mengeluh budak-budak. Tapi aku tahu my sister sangat ambil berat pasal exam.
Semoga Haziq dan Izad di beri kesihatan yang baik juga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails