;))
Story masa Sabtu (22 Oct 2011) - Hari pertama.
Pagi itu macam biasa aku dan hubby bangun awal. Walaupun hari cuti.
Dan pagi-pagi itu jugalah aku masak nasi. Cadangan hendak masak nasi goreng buat sarapan.
Tetiba hubby suruh aku masak lauk terus. Untuk lunch.
Makanya buat masak simple. Sup sayur campur+crabball. Juga telor mata bersambal.
Done.
Tetiba lagi dalam jam 11 lebih hubby macam setuju cadangan aku untuk berjalan jauh hari itu.
Planning mahu ke Air Hitam Johor. Alasan kuat ialah untuk shopping.
Alahai mahu membeli 'teddy bear', tabung simpan duit, kerepek dan lagi mana-mana yang berkenanlah.
Mula-mula rasa macam mahu balik hari sahaja.
Pergi sana dan balik terus ke KL lepas itu.
Bila aku cakap dengan hubby yang tempat itu berjarak 1 jam lebih sahaja lagi untuk ke Johor.
Terus hubby suruh bermalam sahaja di Johor sekali.
Hari Ahad balik KL semula.
1st step aku buat ialah call Cik Mat my uncle di Singapore.
Ialah hendak tumpang bermalam di rumahnya di Leisure Farm Gelang Patah.
Alhamdulilah Cik Mat free.
Jumpa malam nanti di sana.
Dan drama yang sama masa pergi Cameron Highland hari itu berulang kembali.
Aku mengemas dulu barang-barang Haziq, Haifa dan Haqeem.
Dan barang kami last sekali untuk di settlekan.
Hubby pula masa itulah bagitau yang minyak hitam kereta sudah perlu di tukar.
;((
Doa aku dalam hati semoga semua di permudahkan.
Alhamdullilah semua tiada masalah di bengkel kereta.
Sementara menunggu hubby di bengkel, aku lunch dulu di rumah bersama Haziq dan Haifa.
Bila hubby balik dia senang hati sebab semua di rumah sudah selesai.
Tinggal hendak masukkan dalam bonet kereta sahaja.
Akhirnya sekali kami bertolak dekat jam 2 petang dari KL.
Jalan clear sahaja hari itu. Ingatkan banyak kereta sebab orang hendak balik cuti Deepavali.
Sesampai di area Tol Senawang. Hubby tetiba buat cadangan lagi. Kalau hendak bawa emak sekali, call lah sekarang.
Aku senyum simpul.
Memang niat dihati hendak bawa emak.
Apa lagi, terus call emak dan emak terus setuju.
;))
Call abah lepas itu untuk minta kebenaran bawa emak. Settle.
Maka membelok kami ke arah Kuala Pilah.
Done di kg, terus ikut Jalan Tampin untuk masuk highway exit Tol Simpang Ampat.
Masa itu bergerak dari kg dalam jam 5pm.
Minum petang di RnR Pagoh kalau tidak silap.
Meneruskan perjalanan secara tidak laju.
Alhamdulilah sampai di Gelang Patah around 8 malam gitu.
Tunggu Cik Mat and Cik Sarah. Then terus pergi dinner.
Makanan amatlah sedap di kedai seafood itu. Namanya aku lupa, sebab sudah penat.
Habis di situ terus ke Leisure Farm.
Settle semua, bual-bual dan tidur.
Sejuk amat, tidur pakai kipas pun sudah nyaman.
Kegemaran Haziq main di pasir dan Haifa pula makan maruku.
Masa tengah menunggu emak bersiap.
Masa tengah menunggu emak bersiap.
Pintu masuk Leisure Farm Gelang Patah.
6 comments:
pilah kek mano tu..bestnye die jalan2..
pilah di kg parit seberang. dlm 5 min shj dari pekan pilah.
p/s mmg tgk post raya oya ada beraya di juasseh kan.
org n9 juga kea?
bestnye jalan2 ^_^...takpe next week kite balik johor..raya kt sana..hee~
ha'a lama tn umah tak interframe..tinggi sgt tu cameranya..hee~
eina - ooo ke johor juga ek.
betul tu. pic tuan rumah...
utk tatapan.
hehe.
hub akak amek jenjauh tuh nk suh dier nmpk tinggi eks? huhuhuh...
akuzle - hehehe. dia mmg da tinggi pun.
sebenarnya mmg akak yg minta ambil pic dr atas.
tp terover tinggi.
;))
Post a Comment