Kisah 14/8/2020.
Dua anak yang soleh ini tengah siap-siap hendak pergi sekolah petang. Sempat mama ambil pictures buat kenangan. Masa ini Hafiy darjah 1 dan abang Haqeem ialah darjah 3. Kakak dan abang Haziq sekolah sesi pagi.
Hafiy memang paling suka pergi sekolah. Bila sekolah di tutup sebab covid 19, memang Hafiy down sungguh. Kata Hafiy pergi sekolah ialah untuk menambah ilmu. Pandai cakap si kecik ini.Usaha pun memang kuat untuk belajar. Memang dari sekolah tadika dulu, Hafiy memang rajin. Masa akhir sekolah tadika Hafiy dapat piala untuk tokoh Matematik. Menitik air mata mama bila cikgu sebut nama Hafiy masa itu. Hubby pun terkejut sama. Syukur pada Allah.
Aku pun pelik selalu yang ada kerja rumah hanya kakak dan Hafiy. Yang dua orang lagi, bila di tanya, sudah siap kerja rumah di sekolah. Erm..
1 Mac 2021 nanti Hafiy yang akan mula sekolah physical seorang dulu. Hafiy masih sekolah sesi petang. Abang Haqeem dan kakak mula sekolah 8 Mac 2021 sesi pagi. Abang Haziq mula sekolah bulan April.
Buat masa ini aku dan hubby tiada membeli apa-apa persiapan persekolahan anak-anak. Alhamdulilah pakaian dan kasut tahun lepas masih muat di pakai.
No comments:
Post a Comment