Followers

Monday, September 8, 2008

lepas da rindu aku kat emak dan abah..

Seronok sangat dan lepas da rindu kat emak dan abah balik kg baru nie. Di tambah lagi dapat berbuka dan menikmati juadah masakkan emak, kakak aku dan aku sekali.
Hari sabtu tu semua orang ada dirumah abah utk berbuka bersama2 kecuali along dan eboy. Diaorang ada hal..sebab tu x dapat balik kg. Menu berbuka hari sabtu adalah kari daging, mee bandung(kakak aku masak), ikan keli bakar( balut ngan daun pisang dan bakar atas kuali je dengan sedikit minyak), rendang ayam (ya allah pedassssssss nyer) dan kuih muih(beli jea).
Dan kerja bila da balik kg, antara tugas En Hendra dan aku ialah membeli air dan kuih muih di pasar ramadhan pada hari sabtu dan ahad tu. Kami pergi awal petang tu..ialah malas nak bersesak2 dipasar ramadhan. Tapi cam kecian aku tgk peniaga2 kat situ (dipilah perdana). Yang menjual nyer ramai...tp yg membeli nyer cam tak ramai. Ntah dapat untung ke diaorang tu. Klu dapat balik modal kira da alhamdulilah gak. Aku tgk byk meja2 yg tak bertuan..maksudnyer diaorang tak menjual wlu pun da ada tapak...simpati aku..

Sebelum berbuka tu orang lelaki duk kat luar rumah..duk bincang2 pasal kereta. Ialah kereta kakak aku dan kereta yg adik aku drive (car in the picture..dulu aku pernah gak drive kereta tu. dalam setahun rasanyer. pastu aku pulangkan semula kereta tu kat abah dan ambil semula kereta wira. 2.0 tu kereta tu..tak tahan den bayar duit minyak....macam tuang air je..). Kereta2 tu baru kuar dari bengkel di kuala pilah. So masih ada beberapa perkara yg belum selesai kat kereta tu. Tu yg diaorang duk bincang kan. Kereta in the picture tu masuk bengkel sebab accident dan kereta akak aku pulak masuk bengkel sebab nak tukar stereng dari kiri ke kanan. Masalah nyer lama gile kereta kakak aku tu duk bengkel. Klu tak silap aku mahu masuk lebih 6 bulan...gilos tul.
En Hendra tgh bergaya dengan seluar billabong biru. Kakak aku belikan kat Bali.
Dan aku..semestinyer dapat KEYCHAIN....tq my sister..


Ntah aper ajer yg di tunjukkan kat Haziq. Malam isnin tu ktorang gerak dari kg dalam jam 9.30pm gitu. Best jea driving sebab jalan sesungguh nyer amat CLEAR. Kereta pun tak banyak. Ialah semestinyer ramai orang da balik kg minggu MERDEKA hari utk berbuka puasa dengan keluarga. Nampaknyer kami telah mengambil langkah yg bijak kerna balik kg minggu tu.heheheh..

Aku barunyer dapat tgk movie Batman baru2 ni...THE DARK KNIGHT. Tgk kat dvd umah jea. Aku pun da lupa bila paling last aku pi cinema. Ialah ada anak kecik kan...mana lah nak di bawa masuk tgk wayang kat panggungnyer. Lagi pun En Hendra sendiri tak nak menyusahkan saper2 utk menjaga Haziq. Sebab tu En Hendra donlodkan new movie supaya leh ktorang tgk berdua di rumah jea...
Punyalah ganas citer tu ek. Tapi paling aku suka ialah adegan batman culik accountant dr hongkong tu di dalam bangunan. Dia tarik guna kapal terbang...selalu nyer orang guna helicopter jea. Dasattttt tul. Satu lagi adegan kejar mengejar antara batman dan joker. Batman guna motorbike dan joker guna lorry....pehhhhh syok sungguh aku tgk..

Friday, September 5, 2008

malam ni balik kg...syoknyer..

5 ramadan 1429

Syukur pada Allah..selamat da berpuasa hingga hari ke 5 da hari ini. Macam biasa lah...minggu ni still full with WORKS. Semalam aku balik tepat 6pm. Di sebabkan hujan da JAMMING sungguh kat jalan MRR2 tu...aku selamat sampai rumah da jam 7pm. Tgk2 Haziq da tidor rupa nyer. Mula2 sampai rumah mesti kiss pipi Haziq dulu. Wenduuuuuu...Alhamdulilah lauk ayam masak pedas dan nasi beriani with instant spices En Hendra da masak kan. TQQQQQQQQ sayang...
Aku nak goreng sayur lah sebab x de lauk sayur but En Henda kat tak perlu...erm..so aku cuma masak air panas jea buat isi kat termos yg da kosong tu. Pastu kemas2 dapur sikit dan prepare table utk berbuka. Then mandi. Cian Haziq tgh tido terkejut sebab bunyi motor kat luar rumah. Sungguh lah tak selesa duk kat umah macam aku duduk sekarang ni. Mungkin bg aku da En Hendra masih ok lagi. Cuma tak sesuai dengan pembesaran Haziq. Insyallah klu ada rezeki...kami pasti akan dapat yg lebih baik...amin.

Hheehehahh...sungguh seronok AMAT..malam ni kami balik kg di kuala pilah. Wendu nyer kat emak dan abah. Last aku balik ialah pada awal august hari tu. Selalu nyer mesti dalam masa 3 weeks da balik kg semula. Tapi kali ni ada kesibukan sikit, itu yg balik lewattt da.
Tapi tidak mengapa...malam ni kerinduan pasti terungkai gitu.

Okies nak sambung kerja semula. Malam td dalam 1jam lebih aku wat kerja kat umah utk siapkan soalan. Cadang2 nak masak kan En Hendra mee goreng pun da terbantut sebab habis2 aku buat kerja tu pun da jam 11.40pm gitu. X pe..malam ni kan ada lagi.



Thursday, September 4, 2008

siapkan soalan...

Hari ini seharian nyer aku menyiapkan soalan dan jawapan utk S.A. Tak pasti lah siap atau tidaknyer until 6pm <----aku balik lambat hari ni. Patutnyer ada kelas kul 2 pm td. Tapi disebabkan kelas aku telah dirembat oleh pihak management utk dibuat tempat ceramah by USTAZAH NORBAIYAH <---penceramah popular cakar harimau...hehehe. So aku kena lah start kelas kul 3 pm gitu. Pastu start jam 2 pm td hujan turun punya lah lebatttttttt nyer. Aku pulak stuck dalam opis..x de payung nak pi kat keta....sudahhh.. Aku call student...diaorang leh cakap...hanya 8 orang out of 44 orang saje yg ada dalam kelas. as a result..aku kena cancel kan kelas lah. Dan kelas ganti akan dibuat pada hari isnin depan. Present kasut dari datuk sedara (pakcik En Hendra) Haziq di Sarawak sempena birtday Haziq hari tu. Tu kirenyer hadiah paling last Haziq dapat...jauh dtgnyer. Ada juga 2 pasang baju juga batik sarawak utk aku sekali dalam bungkusan yg datang masa cuti sekolah hari tu.

Wednesday, September 3, 2008

kerja OOoo kerja.. - update

3 ramadan 1429.
Masih banyak nyer kerja yg tak siap2 lagi. Final examination paper utk subject Stuctural Analysis juga subject Soil Mechanics sebaris ayat pun tak di taip lagi. Aduhhhh....banyak tu menda nak di buat. Due date akhir minggu depan. Di tambah lagi internal audit utk ISO pada 16 sept ni. Sungguh gilos...satu teaching file pun aku lomm complete lagi.
Ini semua lah yg buat aku tak keharuan dan tidak kecukupan tangan da nie. Semoga ALLAH permudah kan kerja aku ni...amin..

Semalam petang masih En Hendra lagi yg masak kan lauk berbuka. TIMA KASIH SO MUCH ye bang. Lauk berbuka semalam ialah KANGKUNG GORENG <--- aku rasa mcm makan kat kedai jea rasa lauk tu. Dan satu lagi lauk AYAM GORENG + CENDAWAN KERING + CILI PADI + KICAP PEKAT...hehehe aku lom belajar lagi resipi tu. En Hendra kata itu resepi adik dia DEWI.
Hari pertama puasa tu En Hendra masak ikan masak pedas dan sayur goreng. Aku pulak cuma masak pengat keledek.
Dah sekarang ni En Hendra giat sekali utk mengasah skill memasak nyer...so amat kepayahan aku utk dapat memegang periuk kuali di dapur.

Hari jumaat lepas aku amek cuti..sakit sungguh kat kepala aku ni. Petang tu da ok sikit...lepas solat jumaat aku sefamily pi jalan masjid india ambil baju melayu En Hendra dan Haziq. Kesayangan aku ni da siap da baju melayu utk hari raya.
Dan masa kat kedai tu...boleh En Hendra pakaikan Haziq songkok kenit tu.HHeehh rasa macam anak cino pulak Haziq pakai camtu. Tapi x beli pun songkok tu kerna Haziq mmg X SUKA pakai apaer2 kat kepala..

Tuesday, September 2, 2008

banyak keja...

Assalamualaikum kepada SEMUA yg merindui diri ku yg hina ini. Jam da menunjukkan 5.10 pm. Sepatutnyer aku da balik da ni. Ialah bulan ramadhan kan...opis hour habis 5 pm. Penat ni sebab baru habis kelas dari jam 2pm - 5pm. Sebelum balik dapat lah tgk2 kejap internet mengong ni.

Sebenar nyer naper saya tidak berada di alam siber ni sepanjang minggu lepas. Sebab nyer internet TAK DE kat opis ni..sepanjang minggu lepas. Di tambahkan lagi dengan kerja yg terlambak2 kat opis. Aku menjadi taksub dengan menyiapkan kerja. Rasanyer macam nak ambil exam structure jea aku di buat nyer.

Bukan x de internet kat umah..tp sampai rumah mmg da penat da. Rasa nyer paling lewat jam 12 malam aku da tidor da. Penatttttt.......So tidaknyer aku menyentuh komputer pun di rumah until hari isnin semalam. Internet mcm da pupus dalam kepala aku sampailah hari ini...heheheh..

ok lah pada yg prihatin atas 'kehilangan' sementara aku....aku hargai kalian...sayang semuaaaaaaaa...
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..semoga puasa kita diberkati ALLAH amin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails