Hendak atau tidak hendak aku layan main-main drama di tv. Mula-mula layan gitu-gitu sahaja. Lama-lama..aduhai aku terkesima..aku kena layan betul-betul drama-drama ini. Macam best sahaja tengok PIERE ANDRE dalam SIONG, BEEGO dalam ALIFF FIRDAUS dan ADY PUTRA dalam NA-O-MEI melakonkan watak masing-masing.
Tapi kekadang termiss juga beberapa scene, sebabnya anak sudah 2 kan. Ada sahaja yang kena layan on the spot.
Cerita ini memang belum habis lagi. So hari ini kena layan lagilah cerita ini. Hendak juga tengok apa macamana Siong itu 'dihapuskan'. Adakah Ria akan kembali ke rumah emaknya semula?

Sebabkan tiada apa hendak buat aku tengoklah juga cerita ini. Aku suka tengok penampilan Jasmin Hamid. Tapi tidak suka dengan Maria Farida yang berpakaian terlalu seksi. Suka tengok rumah-rumah dalam drama ini.....semuanya lawa besar canggih...kaya sungguh owner sebenar rumah itu..kan. Yang aku tidak puas hati sampai sekarang ialah..Apanya kisah hitam Irma as a Dira yang membuat emak Beego as Aliff tidak suka pada nya?... Langsung tiada penjelasan sungguhh..
Drama dibawah ini memang tidak payah di perkenalkan lagi. Memanggggggg best...sungguh layan dan tidak menyakitkan kepala. Tapi aku tidak tengok dari mula-mula cerita ini. Aku tengok masa itu scene sudah di Pulau. Aku tidak tahu macamana kisah masa Jasmin Hamid jadi Na-O-Mei. Tidak kisahlah macam mana...kan. Yang penting hati terhibur melihat lakonan ADY PUTRA. A
Ada siapa-siapa ingat tidak masa scene Ady Putra menyanyi dan petik gitar sekali...sedapnya suara dia. Boleh jadi penyanyi dia ini.
Tapi masa last episod minggu lepas macam menunjukkan yang Ady Putra juga anak angkat?. Anak siapa pula dia ni?..
4 comments:
Lin,
akak mmg follow dari 1st episode dulu lagik...takleh miss woo...lagu tema tu pun dia yg nyanyi..mmg mantops gituk..suka sgt dia lakon na o mei nih..selamba badak jek...sangat KELASSSSS!!!!
Woo..iyea kea kak..saya ni kekadang ada termiss gak...
kat drama ni lah baru sapa perasan kemantapan lakonan ady putra...
kite layan citer NaOme ngan siong ja..best gak kan..suka gak tgk anak aznah hamid tu bertudung camtu..kiut..terasa teringin la pulaks..hehe..
itulah kan..mana yg best kita layan..hari tu mmg ada nak beli tudung camtu..tapi suami tak kenan..padahal lom cuba lagi pakai...
:(
Post a Comment