Anak-anak tengah tengok aku dalam bilik itu
Hari Khamis last day of 2015, aku MC. Maklumlah badan memang tidak sedap sepanjang minggunya. Tapi aku tahan juga terus kerja. Sebab hari Khamisnya aku tiada kelas, aku pergi klinik dan MC.
Pagi itu sebelum ke klinik, aku call RedAlert dulu. Aku mahu tahu total balance yang aku ada untuk tahun 2015. Company provide medical RM1500 setahun untuk sekeluarga ke klinik termasuk sedikit portion untuk ke klinik gigi. So aku dapat tahu aku ada balance dekat RM600 lebih lagi. Fuh banyak tu kan. Makanya di klinik aku ambil ubat dan MC. Anak-anak pun ambil ubat juga.
Lepas breakfast, HC berkeras juga suruh aku ke klinik gig. Aduhai, kalau ikut aku memang malas hai.
Tapinya, arahan suami, kalau tidak di ikut kan berdosa gitu. Aku pasrah.
Ini kali ke dua aku ke Klinik Pergigian An-Nisa Dental Care. Sebenarnya kalau ke klinik gigi, biasanya memang kena call dulu untuk appointment. Dulu pun aku main redah saja. Moga ada rezeki aku kan. Alhamdulilah masa aku sampai itu, orang yang appointment jam 12 pm masih stuck dalam jem katanya. Makanya aku cuma tunggu kurang 20 minit rasanya, terus dapat jumpa Doc. Aku tampal gigi yang sudah 2 tahun lebih kot berlubang. Alhamdulilah tidak pernah sakit kan. Sebab itu bertangguh sahaja untuk ke klinik. Lepas itu tukar simen gigi depan aku. Simen itu since umur 17 tahun gitu. Sudah bertukar warna tidak putih lagi. Last sekali aku buat scaling.
Ok done. Selamat juga aku mahu habiskan duit medical 2015 kan.
Total RM 250
No comments:
Post a Comment