Followers

Friday, April 13, 2018

Hari pertama sekolah 2018


Macam sibuk sangat pulak kan. Nak update blog pun tak sempat. Betullah orang kata, hendak menulis ini bukan senang. Perlukan MOOD yang baik. Teringat kisah thesis writing aku tahun lepas. Harap maklum yang antara penyebab delay ya amat thesis aku ialah sebab write up lah. Bila semua material sudah ada , MOOD hilang. Makanya bertangguh dan bertangguh lagi.
Tapi penyebab aku siap juga akhirnya ialah pertama dengan izin DARINYA juga. Syukur. Sebenarnya banyak dugaan halangan untuk siapkan menulis thesis aku. Bukan sekadar MOOD sahaja. Yang melalui nya sahaja, tahu perit jerih untuk bergelar pelajar separuh masa.

Picture pertama di atas ialah anak nombor 3 aku, Haqeem. Sudah masuk darjah 1, sama sekolah dengan abang kakaknya. Kalau tengok saiz badan, Haqeem nampak lebih besar, tinggi dari kawan-kawan kelasnya. Infact, Haqeem memang tinggi dari kakaknya yang darjah 2. Belajar rajin-rajin ya Haqeem, mama doakan Haqeem berjaya di dunia dan juga di akhirat, ameen.


Ini pula picture Haziq dengan kawan baik amat dia, Rayyan. Haziq berkawan dengan Rayyan since Haziq masuk darjah 3 dulu. Sebelum itu Haziq bersekolah di sekolah lain. Alhamdulilah, walaupun naik kelas lain, mereka berdua tetap dapat bersama. Rezeki derang. Bapak Rayyan ini ialah producer dan emaknya ialah wartawan. Depa dua orang ini kalau bercakap asyik cakap omputih jea. Sup sap sup sap.

Haziq dan Haqeem bersekolah sesi pagi. Haifa pula sesi petang. Sekolah ini lain sikit, sebab sesi pagi ialah untuk darjah 1, 4, 5 & 6. Yang darjah 2 & 3 pula ialah sesi petang. Waktu sesi persekolahan untuk sekolah Kuala Lumpur dengan sekolah Selangor juga tidak sama. Dulu Haziq sekolah di Bandar Kinrara, Selangor lah. Sekarang ini sekolah di jajahan Kuala Lumpur.

Kecian derang bertanya-tanya juga dengan aku dan hubby, kenapa sekolah derang tiada padang sendiri. Itulah, macam pelik pulak sekolah tiada padang. Ialah aku dulu sekolah kg sahaja, padang merata-rata. So kalau ada sukan tahunan memang sekolah ini terpaksa pergi padang di tempat lain. Tahun ini hari tu sukan di buat di padang UPNM.


2 comments:

irman_rahs said...

pasting begini pastinya akan seronok dikenang pada masa akan datang kan..

Unknown said...

Water Hack Burns 2 lb of Fat OVERNIGHT

Over 160,000 women and men are trying a easy and SECRET "water hack" to lose 1-2lbs every night in their sleep.

It's very simple and works on anybody.

Here's how you can do it yourself:

1) Get a drinking glass and fill it up with water half glass

2) And now use this weight losing hack

and be 1-2lbs lighter as soon as tomorrow!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails