Followers

Friday, January 15, 2016

Haifa dan Haqeem di Tadika Kemas dan Haziq sudah darjah 3

Alhamdulilah sudah 15 hari kita di tahun 2016. Happy New Year!!!

Aku hendak kongsi kisah Haifa dan Haqeem yang mula bersekolah pada 4 January 2016 lepas. Tahun lepas patutnya Haifa sudah mula bersekolah tadika. Tapinya di sebabkan kami langsung tidak menghantar form untuk masuk tadika kemas, makanya Haifa terlepas untuk sekolah pada umur 5 tahun. Kami cuba juga pergi tadika pada awal Januari 2014. Mana tahu kalau masih ada tempat kosong. Hendak buat macam mana, memang bukan rezeki Haifa.

Makanya pada bulan July 2014, kami mencuba lagi mengisi borang untuk ke tadika. Entahlah, pada mulanya aku bercadang hendak masukkan Haifa ke tadika swasta dekat dengan rumah sahaja. Mungkin sudah rezeki anak-anak aku, kami cuba juga isi borang pada July. Terus cikgu nya cakap insha Allah mungkin ada kosong. Entahlah mak pak asyik tidak tetap keputusan.
Alhamdulilah, rezeki.

Pada 1 January 2016, adalah hari pendaftaran di tadika kemas bukit kuchai. Fees yang perlu di bayar pada hari itu ialah RM 130 seorang. So bayar RM260 untuk Haifa dan Haqqem. Aku pun tidak pasti detail fees tu. Yang aku faham ada dapat buku latihan dan juga color pensil. Lain-lain lagi, aku tidak pasti.
Ada penambahan RM 50 untuk 2 pasang baju sukan. So tambah bayar lagi RM 100.
Total pendaftaran ialan RM 180 seorang. Bulan-bulan pula fees ialah RM 35.
Di tadika memang ada di beri makan dua kali. Sekali ialah sarapan, selalunya memang coco crunch dan susu. Lepas itu ada makan lagi, yang berat sikit lah.
Waktu belajar ialah dari jam 8 pagi ke 12 pm.
Untuk sesi petang ialah pada jam 12.30 pm ke 4.30 pm.
Satu kelas/sesi cuma untuk 25 orang pelajar sahaja.
Haifa memang dapat sesi pagi dan Haqeem pula ialah pada sesi petang. HC yang minta tukarkan Haqeem untuk masuk sekelas dengan Haifa. Ialahkan, untuk kemudahan kami yang menghantar dan mengambil anak-anak sendiri.

Haziq pula sudah masuk darjah 3 tahun ini. Alhamdulilah Haziq masih dapat kekalkan diri dalam kelas 3 Intan. Makluman masa darjah 2 pun Haziq dalam 2 Intan. Masa darjah 1, Haziq dalam kelas ke 5/7. Setiap darjah ada dalam 7 kelas kalau tidak silap. Kedudukan ikut kelas ialah mengikut nombor exam keseluruhan untuk 7 kelas. Haziq ialah dalam kelas ke 3/7. Alhamdulilah, syukur pada ALLAH. Best part lagi kali ini iala Haziq akhirnya dapat sekelas dengan anak Kaklang. Ezad ialah cousin Haziq.

Masa pendaftaran pada 1 January 2016.
HC yang pergi masa ini.
Aku di rumah dengan Haziq dan Hafiy 

1st day pergi sekolah. 
Abang Haziq ikut sekali masa HC hantar Haifa & Haqeem
Keluar dari rumah dalam jam 6.50 am.
Kami duduk di Bukit Serdang, dekat dengan Astro
Tadika ialah di Bandar Kinrara.
Dalam dekat 7.30 am gitu sudah sampai tadika 
Dan HC sampai kerumah semula pada jam 8.15am


Haziq bersekolah petang.
Sad to say, kami terpaksa berhentikan Haziq sekolah agama kerana kami tidak mampu untuk ulang alik ambil hantar.
Kalau sekolah agama, waktu ialah 7.45am ke 11am. Manakala sekolah kebangsaan waktu ialah 1.15 pm ke 6.35 pm. Kasihan pada Haziq yang tiada tempat rehat dan untuk lunch, mandi bagai kalau dia bersekolah agama then hendak sambung ke sekolah petang. Untuk bawa balik Haziq ke rumah lepas sekolah agama dan hantar semula ke sekolah petang, ianya adalah impossible!!!
Kami perlu tempuh jem yang panjang..
Selalunya pagi dan tengahari memang HC yang akan ambil dan hantar anak-anak. Kalau belah petang, aku cuba gilir-gilir dengan HC untuk ambil Haziq balik sekolah.

Kalau aku yang ambil Haziq. Jam 5.40pm, aku mula keluar dari office. Sampai sekolah Haziq around 6.15 pm dalam keadaan jem yang bergerak. Naik kereta semula pada jam 6.45pm. Cantik sampai rumah sebelum jam 7.30 else masa azan maghrib else awal sikit bergantung pada traffic.

Why anak-anak tidak naik transport?
Sebabnya rumah kami ialah area Bukit Serdang dan sekolah semuanya di Bandar Kinrara. Ia adalah 2 kawasan jajahan yang berbeza. Memang tiada bus atau van.
Laginya, kawasan aku duduk ini tiada tadika kemas.
Sekolah di bukit jalil pula adalah PENUH. Pernah cuba minta tukar Haziq masa tahun lepas, tetapi tidak berjaya.
Sekolah di bukit serdang pula ratanya ialah sekolah cina.

Kenapa Haziq bersekolah di Bandar Kinrara?
Tahun 2011 untuk May 2014, rumah kami ialah di Puncak Jalil.

Dan akhirnya aku dan HC memang tawakal pada ALLAH untuk urusan kami dengan persekolahan anak-anak.
Semoga ALLAH memberi kekuatan, kesihatan yang baik pada aku dan HC, ameen.

Happy sokmo.
Alhamdulilah, both adalah behave

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails