Beg hitam yang aku selalu sandang bawa pi balik kerja. Dalam ini penuh dengan journal article pasal safety dan accident at construcion sites. Syukur la nie tak perlu bawa dah. Insha Allah chapter 4 dan 5 ok ok sahaja nanti.
Bismilah.
Memang sepanjang tahun ini adalah paling sibuk buat aku. Impact dari menyiapkan writing thesis master yang masih tidak sampai ke penghujungnya. Mana berat mata aku memandang berat lagi bahu yang memikul. Allahuakbar.
Aku ni memang aku perasan, banyak sungguh ujian mendatang dalam masa aku menuntut ilmu di peringkat Univ. Since dari diploma lagi, aku memang kena extend, degree pun aku alami keadaan yang sama walaupun aku sering berdoa untuk grad on time. Dan sekarang ini pula untuk level master pun masih keadaan yang sama berulang. But aku redha, always. Sebab aku tahu dan sedar, siapalah aku ini yang hendak di beri itu dan ini hebat sangat. Bukan aku tidak mencuba, tapi begitulah. Peluang di beri untuk menuntut ilmu pun bagi sudah cukup bersyukur.
Cukup cukup sudah aku di beri suami yang baik, anak-anak yang comel dan sihat, mak pak dan adik beradik yang sihat bahagia. Apa lagi yang hendak kan. Kita ini cuma manusia biasa yang ada kekurangan dan ada kelebihan. Pencaturan Allah always the best ever after.
Dilema aku untuk critical kan review untuk chapter 2 memang berat. Sambil dengan aku cuba fahamkan sendiri melalui pembacaan notes, articles yang akhirnya aku terpaksa surrender. Memang makan masa berbulan untuk siapkan dan fahamkan semua itu yang akhirnya aku terpaksa mengalah juga.
Kisahnya lagi aku pula tidak pernah dan tidak mahu membuat kerja thesis di rumah. Makanya semua dan semua itu aku perlu selitkan di waktu bekerja.
Memang aku sedih sangat sebab methodology yang aku planning untuk di gunakan nanti, akhirnya aku terpaksa let go kan. Sebab aku cuma dapat fahamkan half way sahaja method yang aku suka tu.
Lagilah macam hendak nangis pun ada masa itu. Sedih sungguh jadi student partime ni, semua kena fikir dan buat sendiri. Tiada guide langsung dari SV. Syukur sungguh aku bekerja dalam bidang education, makanya rakan-rakan opis ramai jadi cikgu aku bila ada masalah. Hanya Allah dapat balas budi derang pada aku.
Di opis ini bukan tiada yang ambil cuti bergaji, cuti tanpa gaji hanya untuk buat write up Phd thesis derang. Bayangkan lah, menulis bukan suatu perkara yang mudah. Pengorbanan adalah sangat sangat besar. Aku ini yang baru penulis thesis peringkat master pun sudah ke tengah ke tepi laut dah.
Akhirnya untuk equation aku terpaksa pilih juga yang commonly used by previous researcher. Walaupun sebenarnya harapan aku tinggi untuk buat sesuatu yang baru untuk thesis ini. Aku gabungkan final finding methodology yang aku berkenan tu dengan equation yang orang selalu guna. Suka hati aku je kan..hahahaha.
Throwback kisah dalam bulan Nov 2016, aku berjaya submit chapter 1 pada SV aku. Dan dia accepted chapter 1 aku without correction masa itu lah. Then bulan Dec 2016 memang aku continue terus untuk chapter 2 dan 3. Syukur part questionnaire aku dah siap dah. Sambil aku buat chapter 2, aku buat sama chapter 3 di mana aku tengah pilih equation mana yang hendak di gunakan nanti untuk buat analysis. Kalau tidak silap aku siap dulu chapter 3. Kemudian struggle lagi untuk siapkan chapter 2.
Sepanjang ramadhan tahun ini, alhamdulilah cuti semester student kali ini adalah panjang. Makanya aku ambil peluang ini cukup cukup dan bulatkan semangat untuk siapkan chapter 2 aku. Kali ini mesti kasi siap punya.
Bulan puasa, aku full swing di office. Kelas tiada, makanya memang depan komputer sajalah aku ini. Berpinau pinau mata rasanya. Penat memanglah penat, macam biul sikit pun ada. Sebab tengah paksa diri, macam rasa overload pun ada. Planning aku ialah untuk siapkan mana yang patut sebelum bermulanya cuti hari raya. Tapinya aku tewas juga. Penat sangat dah.
Mana dengan dekat dekat hendak raya, aku gigih buat kek dan kek lagi waktu malamnya. Aku redha saja. Badan tak boleh terima lagi dah.
Chapter 2 ni, bagi aku yang payah ialah sebab hendak buat critical review. Itu belum lagi hendak rephase ayat sebab hendak elakkan berlakunya plagiarism. Satu hari paling kurang aku dapat buat sehelai dua sahaja. Sudahlah LR aku ni, bermuka muka suratnya.
Lepas naik cuti hari raya, aku nekad mesti kasi habis planning aku. Menjelang pagi Rabu 5 July, lepas aku sendiri check turnitin untuk pastikan semua chapter is less than 30% similirity. Aku terus email complete chapter 1, 2, 3 dan questionnaire pada SV aku. Aku tawakal. Serah bulat-bulat pada Allah.
Bayangkan, aku buat semua tu di office sahaja. Dengan selit menyelit kerja-kerja office. Akibatnya mananya aku sempat hendak shopping raya sikit pun. Demi my master thesis kan. Aku ok ok kan sahaja.
Until detik ni, my SV belum lagi reply email aku, cuma dia maklum received my email tu through whatsapp. Seram sangat juga sekarang ini. Aku planning untuk submit full report untuk mohon viva sebelum end of August ni. Sudah tak mampu lagi tanggung beban di bahu.
Ya ALLAH permudahkan urusan thesis ku ini ya ALLAH. Hanya pada mu aku berserah, ameen.