Followers
Tuesday, May 10, 2011
Panas weh
Semua orang rasanya amat maklum dengan cuaca yang ya ampun panas sungguh sekarang ini kan. Rasanya start panas melampau ini bermula pada minggu lepas gitu.
Aku sendiri yang sedang pregnant ini lagilah terasa 2 kali lebih panas dari orang biasa. Fuh.
Memang sungguh tidak tahan kalau malam-malam, mencari-cari baju yang sesuai di pakai. Ialah panas dan rimas sungguh.
Syukurnya alhamdulilah di rumah aku sudah pasang aircond since pregnantkan Haifa dulu. Tidak dinafikan, aku ini tidaklah rasa panas sangat kalau pregnant. Masa dulu-dulu itu, aku rilex sahaja dengan kipas. Tapinya kali ini, aduhai tidak tahan lagi.
Bayangkan, hubby suruh kami jangan lepak di tingkat atas rumah masa cuti baru-baru ini. Sebab bahangnya sungguh kuat. Berpeluh-peluh dibuatnya. So seharianlah beraktiviti di bawah sahaja.
Menurut info yang aku baca, katanya cuaca panas terik ini akan dijangka berakhir minggu depan. Harap-harapnyalah.
Laginya, memang biasa katanya pada bulan Mei musim panas ini melanda. Historynya pada tahun 1998 di katakan suhu lebih tinggi dari yang terjadi pada tahun ini.
Pada tahun 1998 di Chuping (suhunya 38.9°C), Alor Setar (37.5°C), Lubuk Merbau (37.0°C), Melaka (38.0°C), Batu dan Kuala Krai (38.0°C).
Fuh sungguh tidak dapat aku feel apa perasaannya pada masa itu kan.
Rezekinya pada cuaca begini ialah penjual aircond, aku confirm jualan mesti naik mendadak.
Malam-malam aku perasaan rumah di keliling tempat aku duduk awal-awal sudah on kan aircond. Padahal rasanya sebelum ini rasanya dekat jam 10 pm baru pasang gitu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment