Followers

Friday, March 4, 2011

Neraca hidup


Di umur menjelang 35 tahun ini, aku merasai yang dugaan hidup semakin menebal. Semua itu aku pasti mesti memerlukan satu tahap kesabaran yang cukup tinggi untuk menempuh dan melaluinya.

Aku bekerja dan aku melihat kelebihan kekurangan mereka di sekeliling aku. Seringkali timbul juga rasa cemburu dalam hati. Tapi aku cuba tepis pelan-pelan dengan setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.
Dan aku meredhainya.

Ialah, kenapa dia ada kereta cantik dan baru?. Kenapa aku masih driving kereta yang sama lagi.
Hikmahnya kenapa aku mesti lupa dengan nikmat lain yang ALLAH beri pada aku.
Aku di beri cahaya mata yang sungguh comel. Sedang dia tidak mempunyai itu. Mungkin ALLAH gantikan hilai tawa tangisan si comel dengan rezeki kereta yang gah begitu.
ADIL..KAN GITU.

Sama juga, kenapa dia asyik dapat kesana sini hingga kehujung dunia. Aku pula bersyukur sudah sampai ke tempat yang wajib bila mampu MEKAH dan MADINAH masa menunaikan umrah dulu. Alhamdulilah.
Keindahannya sama juga, ALLAH menggantikan kesedihan hatinya dengan kegembiraan melancong.
Aku pula ALLAH gantikan dengan hubby yang sentiasa berada di sisi. Juga dengan nikmat kesuburan untuk mendapatkan zuriat. Alhamdulilah.
ADIL JUGA...KAN.

Oleh itu jangan sekali-kali kita mempertikaikan apa yang orang lain ada dengan diri kita sendiri.

Lagipun memang sudah termaktub gitu, sekiranya berkawin itu atas niat hendak mempunya suami atau isteri yang bijak pandai.
Maka itulah sahaja yang ALLAH kurniakan.

Kalau mahu pasangan yang kaya raya, iya itu juga sahaja yang ALLAH bagi.
Dan kehidupannya juga nanti tidak mungkin sama dengan orang yang bersuamikan orang sederhana. Semestinya pekerjaan suaminya lebih sibuk dan tidak dapat meluangkan banyak masa untuk keluarga. Kerana juga semestinya beban kerjanya adalah lebih tinggi bersesuaian dengan pulangan yang didapatinya.

Mungkin juga semua itu bergantung pada niat dalam hati sendiri. Apa yang kita mahukan dalam hidup suami isteri sebenarnya.

Syukur pada ALLAH, kerana antara doa-doa aku di depan pintu KAABAH satu masa dulu mengenai jodoh telah aku dapat dengan hubby tercinta.
Dan aku tidak pernah menyesal atas jodoh ALLAH untuk diriku yang kerdil ini.
;))

p/s biasalah ibu mengandung memang emosi gitu. sebab itu post pun macam emo sahaja.
hikhikhik.
namun aku tetap insan yang lemah. aku juga punya hati dan perasaan.

4 comments:

Ina Hashim said...

Lin,

Allh tu Maha Adil...diberi tu,ditarik yang ini..takkan tiap org berhak dapat semuanya dari DIA...kan?

Ms Haslina said...

a'ah kan kak.
itulah yg boleh hati ini jadi redha atas apa yg berlaku.
;))

faridmw said...

salam..
allah maha kaya... minta apa sahaja.. insyallah allah maqbulkan... cepat dgn lambat..
semoga dimaqbulkan apa yang diminta itu..

Ms Haslina said...

salam kembali,
dik farid. sungguh benar belaka.
amin amin amin.
;))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails