Followers
Wednesday, April 8, 2015
Kisah emak dan abah guna telefon awam depan Pejabat Pos Lama Kuala Pilah
Hehehe
Aku ambil picture ini dari FB Kuala Pilah Group
Orang dalam pictures tu, aku tidak kenal pun
Terima kasih pada mereka-mereka yang berkongsi gambar lama ini
Kisahnya
Bangunan kayu yang hujung dua tingkat
Itu ialah Pejabat Pos Kuala Pilah
Sadisnya bangunan itu sudah lenyap
Ada kebakaran, aku tidak ingat bila
Berdepanan dengan orang yang berdiri itu lah sekarang pejabat pos baru di pekan
Bangunan yang satu lagi tu, masih ada
Sekarang sudah jadi pejabat TM
Hendak cerita pasal depan pejabat pos lama tu ada sebuah telefon awam
Zaman aku kecik-kecik dulu
Mungkin sebelum tahun 1982 rasanya
Sebab masa aku darjah satu, 1983 abah sudah pasang telefon di rumah
Tapi sebelum tu, ada juga telefon dirumah masa kami duduk di quarters Mardec di Gentam
Mungkin bayaran untuk telefon ke luar negara mahal rasanya
Di situlah abah bawa emak telefon nenek dan family emak di Singapore waktu malam
Berbondong duit syiling emak dan abah bawa
Aku ingat aku dengan eboy and kaklang kerjanya main-main sahaja di situ
Tidak mendengar pun apa yang emak bual kan
Kenangan kan
Dan itu antara dugaan buat emak orang bandar yang kawin dengan orang Kuala Pilah
Tapi memang salute dengan emak yang membesar sehingga umur 21@22 tahun di Singapore
Then kawin dengan abah
Ikut abah merantau sana sini pusing satu Malaysia
Sebab abah yang bekerja dari company Australia
Kemudian bekerja di Mardec
Akhirnya masa aku umur 5 tahun kami settle down di kg abah di Kuala Pilah
Abah berenti kerja dan mula bekerja sendiri sebagai tukang paip dan kemudian as a contractor
Hinggalah ke hari ini
Emak boleh adapt menjadi orang negori
Emak dan juga Abah memang hebat
53 tahun hidup bersama
Semoga ALLAH memberi jodoh yang panjang buat aku dan suami
Orang negeri sembilan kawin dengan orang Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
kenangan..hmm
yup indeed, tapi bangunan dan tempat telefon tu sudah tiada lagi
kenangan manis...kg belah mak sy di kg tobek godang, gunung pasir...mmg biasa pemandangan kuala pilah ni...dan dulu matriks pilah juga...nice post btw :)
sweet memories kan.
gunung pasir, pernah dengar tapi tak pernah pergi lagi.
A'kum. Tahun 83 ada lagi pos office kayu tu, sebab saya baru masuk sekolah sains gontam time tu.
Wslm gahn niece-1983 saya baru darjah 1 kat TKS. darjah 2 baru masuk sek A dekat situ.
Post a Comment