Followers

Thursday, September 10, 2009

Rasa macam hendak lagi lah waffle tu.

Tahniah too my pren Puan Hanani kerana selamat melahir kan baby boy ke 3 pada hari ini. Semoga ibu dan baby sihat hendaknya...amin..

Hari ini aku gigih mengantikan kelas. Ialah kan, next week tidak lah payah membuat kelas lagi. Lagipun aku bagi peluang anak-anak murid aku itu balik ke kg awal untuk menyambut hari raya. Baik kan cikgu nie....hehehe..

Semalam berbuka puasa dengan SUP AYAM dan juga SAMBAL KICAP...peh...sodappp. Bukan aku yang masaklah kan. Tentu-tentunya En Hendra ku sayang yang masak kan.
Balik dari kerja semalam aku singgah pasaraya dekat dengan rumah. Tujuannya untuk membeli sayur dan juga air soya kotak. Ialah aku perlu minum extra soya or susu sebab kandungan aku sudah masuk 20 minggu this week. Baby pun sudah mula aktif, memang aku sudah terasa pergerakkannya.
Syok pula aku tengok ada waffle stall dalam itu. So aku order waffle jem strawbery dan jem kacang. Walaupun aku cuma dapat 1 part sahaja rasa, sebab En Hendra pula yang syok makan waffle aku itu. Tapi ok lah....puas lah juga.

Gambar adalah di copy dari tempat lain..harap maklum.

Aku rasa memang ada jual waffle yang frozen. Tapi ada jual dekat mana yea?. Ada siapa-siapa tahu?.

Wednesday, September 9, 2009

2 tahun 3 bulan.

Baik sahajakan....

Tapi sekejap sahaja yea.

Haziq with 'emo', 'awin' dan tabung barunya. Yang lama semua sudah di pecahkan nya.

Semenjak tinggal dengan parent aku masa aku tidak sihat (sebab mengandung) dulu, Haziq sudah pandai makan durian...hehehe. Masa itu memang tengah musim durian di rumah kg.

Desktop di rumah, kartun kegemaran Haziq.

Daging masak lemak cili api

Ahad - 6 Sept 2009 - 16 ramadhan 1430

Masak lemak cili api daging + ubi kentang.

Bergedil daging

Cerita sudah basi begitu. Ini juadah berbuka pada hari ahad lepas. Jangan tidak percaya bawah aku yang memasak semua itu. En Hendra tolong lenyek kan kentang selepas di goreng dan tolong menumbuk lumatkan cili padi untuk masak lemak aku itu.

Resipi -
Daging ikut sukalah banyak mana...hehehe
Santan sekotak (mana hendak cari santan pure gitu)
Cili padi ikut tahap kepedasan cili tersebut.
Serai.
Garam.


Ya ampun pedasnya masak lemak aku itu. Sampai tidak boleh bercakap rasanya...hehehehe. Memang kalau cuti-cuti kalau aku larat, aku akan memasak untuk juadah berbuka.

Sebenarnya aku start memasak dalam jam 6 petang begitu. Ialah se family tertidur kepenatan selepas membeli belah barangan dapur di tesco ampang. Punyalah ramaaiiii orang dekat situ. Sana sini orang sahaja. Kalau tidak di ikutkan barang dapur sudah tiada, tidak mahunya kami pergi menambahkan orang di tesco itu.

Op sebelum kami ke tesco, aku meneman En Hendra menderma darah di pasaraya berdekatan rumah. En Hendra ini memang kegemaran dia menderma darah. Pada mula nyer Doc bertugas di situ tidak membenarkan En Hendra menderma kerana sedang berpuasa dan juga ia telah melebihi jam 10 pagi. Doc takut terjadi apa-apa.
Alhamdulilah semua nya ok, lagipun kata En Hendra dia sudah pernah menderma darah pada bulan puasa sebelum ini.



Isnin - 7 Sept 2009

Gaya Haziq ketika berbuka puasa di restoran nasi kandar pelita di ampang. Ini kiranya macam main terjah sahaja berbuka disini. Memula kami keluar rumah dalam jam 3 lebih petang untuk ke jalan TAR untuk mencari baju melayu Haziq. Tapi biasalah kan, penuh juga orang di jalan TAR hari isnin itu. Satu hal lagi, kerana semua jalan masuk ke jalan TAR di tutup, di tambah dengan jamming gitu. Akhirnya kereta cuma ada jalan masuk berdekatan lrt stesen itu sahaja. Bayangkan kami terpaksa pusing dari depan komplek wilayah lagi dengan kereta sana sini. Hampir jam 5 petang baru dapat masuk parking di bangunan semua house.
Selesai membeli baju melayu dan sempat juga En Hendra membayar zakat untuk kami sekeluarga..alhamdulilah.
Aku cuma beli kebab ayam satu dan juga air mineral sebotol untuk berbuka. Masa itu jam sudah menunjukkkan dalam 6 lebih gitu. Kami bercadang hendak ke Ampang untuk membeli baju Haziq lagi.
Dalam jam 7 petang sempat kami sampai di Ampang dan terus menuju ke kedai nasi kandar. Punyalah cepat dan pantas pekerja-pekerja di kedai itu. Kiranya dapat kami berbuka dengan nyaman sekali.


Sedap ke kari kepala ikan ek? Aku tengok ramai orang duk order kari kepala ikan untuk juadah berbuka...ermmm..


Friday, September 4, 2009

Tagged by ellismie

1)Saya suka???
bersuka-suka hati!!!

2) Pada masa ini saya sedang berfikir tentang
apa nak buat nie <---wlupun tgh waktu kerja lagi...

3) Bila rasa tension saya akan...
malas nak fikir apa-apa..lebih suka membiarkan sahaja si tension tuu bersendirian..

4) 3 perkara yang akan buat saya tersenyum...
my family
makanan yang sedap
holiday

5) 3 perkara yang buat saya menangis..
bila gaduh dengan hubby (tp menangis sendirian sahaja)
tengok sesuatu yang menyentuh perasaan
tidak dapat menunaikan apa-apa permintaan keluarga

6) Kalau saya ada rm100k?
dunno...malas nak fikir..

7) Sila beri 3 nama untuk di tag...
kak ina
akma
mindsoul

Sotong kembang?

Wehh...puasa-puasa ini macam sahaja je kan letak gambar makanan sana sini. Perhatian, gambar ini aku copet dari internet sahaja. Bukan gambar orang yang aku kenali yang memasaknya.

Sahaja aku letak gambar sotong ini sebab aku hendak tahu, apakah nama panggilan sotong ini?. Sebab lain tempat lain saja panggilannya. Emak aku panggil sotong kembang. So apa panggilan lain nya yea?

Sotong ini sedap di makan dengan nasi lemak....kan...kan. Since pregnant ini, aku memang tidak boleh masuk hendak makan nasi lemak ini.
Yang aku pernah ikut emak, kalau pergi beli sotong ini dipasar basah, harga nya boleh tahan mahal juga kan.
Lagi lah kan sotong ini kalau di rumah kg aku lah, hari pertama di masak masih kurang rasa kesedapannya. So kalau sudah hari kedua, setelah dipanas-panaskan gitu, baru terasa kick nya..sambal dan sotong telah sebati..nyaman sahaja.

Hari itu masa balik kg untuk berbuka puasa dengan family, memang layan sungguh hari-hari makan sambal sotong kembang...sampai habis setelah hari ketiga nya. Aku duk layan lauk sambal sotong kembang sikit + lauk sambal ikan bilis + rendang ayam kg...pehhhh SODAPPPP.
Selera sungguh den berbuka puasa. Tapi biasalah kan, makan itu pun dalam portion yang sikit sahaja. Perut den kan ada orang istimewa sudah booking...hik hik..
Aku cuma suka makan sambal sotong ini kalau emak or makcik-makcik aku yang masak sahaja. Kalau hendak makan di luar...ermmm..tak minat gitu.
Den sendiri tidak pernah cuba untuk memasak nya pun......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails