Followers

Sunday, March 27, 2016

Kerja hari Sabtu, anak-anak balik kg ikut kaklang dan oh my master thesis!

Princess Sandra, mama with Hafiy, Haqeem dengan baju sekolah tabika kemas dan mama with Haziq masa 1st time menonton perlawanan bola sepak di stadium Kuala Pilah

Princess Haifa, mama with Haqeem, mama again with Haziq masa di kenduri di Spore and Hafiy dengan rayban baba

Hari Ahad ini pagi yang tak berapa pagi lagi aku goreng nasi. Nasinya tidaklah banyak sangat pun. Itupun sudah campur dengan nasi sejuk yang simpan dalam peti ais. So dapatlah 2 pinggan nasi goreng daging maveles dari chef amatur rumah tingkat 5 ini. Daging adalah courtesy dari emak yang kaklang bawakan dari kg malam tadi.

Semalam aku kerja. 1/2 day sahaja jaga kaunter untuk Info Day. Bagi aku kerja hari Sabtu selalunya adalah hari untuk bersosial. Jarak office masing dalam kawasan adalah jauh. Makanya untuk berjumpa terserempak adalah tidak mungkin berlaku ketika waktu kerja. Masa inilah aku dapat jumpa kawan-kawan dari Faculty lain dan juga kakak-kakak senior dari Department lain. Ialahkan, aku ini sudah masuk 15 tahun bekerja di company aku sekarang. Sahnya, sahabat itu sudah meLata ramainya, alhamdulilah. Uols, I luv u always!
Semoga kakak-kakak senior semua di kurniakan kesihatan yang baik dan bahagia selalu, ameen.

Pagi hari Sabtu semalam juga, Haziq dan Haifa balik kg. Balik hari sahaja. Kaklang sefamily dan Adik pun balik sama, Kiranya kaklang yang offer untuk bawa anak-anak aku, Malamnya dalam jam 11 pm derang sampai KL semula.

Kisahnya aku sekarang di office.
Keadaan aku ialah tengah menghempas pulas untuk thesis master. Sengal otak aku kadang-kadang. 3 minggu students breaks pun tidak terasa pun rehatnya. Minggu pertama students cuti itu kami masih sibuk dengan menanda kertas exam dan juga key in markah ke dalam system. Tambah kalut lagi ialah masa itu juga di jalankan internal audit untuk ISO. Makanya macam tidak cukup tangan campur macam semput sudah sebab semua perkara hendak di siapkan serentak. Masuk minggu kedua dan ketiga itu lah aku mula semula sambungan thesis aku.

Hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa hilang panduan untuk menaip thesis tanpa guardian tegar dari seorang SV. Inilah pahit maung seorang pelajar part time ketika menjalankan memperjuangkan thesis untuk tangga akhir dalam menghabiskan master aku. History nya ramai yang syahid disuku penghujung jalan.
Menulis thesis azalinya memang perlukan ilmu dari orang yang berpengalaman yang semesti seorang SV. Tapinya, aku rasa semua PG mempunyai halangan seperti aku. SV oooo SV, kenapalah engkau membuat kami begini. Sedangkan aku semasa menjadi SV pada pelajar diploma aku. Aku menjaga mereka semampu yang aku boleh. Sebab aku tahu student ialah seorang yang memerlukan guru untuk mereka menyiapkan project. Kalau aku biar student aku sendirian sepeti mana SV aku buat pada aku sekarang. Alamatnya student aku akan 'terjun kelaut bersama labu-labunya'. Aku tidak menyalahkan SV aku pun. Aku fikir positive.
Lagipun kita ini hanya manusia biasa yang semestinya tidak pernah lari dari membuat kesilapan.

We are lost.

Dugaan dan cabaran yang sentiasa bertimpa. Sebagai seorang mother, isteri dan juga pekerja sepenuh masa. Selitan masa manakah lagi yang boleh di selit melit untuk membaca article. Sesudah baca perlunya kefahaman untuk mencedok ilmu yang berkaitan. Ketenangan yang hampir sunyi ketika untuk membuat ayat.
Allahuakbar. Aku bukanlah superwomen. But how I wish I'm a supergirl at least. hahahaha!
Sahnya bila sampai ruamh mandi solat maghrib terus pi dapur prepare untuk dinner. Habis itu makan dan kemas dapur terus sambung isyak. Masa itu tenaga dan akal ini sudah tepu. Memang ingat hendak menonton tv sambil berlepak dengan anak-anak. Lepas itu memang sudah flats.
Cer fikir mana lagi aku hendak paksa otak aku untuk berkerja untuk kritikal thinking bagai.
Otak pun penat sudah, badan aku pulak memang minta baring atas tilam sambil peluk bantal busuk dengan feeling nyaman angin air-con.

Doa aku sehabis solat, mohon PADA ALLAH untuk berikan kekuatan ketabahan di terangkan hati ini untuk menyiapkan thesis aku ini.

1 comment:

Lee said...

Hi Ms Haslina, you have a beautiful family, great looking kids.
And good to know you doing your Masters in Project Management. Very impressive, and Outstanding! Wayyyyy to go! Be somebody in life....

Here's wishing you from Canada....
May the wind always be at your back, and the sun upon your face, and the winds of Destiny carry you aloft to dance with the stars.

Have fun, and simpan satu lagu dalam hati.
Best regards,
Lee.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails