Hari Ahad lepas aku balik kg lagi. Asyik balik dan kembali ke KL sahaja. Maklumlah kg dekat gitu. Tujuan utama ialah untuk berurut selepas habis berpantang 44 hari.
Seperti biasa aku yang drive lagi. Sebenarnya sudah lama sangat juga aku tidak drive jauh-jauh ini. Maklumlah ada suami kan. Mesti dia yang drive. Padahal masa bujang dulu hingga ke Penang, aku juga yang drive sendiri. Lagi-laginya sampai masuk Singapore seperti sudah jadi perkara biasa.
Makanya kembali macam kalut-kalut. Sikit-sikitlah. Last sampai dekat Bukit Putus aku minta hubby take over semula. Bukan apa, masa itu sudah malam dan lagilah aku rasa macam tidak confident gitu. Tambahan memandu di Highway semestinya tidak sama dengan memandu di kawasan luar bandar.
Namunnya masa balik dari kg pada hari Jumaatnya. Aha.....aku drive terus okies dari Kuala Pilah until ke Puncak Jalil.
Sudah lulus kembali nampaknya aku ini.
Happy.
Cerita mengurut.
Petang Isnin Makcik Mah datang kerumah naik motor. Mula berurut terus aku story yang masa aku di KL hari itu, orang yang mengurut aku tidak buat urut naikkan rahim/peranakan atau sengkak. Aku pula malas hendak bertanya kenapa orang tu tidak buat begitu. So as a result aku kalau ikat bengkung masa berpantang, mesti ikat kuat-kuat di bahagian rahim. Aku risau gitu. Dengan keadaan rumah yang naik tangga turun tangga gitu.
Laginya sebelum ini memang makcik itulah yang mengurut aku dalam pantang. Memang MM ini akan buat sengkak.
So sebab tidak sengkak lagi, itu yang buat aku sedikit risau.
Makanya 3 hari itu MM ini mengurut aku seperti biasa. Urut satu badan sekali.
Yang rasa happy dan alhamdulilah, MM ini bagitau yang perut aku ini 'cantik' masa hari pertama mengurut. Bukan perut aku yang beautiful, tapinya dalam perut yang okies.
Sengkak ini aku tengok MM ini buat dari bawah(ari-ari) naik keatas(posisi peranakan yang betul). Juga dari arah kiri dan kanan juga di tolak ketengah kembali.
Apa yang aku perasaan dulu-dulu memang terasa sakitnya sikit masa di urut sengkak ini. Namun kali ini alhamdulilah, tidak rasa sangat.
Mungkin sebab aku pernah bertungku dalam pantang hari itu. Dan juga sebab aku rajin menyapu kapur+limau di perut juga kot.
Namun 2 -3 hari lepas habis berurut baru rasa sedikit tidak selesa di bahagian itu.
Story lagi, aku minta MM ini tungkukan aku. Namun katanya bertungku ini bukan adat orang N9. Cuma kalau ada juga orang N9 bertungku selalunya diaorang buat sendiri. Erm..tidak tahu pula aku hal itu.
Namun pernah aku bertungku sekali dan berurut pun dengan orang Kelantan gitu.
Tanya lagi, pasal makan pisang dalam berpantang. Kan pisang itu macam pelawas perut jugakan. Sebab itu aku bertanya. Ada aku baca dalam internet yang pisang tidak di makan dalam masa berpantang. Dan ada yang pernah termakan pisang ini, terus lepas itu demam bagai.
Jawab MM, memang pisang mentah sebaiknya tidak di makan. Tapi katanya lagi, pisang yang sudah di goreng boleh kalau hendak makan. Erm lagi.
Namun aku cakap, asal pisang je memang saya tidak makan makcik, takut.
p/s
Kalaulah aku tidak pernah bersalin, berpantang memang tidak pernah zamanlah aku merasa di urut ini.
1 comment:
lagi info tentang berpantang di SIHAT SELALU - Bagaimana Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang
Post a Comment