Followers

Saturday, April 27, 2013

Bateri kereta kong.

Story sama sahaja kan untuk semua orang selalunya. Ironinya bila part hujung bulan, part gaji mau masuk. Time-time itu lah ada sahaj duit perlu di gunakan lebih. Hehe.
Jangan mengeluh, dugaan TUHAN bila-bila sahaja boleh datang kan. Redha sahaja. Kalau ALLAH tidak menguji, maknanya ALLAH tidak sayang kita kan.

Hari Khamis lepas bateri kereta saya kong. Istilah manisnya, sudah sampai hayatnya. Syukur semuanya di rumah sahaja. Makanya berehat dululah kereta itu sehari dua. Bulan April memang bulan kereta itu pakai duit. Baru juga tukar minyak hitam dalam pertengahan bulannya. Plus tukar break pad sekali.
Op, bateri kereta baru dapat tukar hari ini sebab HC sibuk pergi survey harga dulu.
Price RM245 adalah paling rendah. Trade in bateri lama, dapatlah RM230.

Alhamdulilah sebenarnya lagi. Kereta itu juga menang tinted percuma masa bulan Feb hari itu. Syukur lagi pada ALLAH. Ialah kereta itu memang belum bertinted. Harap tinted masa beli itu sahaja. Menang di mana. Menang di FB sahaja dari Mekapkereta Sejuk. Saya menang Cool Black Tint. Kiranya menang hadiah no 3 dari 4 hadiah. Ramai juga yang menang. Alhamdulilah. Moga dimurahkan lagi rezeki Mekapkereta Sejuk. Cuma perlu keluar duit RM50 untuk buka tinted sedia ada. Sebenarnya HC yang masuk contest itu pung, bukan saya.


Syukur ke hadrat ilahi. Hari ini bonus masuk with gaji sekali. Insyallah kami hendak balik ke kg hari ini. Hendak ambil kesayangan saya, Qeqeem bam bam.
Aduh, apa yang hendak di beritahu pada emak dan abah nanti untuk bawa Qeqeem balik KL. Ya ALLAH permudahkan urusan kami ini. amin amin amin.

2 comments:

Ina Hashim said...

AllahuRabbi...Allah Maha Mengetahui...alhamdulillah kereta perlukan servis time rezeki masuk kan.....cuba kalo kereta meragam tengah poket sesak....jenuh le kan

Ms Haslina said...

alhamdulilah sesungguhnya kak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails