Rumah yang aku duduk ini sama sahaja macam design rumah-rumah yang belum di ubahsuai itu.
Alhamdulilah sudah masuk dekat 10 bulan kami sekeluarga duduk dirumah ini. Mula berpindah ke sini hujung tahun 2010.
Masa itu aku tengah mabuk sangat-sangat. Pregnant baru masuk 2 bulan lebih rasanya.
Semua perkara memang hubby yang settlekan. Dia buat seorang gitu.
TQ so much dear.
Makluman rumah ini cuma rumah sewa sahaja. Mana mampu hendak beli rumah mahal gitu. Ownernya ialah orang Cina. Rumah ini ada 4 bilik juga 3 bilik air. Satu di tingkat bawah dan 3 di tingkat atas.
Taman perumahan yang memang aku suka ini terletak di Puncak Jalil.
Dan aku duduk di PUJ 2.
Kalau hendak ke KL pun kami akan guna highway MEX exit di Bukit Jalil sahaja.
Alhamdulilah perjalanan ke office sudah menjadi dekat. Heaven gitu setelah 10 tahun aku driving bersesak dari Pandan Indah dulu.
Paling best lagi ialah tiada toll perlu di bayar lagi. Kalau jem pun ialah di traffic light berdekatan Giant Taman Equine.Waktu petang pula ialah di kawasan traffic light jambatan tu. Yang lain ialah aku tiada stress pun sebab driving secara tenang melalui highway hinggalah ke office aku di IKRAM di Jalan Kajang Bangi.
No comments:
Post a Comment