Followers

Wednesday, August 24, 2011

Story myjahitan

Syukur pada Allah yang aku sungguh rasa bahawa jahitan aku bertambah baik.
Hendak duduk pun memang tiada masalah. Hatta duduk atas kerusi kayu pun.

Ialah orang termasuk Doc yang check aku pun sungguh prihatin dengan myjahitan.
Naik rimas aku dengan Doc Wad 2A katil 07, bukan apa. Dia risaukan aku.
Yup aku jawab pada dia yang aku sudah ada pengalaman jahit banyak masa bersalinkan anak pertama.
Namun anak ke 2, jahit ku tiada ;))

Ironinya aku ini bersalin vacuum dan sah-sah luka dan jahitan mesti 'high' kan.

Dek kerana Doc cakap begitu, aku pun seram jugalah.
'Parah' sangat ke keadaan di bawah tu?.

Jujur, pertama kali ke toilet buang air, erm aku rasa biasa-biasa sahaja.
Sama macam mana-mana lepas bersalin. Gitu-gitulah.
Alhamdulilah.

Cerita lagi, aku duk makan limau sunkist sebab untuk pelawas sahaja.
Itu sahaja yang aku fikir.
Hari-hari makan, hari-hari aku rasa macam bertambah sihat di bawah itu.
Rupa-rupanya, kebaikan vitamin C adalah untuk mempercepatkan luka sembuh.
Patutlah jahitan aku cepat baik.
Setakat hari ke 10 berpantang ini, I'm feel great di bawah itu.

Pantang yang dulu-dulu memang aku bergantung pada minuman rebusan akar kayu.
Memang minuman itu buat sistem pelawasan aku lagi better.
Aku memang suka minuman itu, namun kali ini aku terpaksa redha makan jamu tukang urut aku dulu.
Habis jamu itu, conpem aku hendak minum rebusan akar kayu aku itu.

Aku baca di forum ramai orang ambil produk Nona Roguy - phytonatal NR
Ada juga yang makan fiber+protin, minum prune juice atau ubat pelawas yang manis tu dari farmasi.

Kisah di bawah ini memang mendatangkan perasaan ngilu AWAS!!
Pertama kalinya aku merasa di check jahitan selepas semua selesai di labor room.
Padahal sebelum ini, memang habis jahit di labor room. Semua selesai. Tiada lagi siapa-siapa melihat myjahitan lagi.
Namun kali ini, 3 hours and I'm still in labor room.
Doc and nurse datang suruh angkat kain.
What!!!
Aku tengok Doc tu sudah pakai sarung tangan plastic tu.
Hah.
Ok, dia masukkan jari di tut itu dan satu tangan lagi tekan perut.
Kuat tekanan di perut itu.
Memang ada sembab@bengkak di satu bahagian di tut. Alhamdulilah bila Doc tekan, aku tidak rasa sakit.
Aku pula sudah jadi macam masa hendak bersalin, tarik nafas dalam-dalam. Siap dengan Allahuakbar sekali.
Ngilu, ngeri
Then masuk jari lagi di tut satu lagi dan suruh 'kemut'
Huh!!!!!!!!!!!!!!!!
Done.
Masa itu jam sudah masuk 12am  lebih.
Esok, pagi rembang jam 7am.Aku bangun tukar pad.Doc wad datang.
Buka pad, saya hendak check jahitan.
Whatttttttttttttttt. Lagi sekali.
Aku punyalah kepit kaki terkial-kial.
Then hendak buka kaki luas-luas macam hendak bersalin lagi.
So berlakulah proses 7 jam yang lalu sekali lagi.
Allahuakbar.
Aku tanya pada Doc, nanti hendak keluar wad kena check lagi ke?
Dia jawab, kalau yang kali ini ok. Tidak perlu lagi lah.
Alhamdulilah semua okies.
Masa tu aku siap cakap pada Doc, kecian sebab pagi-pagi dalam bulan puasa kena check dan tengok 'dibawah' itu.

Aku terfikir kembali.
Apa motif operandis orang dalam pantang jalan kepit-kepit, sedangkan Doc syiok suruh orang kangkang-kangkang lepas kena jahit?.

+++BUKAN AKU SAHAJA MENGALAMI CHECKING JAHITAN BEGITU. SEMUA YANG BERSALIN BIASA PUN DI PERIKSA BEGITU.
DALAM WARD 4 KATIL ITU AKU SEORANG SAHAJA YANG BERSALIN VACUUM.
SADISNYA YANG DUK DEPAN KATIL AKU, MASA HENDAK BALIK PUN DIA KENA CHECKING LAGI. PADAHAL DIA PUN BERSALIN BIASA. SEBABNYA DOC TIDAK PUAS HATI DENGAN CHECKING YANG BELAH PAGI PADA JAHITAN DIA.
ALHAMDULILAH AKU DAN KATIL SEBELAH AKU CUMA CHECKING JAHITAN BELAH PAGI SAHAJA SEBAB JAHITAN OK.

AKU MENULIS DISINI SEBAB AKU HENDAK SEMUA ORANG TAHU YANG PROCEDURE HOSPITAL PUTRAJAYA SEKARANG INI.
STRESS SUNGGUH KAMI YANG PERNAH BERSALIN SEBELUM INI DENGAN APA YANG TELAH TERJADI.
KALAU TIDAK SILAP AKU BERBUAL DENGAN MEREKA YANG PERNAH BERSALIN DI SITU SEBELUM INI, MEMANG INI PROCEDURE BARU RASANYA.+++

7 comments:

Eliss said...

mak aih...banyak nya kena seluk.ingat sebelum bersalin ajer kena seluk.

maidatul said...

Mungkin sebab akak bengkak tu yg doc takut tu asyik nk di seluknya...

Macam akma masa vacuum kan Akalili ok mcm bsalin normal kaedahnya..

velasrizal said...

sbb tu i suka mkn buah oren yg kaya dgn vit c

Ina Hashim said...

uishhh ngerinya akak yg membaca nih

Ms Haslina said...

eliss - itulah, semua orang kena gitu. yg set bersalin ikut bawah tu.

akma - semua org kena gitu, mmg procedure di hospital putrajaya.
;((

dik rizal - huhuhu.

kak ina - sesungguhnya kak, inilah pengalaman paling ngeri saya bersalin.
siap semua dalam ward 4 katil tu rasa mcm mimpi ngeri masa 1st time tidur lepas bersalin.
rasa mcm ada tangan lagi di bawah.
;((

akuzle ayu said...

k ina, bkn kt spital putrajy jer tau. kat PPUM pon mcm tuh. sy kat labour room kne 2 kali. pagi esok skali smpai sy terjerit2 (shame2) n doktor pon ckp ok2, cukup2. nsb baik dokter tuh jenis yg kesian punyo. kalo dokter africa ker somalia yg jahit tuh, huh kaso semcm...

Ms Haslina said...

ye kea.
alahai sedihkan kita ni da lah 'sarat' kena jahit. lepas tu di buat procedur gitu.
ntah. redha je lah.

tp ironinya akak rasa, sebab itu darah ketul2 tak banyak sgt masa berpantang nie sebab da 'teruk' sgt di tekan perut masa diaorang checking tu.

ada doc africa kea?....eeeeeeee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails