Followers

Thursday, May 10, 2012

Aku tidak sihat dan My Qeqeem.

Qeqeem dengan kasut Haifa dulu-dulu.
Sangat comel sebab umur belum sampai setahun lagi sudah pakai kasut.

Mestinya kan malam tadi ramai yang menonton Hindustan Kajol and anak Khan di TV2.
Sebab aku pun menonton sama.
Tapinya aku on off sahaja. Feel aku tiada untuk cerita itu.
Ialah kan, sampai boleh sahaja suka hati aku cakap@kacau hubby yang elok layan menonton.

'Ala, mentang-mentang bini dia da mati. Bolehlah 'dalam hati ada terasa sesuatu' gitu. Cuba wife dia masih hidup, betul ke dia hendak berbalik pada cinta yang pernah dia sendiri tolak dulu!!!!'

Emosi pula aku ini kan.
Akhirnya sebab bosan dan penat, belum habis movie, aku sudah lelap atas katil. Tinggal Haifa dengan hubby yang sambung menonton. Itupun tidaklah terus nyenyak.

Entah jam berapa aku terbangun pagi tadi itu.
Tekak gatal dan masih perit.
Aku batuk. Cuba minum minirel yang aku letak tepi katil.
Namun masih tidak boleh tidur.
Terus aku pergi dekat meja tepi tingkap. Ada dua botol ubat batuk.
Aku ambil satu dan buka penutup botol. Tengok-tengok sudah tinggal sikit sahaja ubat itu.
Aku terus teguk sahaja minum. Done.
Mamai sungguh.
Sambung tidur semula sekali lagi.
Akhirnya aku bangun pagi tadi, memang terasa berat sangat dikepala.
Ialah tidur pun tidak cukup@nyenyak.
Alhamdulilah dan syukur pada ALLAH, aku happy bekerja hari ini.

Perasan kan lama aku tidak update blog.
Sudah seminggu.
Kisahnya hari Isnis lepas aku demam + sakit tekak dan batuk sekali.
Kami bawa sekali Haifa and Qeqeem. Sebab dua-dua masih batuk sama.
Di klinik pun punyalah ramai orang. Dalam sejam baru selesai urusan di klinik.
Aku perasan masa menunggu itu, setiap orang yang ambil ubat lepas jumpa Doc, mesti ada satu ubat dalam kotak yang ada picture daun hijau. Aku wonder, apa juga ubat yang famous benar hari itu.
Akhirnya bila sampai waktu aku ambil ubat. Jeng jeng jeng, aku pun dapat ubat top hari itu.
Rupanya itu adalah ubat batuk.
Nampaknya memang semua yang datang klinik mesti ada masalah batuk.
Erm....sudah musim kan.

Hari Selasa lepas itu pula memandangkan tekak aku masih belum baik.
Aku mohon cuti EL dari boss.
Maka hari Rabu semalamlah aku baru mual bekerja semula.
Ikutkan hati memang aku tidak mahu bekerja lagi. Sebab rasa belum sihat di tekak aku. Tapi hendak buat macamanakan.
Dan adalah beberapa kerja yang telah tertangguh. 
Aku sedang mencuba manage semua pelan-pelan.

Emak aku cakap Qeqeem memang budak baik.
Alhamdulilah.

Op baru teringat Khamis lepas itu aku dan hubby bawa Qeqeem pergi periksa rutin di klinik.
Alhamdulilah berat sudah cecah 8.3 kg. Duduk pun memang sudah 'tegap' gitu.
Paling suka tarik rambut orang lain.
Dan kalau abang kakak dia tidur, dia lah yang utama ambil kesempatan tarik rambut diaorang. Lepas itu pergi 'makan' kepala abang kakaknya sekali.
Seperti biasa memang aku selalunya tunggu dalam kereta sahaja kalau pergi klinik. Sebabnya Haziq dan Haifa mesti tengah tidur.
Anak-anak aku memang hobi tidur dalam kereta.
Kecian pula hendak kejutkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails