Followers
Wednesday, March 16, 2011
on the road from PD to Melaka
Lepas seronok main pasir pagi Ahad itu, 6 March 2011 kami ke Melaka. Ialah, apa saja aktiviti yang hendak dibuat di PD bagi akulah, melainkan mandi manda sahaja.
Cadangnya hari Ahad itu kami hendak melawat ke mana-mana muzium di PD. Namun aku beritahu hubby, rasa macam malas hendak keluar dari kereta tengahari gitu. Panas betul masa itu.
Lagi syok kita berjalan dengan duduk dalam kereta sahaja.
Sebelum bergerak itu sempat kami lunch dulu berdekatan Petronas di PD. Kedai yang sebelah kedai bundle dan kedai buah.
Pertama kali-kalinya kami akan ke Melaka mengikut jalan lama. Ikut jalan dari PD then terus ke Lubuk China dan terus lagi. Memang aku tidak tahu pun jalannya macamana. But kami ikut signboard sahaja.
Tapi kelakarnya aku ini duk cakap dengan hubby.
Adakah kita akan termasuk jalan ke Merlimau nanti ni ye?. Sebab hari Ahad itu ialah hari mengundi. Sah-sah mesti jem teruk gitu. Risau juga. Sehingga sampai Melaka, aku tetap tidak boleh imagine di mana sebenarnya location Merlimau itu.
Perjalanan kami petang itu full dengan permandangan rumah orang Melaka sahaja di kiri dan kanan.
Ada satu tempat ini, aku perasaan punyalah banyak kereta berenti tepi jalan. Padahal kawasan itu ialah kawasan kelapa sawit.
Rupanya ada macam gerai Nasi Arab di situ. Penuh orang makan dalam kawasan itu.
Sedaplah agaknya itu.
Kelakarnya sebab aku dan hubby memang fail hendak ingatkan map Melaka aka geografi zaman sekolah dulu. Sudah-sudahnya kami melayan sahaja perjalanan hari itu. Harapan moga selamat juga sampai di Melaka akhirnya nanti.
Namun dekat 3 kali juga hubby berenti kereta untuk bertanya jalan dengan orang kedai.
Alhamdulilah, dekat 2 jam barulah kami sampai di Melaka. Aku ingat kami gerak dari PD dalam 12 lebih dan sampai di Melaka dekat jam 3pm.
Punyalah lama gitu kan. PD to Melaka.
Tapi itulah pengalaman pertama kami ikut jalan lama. Cukuplah sekali ikut jalan itu, sebab kalau hendak balik semula. Confirm aku tidak ingat jalannya. Entah berapa kali belok entah.
;))
Malam itu kami balik semula ke hotel di PD ikut highway sahaja. Senang.
Bagi aku cukup enjoy menikmati perjalan masa pergi petangnya. Ialahkan, berdua dengan hubby sahaja.
Haifa dengan Haziq memang tidur sepanjang perjalanan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment