Alhamdulilah.
Fuh sudah dua hari mata macam sleepy gitu.
My Qeqeem kurang sihat sikit sebab tumbuh gigi.
Alhamdulilah Qeqeem tidak merengek pun cuma badan panas sikit. So aku dan hubby kerap bangun untuk basahkan tuala kecil letak di kepala dan belakang badan Qeqeem.
UPDATE
Jam 2 pm lebih tadi aku balik rumah sekejap. Hantar Qeqeem pergi klinik with hubby. Alhamdulilah, rupanya Qeqeem demam di sebabkan tekak ada jangkitan. Bukannya demam sebab tumbuh gigi baru. Itulah, aku memang perasaan. Sebelum ini Haziq dan Haifa memang tiada demam pun kalau tumbuh gigi. Maka sedikit kehairanan timbul di hati bila Qeqeem demam.
Syukur pada ALLAH sebab beri kelebihan anak-anak aku tidak cranky bila tumbuh gigi. Alhamdulilah.
Alhamdulilah Rabu lepas sempat aku bakar kek oren untuk kaklang.
Kebetulan birthday kaklang jatuh pada hari Khamisnya. Buat kek biasa sahaja.
1st time guna aluminium foil untuk pembakaran. Aduh sungguh comel sekali. Satu adunan kek yang biasa untuk saiz loyang 8 inci. Aku dapat 8 biji kek comel.
Tahniah juga untuk kaklang sebab mendapat baby boy pada 16 April Isnin lepas melalui pembedahan Czer.
Dan babynya sangatlah comel. Kedua mummy dan baby dalam keadaan sihat.
Masa ini kaklang masih di Hospital. Insyallah hari Jumat rasanya baru discharge.
Semalam aku sempat melawat kaklang bersama abah yang baru sampai dari kg. Pergi sekali hubby dan anak-anak.
Sempat juga kami lunch di JJ Balakong@Cheras bersebelahan Hospital.
1st time guna tepung gandum buat kek ini.
No comments:
Post a Comment