Followers

Sunday, September 25, 2011

Sunday Morning


Sunday Morning
by Maroon Five or No Doubt
???
Aku suka dua-dua sekali

Macam biasa mesti Haqeem yang buat aku terbangun.
Menangis.
Spontan emak mesti tersedar punya.
Kekadang tidak pun. Hubby yang dulu banguh dari aku.
;))

Laginya sebab aku rasa panas.
Aircond sudah off.
Kipas pula kurang pula baru pusing no 2, mesti kurang angin punya.
Punca panas badan dan sedikit berpeluh tidak lain ialah sebab aku minum air akar kayu itulah.

Perkara utama pula ialah sebab anjing-anjing rumah depan yang menyalak kuat dan kuat lagi. Pagi Ahad ni, mana ada orang hendak bangun awal.
Stress juga kejap.
Tengok di tingkap rupanya ada anjing liar depan rumahnya, sebab itu menyalak berlawan sahaja.
Done anjing liar pergi, barulah senyap semula.
Aman.

Aku turun bawah after done dengan Haqeem.
Tukar lampin sekali.
Selalunya hubby juga yang buat semua itu.

Bancuh milo O,tapi belum mandi lagi itu. Biasalah perut aku sudah keroncong, mesti hendak kena isi dengan air panas.
Tengok kain banyak dalam bakul. Sentiasa mesti ada sahaja stok kain kotor.  Maklumlah orang sudah bertambah.
Walaupun cuaca tidak panas. Aku ambil juga masukkan dalam mesin.
At list kurang sikit kain yang belum basuh.
Lepas habis sidai kain. Erm apa hendak buat ek?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails