Followers

Thursday, December 17, 2015

Kisah balik kg dan balik Spore attend wedding

 Masa hendak masuk Spore ikut 2nd link Tuas. 
Harap maklum untuk perjalanan yang sejengkal itu pun kami perlu tempuh selama 2 jam.

Diatas jambatan 2nd link Tuas. Tu sudah nampak imigresen Spore. 
Dari ada mentari, aku layan mentari terbenam di atas jambatan.

Assalamualaikum buat readers blog merah.

Entah tidak tahu kenapa penyakit M tu memang kuat sungguh lately ini. Hendak menulis pun M. Suh suh, berambus kamu dari sini wahai M.

Kisah family aku dengan highway plus sungguh dekat dalam masa sebulan baru-baru ini. Hahaha, asyik membayar toll sahaja kerjanya. Nak muntah di buatnya.
Agaknya macam itulah perasaan orang yang kerjanya outstation satu Malaya kan, Lalu toll, highway sana sini. Alahai tabik sungguh dekat orang macam tu. Kalau aku lah, memang tidak mampu dah. Syukur dengan kerja aku sekarang ini, alhamdulilah.

Minggu 1 - Kuala Lumpur - Kuala Pilah - Kuala Lumpur
Kisahnya, pada 14 & 15 November hari itu, aku sefamily balik kg. Melawat emak dan abah as usual. Masa hari Ahadnya, sedang aku mahu kemas-kemas mahu balik KL, tetiba Haziq dan Haifa bagitau yang dia orang hendak tinggal di kg. Ok, budak-budak ni memang kena tanya berkali juga untuk confirmation kalau hendak tinggal di kg. Kang aku semua sudah sampai mana ntah, ada calling tetiba nangis hendak ikut balik KL. Sadis.
In the end tinggallah budak dua orang ni seminggu di kg. Tapinya princess Haifa nya, tiap-tiap malam call. Manja amat. Gaduh dengan Haziq pun nak call mak pak nya ngadu. Alahai anak perempuan sorang.

Minggu 2 - Kuala Lumpur - Kuala Pilah - Kuala Lumpur
Maka minggu depannya 21 & 22 November, kami balik kg lagi. Untuk bawa anak-anak balik KL semula.

Minggu 3 - Kuala Lumpur - Kuala Pilah - Johor Bahru - Kuala Lumpur
Dan pada 28 & 29 November pula. Awal pagi kami gerak dari KL untuk ke kg. Agenda ialah ambil emak. Kami gerak ke Gelang Patah dekat jam 3 @ 4 petang gitu. Lama sungguh tidak jalan jauh rasanya. Last dulu masa bulan April 2015, masa melawat arwah makcik Rosliah ,adik emak di Spore juga. Kami sampai GP sudah lewat malam. Sebab dari Pagoh rasanya hujan lebat dan sudah gelap malam. Aku memang minta HC pandu rilex-rilex sahaja.
Esoknya dalam jam 11, cousin Daniel sampai untuk bawa emak, Haziq dan Haifa masuk Spore. Kami pula lepas itu terus gerak untuk balik ke KL. Masa itu sudah jam 1 petang.

Minggu 4 - Kuala Lumpur - Johor Bahru - Singapore- Kuala Pilah - Kuala Lumpur
Dan pada 4 until 7 December aku bercuti lagi. Alhamdulilah, Allah permudahkan perjalanan kami pagi itu. Bertolak dari KL jam 8.30 pagi, sampai di GP dalam jam 12.30 tengahari.
Kali untuk attend wedding di Spore. Pengantin ialah cucu pada Pak Ngah, abang emak. Aku masuk Spore dengan along sahaja petang Jumaat itu. Ingat kan aku perlu naik bas sahaja untuk masuk Spore. Memandangkan semua cousin aku kerja. Malaslah hendak susahkan orang kan. Memang sudah prepare bagai kan untuk naik bas yang sudah berbelas tahun rasanya aku tidak naik bas ke Spore. Story naik bas pergi Spore ini ialah masa aku study di UTM JB dulu duluk. Lepas itu memang tidaknya naik bas kan.
Tetiba along beritahu cousin Sufiyan akan datang ambil, wah syukur. Serius, aku memang seram cemas kalau di suruh naik bas, maklumlah lama benar tidak berimpit-impit dalam bas. Takut fening pulak nanti.
HC, Hafiy & Haqeem tinggal di rumah rehat pakcik aku di Leisure Farm.
Kami keluar dari Spore pada pagi Isnin. Cousin Diana dan suami yang hantar kami.
Lepas lunch di GP, terus kami bertolak balik. Sampai di kg dalam jam 7 malam.
Jam 8 malam terus gerak balik KL. Hari Selasanya aku masih bercuti lagi, makanya berehatlah sepuasnya.
Penat 'sebulan' di atas highway memang belum habis lagi.

 Pagi Ahad itu, ini sahaja yang sempat kami berjalan. 
Pergi Limbang dan Yee Tee dekat rumah makcik aku.
Princess ni yang minta di ambil gambarnya dekat rusa tu.

Tengah tunggu makcik pakcik aku datang ambil kami pagi Sabtunya untuk pergi kenduri.
Emak pun dengan baju kurung baru.
Princess tu muka kelat sebab tak nak ambil gambar, kerjanya hendak main lari-lari dengan Haziq.
Aku dengan tudung Adjuma, 1st time beli brand ni.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails