Followers

Wednesday, September 26, 2018

Story kerja di office, yang tidak pernah sudahnya..kan

Assalamualaikum.

Sudah dekat hendak sampai ke penghujung September. Yang di tunggu tunggu ialah hari Jumaat ini. Maklumlah hari gaji. 

Hari ini 1st time aku mula minum nescafe. Memang sudah lama berenti dengan nescafe ni. Lama bertahan, akhirnya hari ini aku bancuh nescafe, tapi kurang kaw, biasa biasa sahaja. Asal lepas rasa tekak dengan pahit nescafe. Syukran

Baru ini tadi aku habis update slides untuk nota kelas traffic & highway. Siapkan tutorial question dengan answer scheme sekali. Kalau buat kerja bagus habiskan terus. Nanti sampai masa untuk tanda kertas tutorial, mesti syiok sebab jawapan sudah ada. 
Banyak kadang aku ini memang penat untuk berfikir. Ialah, bagi seorang yang mempunyai background engineering, tapinya bermasterkan project management. Memang banyak perkara perlu aku ambil tahu, wajib baca dan baca lagi.
Hari Isnin baru ini aku ada kelas construction management untuk student diploma. Ok, lecture pasal osh. Content dengan topik compensation dan juga ergonomik hazard.
Hari Selasa ada lab structure dengan student degree civil. Kelas adalah di penuhi oleh student Arab, student China dan seorang gegirl India Malaysian. Aku semestinya story dengan student India, nama Yogaa, kisah aku juga yang tersepit in between lelaki yang ramai masa aku study diploma di UTM JB dahulu kala. Kisah perempuan yang sedikit amat masa aku study dulu. Aku bagi semangat sikit pada Yogaa. Hihi.
Esok kelas traffic and highway. Content esok ialah pavement design dan pavement distress.  Kelas management of large construction sudah habis untuk semester ini. Yahuu
So kisahnya begitulah otak ni di bahagi antara lab structure, jalan raya, large constraction dan juga construction mgt. Ia adalah 4 subjects yang berbeza. 
As orang engineering, walaupun major on mgt, mesti juga back to basic. Allahu. Yes otak saya tired. Tapi bak kata orang kan...this is  what we call passion.



Penat tunggu nombor giliran di panggil, kita ambil gambar dulu. Pictures di Ikea ialah pada April 18. Masa ini ialah mission mencari kabinet dapur. Alhamdulilah syukur pada ALLAH bagi rezeki pada kami sekeluarga. 
Kakak Haifa tengah pujuk Haify untuk sama sama bergambar.


Hahaha dan haha lagi. Punyalah lama aku ini tak pergi education fair. Akhirnya August baru ini aku kerja full day di KLCC. Dari jam 9.30 pagi until 7 pm. Feeling adalah seronok. Sebab dapat jumpa kawan kawan Fakulty lain. Maklumlah opis aku ini kawasannya besar, bukan boleh jumpa semua orang pun kalau pergi kerja. So, ia adalah hari yang best. Hubby dan anak anak pula seharian di rumah mak mentua pada hari tu. Dari kerja hari Sabtu ini, dapatlah aku satu hari cuti replacement.


Mak pakai sportshoes sebab nak kena jalan jauh kan, dari tepi jalan ke KLCC masa hari kejadian bekerja.

1 comment:

Unknown said...

Use this diet hack to drop 2 lb of fat in just 8 hours

Well over 160,000 men and women are trying a simple and secret "liquid hack" to drop 1-2lbs each night while they sleep.

It's proven and works every time.

This is how to do it yourself:

1) Get a clear glass and fill it up with water half the way

2) And now use this strange hack

you'll be 1-2lbs thinner the very next day!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails