Followers

Tuesday, April 7, 2015

Haifa demam

Masa di klinik
Aku yang request untuk ini sebab aku tahu Haifa tidak selesa untuk bernafas
Banyak kahak 
Tidur pun memang terganggu sebab muntah lepas batuk

Assalamualaikum
Princess Haifa demam
Since hari Ahad
Memang petang Ahad itu, HC sudah bawa Haifa ke klinik
Dapat ubat bertimbun dengan antibiotik
1st time pergi klinik itu semenjak kami pindah ke Bukit Serdang
Nama klinik itu aku tidak perasaan sebab dua kali pergi, bukan aku yang hantar

Aku di rumah bersama kenit-kenit comel dua orang yang confirm meraung bila tahu kena tinggal oleh HC
Senang sahaja pujuk Hafiy dan Haqeem ini
Bagi tengok cartoon Upin Ipin
Tak pun bagi coklat atau apa sahaja yang menjadi kesukaan budak-budak

Aku memang perasan, Haifa since balik dari Singapore Isnin malam minggu lepas memang sudah batuk dan selsema
Haziq dan Haifa ikut emak aku balik Singapore minggu lepas
Yang balik ialah, emak, kaklang sefamily dan adik
Aku kan ada kelas master dan tengah berperang dengan assignment masa itu
Ada kenduri Aqiqah anak sepupu aku

Memang panas melenting di sana kata emak
Lagilah dia orang semua berjalan sakan
Siap pergi swimming di pool awam di sinun, alahai

Haziq alhamdulilah sihat

Haifa demam teruk jugalah
Makan pun tidak selera
Hari ini tadi sudah ada mata ikan dalam mulut Haifa
Ialah panas dalam kan

Petang tadi HC ke klinik yang sama lagi
Sebab hendak check darah dan juga sedut gas
Seronok aku dengan klinik ini sebab semua benda ada
Kalau tidak mahu terpaksa ke Hospital kerajaan untuk check darah

Ya ALLAH sihatkan sembuhkan anakku Haifa Casssandra Ya ALLAH, ameen

Alhamdulilah
Ya ALLAH, banyak kemudahan yang kau berikan pada kami sekeluarga semenjak pindah ke Bukit Serdang
Terima Kasih Ya Tuhanku


Lepas ambil darah petang tadi
Alhamdulilah clear, tiada penyakit lain

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails