Followers

Tuesday, January 19, 2016

Harga baju tadika kemas dan baju sekolah anak-anak 2016



Kisah belanja barang sekolah anak-anak. Tahun 2016 ini kami membeli untuk 3 orang sudah. Sebelumnya hanya Haziq seorang sahaja. Memang lewat membeli belah kami. Maklumlah cuti sekolah baru-baru ini leka sungguh bercuti sakan.
Lepas mendaftar Haifa dan Haqeem pada 1 January 2016, kami balik ke kg. Pada hari Sabtunya kami ke Batu Kikir untuk membeli keperluan mana yang ada lah. Alhamdulilah baju di situ boleh tahan murahnya dan juga masih berquality. 
Di situ kami membeli - 
  1. Baju kurung tadika kemas cotton Haifa RM sepasang RM 20.90 x 2 = RM 41.80
  2. Baju kurung putih cotton Haifa RM 9.90
  3. Singlet Haifa RM 6.90
  4. Baju kemeja tadika kemas cotton Haqeem sehelai RM 16.90 x 2 = RM 33.80
  5. Seluar panjang tadika kemas Haqeem RM 16.90
  6. Seluar panjang Haziq RM 19.90
  7. Baju sekolah kain licin Haziq RM 15.90
TOTAL RM 145.10

Sebelum itu kami membeli kasut sekolah di Giant
  1. Kasut Diadora Haziq RM 39
  2. Kasut seperti gambar di bawah sepasang Haifa dan Haqeem, RM3.60 harga promosi x 4 = RM 14.40
TOTAL RM 53.40



Kedai M&M Store

  1. Membeli stokin (3 pasang satu plastic) RM 9 x 3 = RM 27
  2. Track Suit RM 10 x 2 pasang = RM 10
  3. Tshirt putih RM 6 x 2 pasang = RM 12
TOTAL RM 49

Kedai Hari-Hari
  1. Baju Melayu kain licin Haqeem sepasang RM 31.90
  2. Samping biru Haqeem RM 8.90
  3. Singlet Haifa RM6.90
Total RM 47.70

Fees Haifa dan Haqeem total RM 360

Makluman kami memang tiada membeli beg sekolah baru pun. Haziq masih pakai beg tahun lepas. Haifa dan Haqeem pakai beg sekolah BEN 10 kaklang bagi, turun dari Ezad.

Total out semuanya ialah RM 655.20
Kami shopping barang sekolah anak-anak ialah dalam bulan January ini. 
Planning on February, inshaALLAH belikan Haziq sepasang baju sekolah lagi dan juga mungkin beg sekolah baru juga. Bagi aku kedai M&M Store dan juga kedai biasa sahaja di kg aku menawarkan harga yang berpatutan. Mungkin beza harga until RM10. 
Mungkin ada kedai lain yang tawa harga lebih murah. Tapi bagi aku itu sahaja yang termampu untuk survey serba sedikit. 


Beg BEN 10 

6 comments:

MISSNICK said...

Perkongsian yg bagus untuk rujukan ibu bapa yg ada anak sekolah...

Ms Haslina said...

Hehe, biasa-biasa sahaja dear. Tapi memang kita kena bijak membeli. Jangan di ikut sangat kehendak anak-anak. Kalau kita mampu sesangat, itu lain kan

Unknown said...

Dekat mana sis beli uniform sekolah tadika tuh? Beli siap ye?

Unknown said...

M&M kedai kat batu kikir ke

Ms Haslina said...

Hi Aysha, a,ah saya beli siap di kedai.

Ms Haslina said...

Hi Unknown, a,ah kedai di Batu Kikir tu. Memang setiap tahun nampaknya saya membeli di situ.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails