Followers

Tuesday, November 4, 2008

taken movie.

Baru habis tgk movie dvd TAKEN lakonan Liam Neeson. Ok lah citer tu. Wlu pada mula nyer cam slow jea tp aku da agak da citer ni mesti citer ada tembak2 nyer. Betul pun.
Pasal anak perempuan dia pergi melancong ke paris dgn kawan without parent walaupun umur diaorang baru 17. Pastu ada group culik perempuan utk di jual di paris dan diaorang telah menculik perempuan 2 orang tu. Liam ni pun pergi ke paris utk mencari anak dia. Liam ni adalah retired secret sevice. So mmg skill lah dia lawan dgn orang jahat tu.
Ok lah klu nak tgk. Dalam 1 jam 30 min gitu.

Haziq pulak aku ngan En Hendra tepuk2 suh tido masa tgh tgk citer tu, mau gak dia tido. Mmg x leh duk diam sungguh. Ada jea nak di buatnyer. Tgk lah tu aku nak ambil picture pasu tu dia da siap2 duk ngan pasu tu sekali. Sungguh lasak dan lincah sekali si kenit nie. Rambut pun da panjang tu. Kali ni aku dan En Hendra sepakat nak biar rambut Haziq panjang. Saja jea, x pernah tgk rambut dia panjanggggg. Malam ni tadi ktorang makan mee hoon goreng jea. Dah itu permintaan suami ku, aku ikut jea. Sesampai rumah dalam jam 7 pm gitu dgn baju kurung lagi aku da goreng mee. Mmg tgh x de bahan ape2, so cuma mee hoon goreng + sayur sawi. Pastu telo dadar utk En Hendra dan aku pulak telo mata. Haziq mmg bagi makan nasi lembik + sup.

pasu ooo pasu.

Hari ni syokkkkk...sebab baru pi beli pasu td. Siap nyanyi2 gumbira lagi masa drive balik ke office td. Bentuk cam tomato, tapi atas dia kosonglah jadi cam pasu. Satu yg besar warna merah dan satu lagi yg kecik warna kuning. Nanti balik umah leh upload pic pasu kat sini. Pastu biasalah...mesti gak beli bunga lagi.

Ari ni aku bawa bunga yg pasu mug KFC tu nak letak kat office. Rasa mcm da penuh tempat kat umah comel ku tu ngan munga2. Cehhhh...cam malu jea...kengkawan tegur, kata bunga gubahan aku tu lawa. Alah biasa2 saje. Sebenarnyer tgk jea gubahan utk En Hendra ari tu, da ada member office aku ni nak wat tempahan kat aku. Wenennhhhh...aku lom pandai lagi lah, cuma suka2 jea buat menda nie. Dia nak minta aku gubah bunga utk ruang tamu rumah dia guna pasu tinggi + bunga tinggi. Aku mmg lom cuba lagi gubahan gitu. Tapi aku tgk ari tu kat kedai, bunga2 gubahan tinggi nie mestilah bunga besar + kembang. Pastu harga nyer mahal pulak tu. Ermmm camna lah aku nak cuba2 nie.

Monday, November 3, 2008

flowers..

Ari ni mmg cadang nak beli pasu bunga. Semalam cari2 pasu semua nyer x berkenan. Takat ni tempat yg aku suka beli ialah kat satu kedai bunga di warta. Bunga2 kat situ memang cantik dan kualiti nyer ok lah juga. Pasu pun cantik dengan harga yg berpatutan. Tp memandangkan aku tak pergi kerja ari nie, plan gubah bunga da terbantut. Bunga2 kat dalam gambar tu ada yg aku beli dan ada yg dari majlis kawin aku dulu. Ialah semua gubahan bunga msa kenduri aku dulu adalah dari makcik aku, so da habis kenduri aku ameklah bunga2 tu. Dan bunga2 tu semua aku gubah semula.
Bunga purple tu paling byk kali aku cuba nak gubah. Da mcm nak give up dibuatnyer, aku lom berapa pandai ngan gubahan bunga guna pasu tinggi nie. Lasr sekali gitulah yg aku dapt..dan aku puas hati lah juga.
Eeeeeeeeee tak sabar nyer nak beli pasu baru.

rehat2 lagi kat umah..syok.

Hari ni aku tak pergi kerja. Aku amek MC.

Td tengah lelepak tgk tv, ada seorang mamat nie ketuk pintu umah. Buka2 pintu leh minta aku isi satu resit nie, katanyer utk pest control (yg sembur2 asap utk nyamuk tu). Dia nak nama aku, aku bg lah, dia nak address umah pun aku bagi. Tetiba dia leh mintak RM40 utk pembayaran utk buat pest control tu. Eh..aku kata "aku x de duitlah". Dia cakap "x akan lah rm10 pun tak de utk bayar deposit". Eh..aku cakap "mmg saya x de duit". Pastu aku tambah lagi "blok kat sini mmg tiap2 bulan diaorang kutip duit utk services, en pergilah minta duit kat diaorang tu". Terus orang tu blah gitu jea. Pastu boleh dia kata sebelum pergi tu "tlg tutup tingkap yea dalam 20 minit sebab ktorang nak sembur yea". Sebenarnyer sajer jea aku cakap x de duit. Pehal pulak tetiba nk bg duit kat orang rm40 gitu2 saje. Tapi yg aku pelik, lepas tu mmg x de bunyi aper2 pun. Padahal sebelum tu ada gak aku dengar bunyi mesin sembur tu kejap2. Aku rasa diaorang nie mcm nak menipu jea. Senang2 jea minta2 duit gitu. Sebelum ni pernah gak ada semburan kat area rumah aku nie. Tapi idak lah minta2 duit pintu kepintu.

Kumpul2 kereta da start lagi kat SHELL. Hhehehe...aku idaklah peminatnyer tp En Hendra minat benda2 nia. Aku ni biasalah..semua nyer ikut2 jea apa suami aku minat...isteri mithalikan..hehehe..

Haziq pulak, biasa lah budak kecik. Bukan dia tahu pun menda tu nak wat koleksi, yg dia tahu cuma main main main. Tapi alhamdulilah sekarang ni, boleh da dia faham klu kita cakap, tp kekadang dia buat gak perangai budak2, buat tak faham. Tapi aku x kisah pun..menda2 gitu mmg pelan2 kena ajar kat Haziq supaya dia faham. Klu pukul pun x guna, sebab budak2 mmg cuma ada short memory jea. Kejap2 tu jea dia ingat, nenanti dia buat menda yg kita tak bagi buat tu. Klu boleh jgn jerit2 bila marah dgn anak juga jgn pukul dia. Sebab emak aku pesan da, lagi kita jerit2 ngan dia lagi dia bertambah nakal. Dulu mmg aku jerit2 gak kat Haziq ni, ialah mana dgn penatnyer balik dari keja pastu buat kerja rumah lagi, tetiba Haziq pulak buat hal..ermmm mana tak terjeritlah aku. Tapi sekarang ni mmg da nampak perubahan Haziq bila aku cakap elok2 ngan dia. Lagipun aper2 hal mmg kena banyak sabar...insyallah semuanyer jadi baik.

tutorial masukkan 'recent comments' pada side blog.

Berikut adalah tip untuk mendapatkan 'Komentar Terkini'.

Mula-mula sekali anda perlu ke http://blogger-templates.blogspot.com/2007/03/recent-comments.html

Masukkan nama Tajuk Wiget seperti 'Komentar Terkini', atau 'Kata Pengunjung' atau apa-apa.
Masukkan alamat blogspot. ie. "bluequil", "reddiva".

Ubahsuai bilangan komen yang hendak dipaparkan. Tak perlu panjang-panjang seperti blog ini.
Tandakan samada ingin memaparkan tarikh, tajuk. dan Saiz mesej.
Pada pendapat saya tarikh tak perlu.

rujuk gambar.


Kemudian klik 'Apply' dan kemudian 'Add widget to my blog'

Pada laman seterusnya, klik 'Edit Content'

sila tukar http://giga.ovh.org/rc kepada http://hasbullah.pit.googlepages.com/rc.htm (Walaupun nama anda bukan Hasbullah Pit).


kemudian 'ADD WIDGET'

Anda akan dibawakan ke "Pages Elements" blog anda, dan klik 'save'.

Anda boleh melihat hasilnya sebegini.


Kepada yang suday mempunyai "Recent Comments", daripada Blogger-Templates, Anda hanya perlu tukar URL

credit to http://hasbullah.pit.my

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails