mSTAR online.
Ada yang mahukan Adira sebagai juara mereka, tidak kurang juga Shahir. Bagaimana pula dengan Maulana, Daus atau Iwan?
Mungkin juga soalannya kini, bukan siapa yang akan jadi Juara AF8, tapi lebih tepat rezeki siapa?
APA KATA SELEBRITI/PERSONALITI
Atilia:
“Saya jarang menonton AF8 tetapi saya rasa Adira akan bergelar juara.”
Farhan AF4:
“Saya pilih Maulana sebab dia ada kualiti, lain daripada yang lain, berbakat dan boleh menyanyi.”
Intan Ladyana:
“Saya pilih Daus sebagai juara AF8.”
Linda Jasmine:
“Mula-mula saya nampak Adira ada potensi untuk bergelar juara dan saya agak dia akan jadi pilihan orang ramai tetapi sekarang masing-masing menunjukkan peningkatan dan kekuatan masing-masing.”
Rozita Che Wan:
“Saya suka suara Shahir dan mestilah saya nak dia yang menjadi juara. Selain itu, dia mempunyai pakej yang lengkap. Dia juga bernasib baik sebab lagu baru yang dia akan nyanyikan semasa konsert akhir nanti sangat best.”
Akim AF7:
“Kalau dilihat dari segi semangat, persembahan dan peningkatan, saya rasa Daus layak untuk bergelar juara. Bukan sahaja menghiburkan malah dia juga sering memberikan idea kreatif dalam sesetengah persembahannya.”
Meet Uncle Hussain:
“Suara Maulana cukup bagus. Dia boleh pergi jauh kalau ada penyusun lagu atau produser yang boleh menolongnya.”
Edry KRU:
“Ikutkan kelima-limanya layak bergelar juara tetapi saya lihat Shahir ada suntikan untuk menarik perhatian masyarakat umum berdasarkan latar belakang. Dari segi bakat, saya rasa semuanya ada kelainan tersendiri.”
Edrie Hashim:
“Terus-terang, saya jarang menonton AF8. Bagaimanapun, saya rasa Shahir mempunyai ‘x-factor’ yang lain dari yang lain. Dia juga boleh menarik peminat dengan pakej dan cara penampilan.”
Azwan Ali:
“Saya tak pernah tengok AF8 tetapi saya tetap memerhatikan perkembangan semasa program itu. Saya dapat tahu Shahir mempunyai aura tersendiri dan mempunyai harapan untuk bergelar juara.”