Macam kelam kabut sikit kali ini. Makanya picture comel kami berenam adalah tiada. Huhuhu.
Aku sendiri kiranya hebat gitu, langsung tidak ada ambil cuti raya. Aku bekerja until hari Selasanya.
Anak-anak cuma ada kasut raya sahaja. Semuanya pakai kasut converse. Kan trend sekarang kasut tu saiz kecik. Aduhai comel bangat. Hafiy yang 3 tahun pun dapat sepasang sama.
Makanya sebab tidak sempat dan tiada masa, kami semua pakai baju raya seadanya sahaja.
Kami di kg selama 4 hari untuk hari Ahad.
Puas dapat makan asam pedas dan masak lemak udang air tangan kakak ipar aku. Terbaik.