Followers

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat balik bercuti dan berhari raya dari Muhammad Haziq.


Keempunan gitu hendak buat popia mini. Sebabnya kulit popia habis di 2 buah pasaraya berdekatan rumah aku. Terus rasa macam kecewa gitu. Tidak mengapalah mungkin boleh cari yang instant sahaja.

Esok aku sudah mula bercuti. Rasanya sama seperti orang lain juga yang bercuti selama seminggu pada minggu depan. Dan aku akan balik berhari raya di kuala pilah. Asalnya hendak kerja separuh hari esok. Rancangannya hendak buat popia lah malam nya itu. So boleh lah tidur lambat malam jumaat. Tapi hendak buat camnakan.

Di keghairahan kita semua hendak menyambut aidil fitri pada 1 syawal nanti aku teringatkan keadaan 2 orang member office aku.
Semalam ibu puan Faizah di sahkan di jangkiti demam dengki. Update tadi ibu dia masih berada di wad kecemasan. Dugaan ALLAH di penghujung ramadhan pada family dia. Semoga semua nya dipermudahkan oleh YANG ESA..amin.

Satu lagi pasal miss Zaitul, ini merupakan kali pertama dia menyambut syawal tanpa ibu disisi. Keciankan...Ayah dia telah bernikah dengan orang baru dalam bulan Julai hari itu kalau tidak silap aku. Sudahlah dia ini masih single...so bagaimana ek dia menyambut syawal kali ini. Dia beritahu aku dia masih bekerja hingga Jumaat. Kemudian akan pulang ke rumah arwah emaknya di senawang. Memandangkan senawang dengan pilah itu tidak jauh. Aku memang menjemput dia supaya datang ke rumah aku di hari raya nanti.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT AIDIL FITRI dan MAAF ZAHIR BATIN pada semua kawan-kawan. Semoga selamat pergi dan balik ke kampung halaman tercinta.

Thursday, September 17, 2009

biru nasi kerabu dan tahu bakar..

Alhamdulilah dapat juga aku merasa NASI KERABU dan juga TAHU BAKAR untuk jaudah berbuka semalam. Asalnya kami 'rehat' memasak semalam. So aku ditugaskan oleh En Hendra untuk membeli juadah berbuka. Alahai lauk di kantin office cukup untuk selera En Hendra sahaja. Aku pulak camna kan!!!

Sampai rumah dekat jam 6.50pm gitu. Aku ajak En Hendra dan Haziq pergi pasar ramadhan. 1st time tu, kami pergi pasar ramadhan sepanjang bulan puasa ini...hehehehe. Aku hendak makan nasi kerabu dan juga tahu bakar. Itu sahaja aim aku.
Ok lah rasa nasi kerabu tu walaupun kurang birunya. Tapi portion nya cukup banyak dengan harga RM3.50. Aku siap makan berulang-ulang gitu. Walaupun tahu bakar itu tidak sesedap yang aku makan masa study dulu...tapi kira ok lah dapat merasa kan. Bukan senang hendak dapat menda tu.

Wednesday, September 16, 2009

Lempeng cicah masak lemak cili api.

Juadah berbuka pada hari ahad lepas. Memang aku berpuas hati dengan apa yang aku masak hari itu. <---- puji diri sendiri. Tapi En Hendra kureng suka my sayur goreng itu sebab aku campur sekali dengan hotdog goreng.

"Sorry ya bang, next time i tak masak gitu lagi ek"

Lauk yang satu lagi ialah AYAM MASAK LEMAK CILI API. hehehe..sudah namanya orang nogori. Confirm aku mesti hendak masak lauk ini. Alhamdulilah En Hendra layannn lauk ini.
Dan juga kalau sudah ada lauk ini, kurang lengkap rasanya kalau aku tidak buat lempeng sekali. Sungguh sedap makan lempeng tepung cicah dengan kuah masak lemak. Sepadan sungguh. Aku masak 2 keping sahaja sebab aku seorang sahaja yang suka makan gitu. Puas hati sunguhhhhh.

Seperti kebiasaan kami kalau masak untuk berbuka memang masak banyak. Ialah kan itu untuk lauk berbuka dan itu juga lauk untuk bersahur. Jimat masa kan....

Tuesday, September 15, 2009

21 weeks.

Ini picture aku hari ini. Hehhehehe. Nampak sudah kan perut aku yang sudah masuk 21 minggu...tapi masih layan pakai baju kurung pergi kerja..alhamdulilah. Itu ialah baju raya aku tahun lepas.

Taco @ Tako
Malam sabtu lepas, dalam jam 8 malam gitu kami sefamily pergi JJ maluri. Sebelum balik sempat ajak En Hendra minum ABC. Sedang-sedang tunggu ABC kami siap, aku tetiba macam hendak sangat cuba merasa makanan jepun itu. Dengar cerita nya sudah lama, tapi tidak mencuba-cuba lagi. Alahai bagaimanalah rasanya.
Punyalah lama tunggu hendak siap 3 ketul bebola sotong itu. Sampaikan bila aku tiba di meja makan itu, ABC aku sudah tinggal setengah gitu di makan oleh anak beranak dua orang itu.
Ermmm...aku makan tidak sampai setengah pun bebola itu. Ntahlah, macam tidak boleh masuk ketekak den ini. The rest of tu, Haziq and En Hendra yang makan kan. Lepas ini tidak ada kemungkinan aku hendak makan benda itu lagi.


Malam minggu pula, aku sahaja usha En Hendra pasal makan sate di kajang. Tidak tahu lah rupanya ada juga orang lain mengidam mengalahkan orang pregnant. Masa itu sudah lewat malam juga lah. Sesampai kami di kajang dalam jam 10 lebih rasanya. Punyalah ramai orang makan sate malam itu. Ishhh ish..keenakkan sate kan...ramadhan ramadhan pun orang masih mencari sate. Sodapppp...
Aku memang sudah lapar semula masa sampai di situ. Lama juga hendak menunggu sate tiba di meja. Habis nasi impit dan timun sepinggan aku makan. Bila sate sampai aku cuma larat makan 2 ke 3 cucuk sahaja. Perut aku sudah penuh...hehehehe. Tidaklah habis semua sate itu, kami terpaksa bungkus bawa balik.
Aku tidak tahulah bermula bila yang customer perlu ke kaunter untuk order dan terus bayar. Maknanya pekerja cuma bertugas menghantar sate dan minuman. Ermmm...

Jom mamam sate....Si kecik ini memang pandai makan sate tapi lebih suka makan kuah sate itu. Tengoklah tangan tu kat mana.

Sate 30 cucuk with my hot coffee.

Gambar ini aku ambil jumaat lepas. Cadang-cadang henda ambil gambar perut. Tidak nampak rupanya..hehehe..ialahkan ambil guna hp sahajakan.

Friday, September 11, 2009

cartoon time..

Malam tadi belum masa berbuka lagi, Haziq di upah oleh En Hendra menonton movie Upin Ipin di komputer. Cadangnya hendak tengok the rest of the movie nenanti sekeluargalah. Tapi si kenit itu tidak memberi langsung peluang untuk memberhentikan movie itu barang sebentar dua. Hendak atau tidak aku lah tukang teman dia menonton sampai habis cerita itu. Memang lately ini lepas movie cartoon Cars, cartoon ini lah yang di gemari Haziq.

Seronok layan cerita ini. Sebagai cerita melayu, aku rasa ini amat menyeronokkan. Macam tidak percaya sahaja ini filem melayu. Tabik sungguh.
Haziq sendiri tidak mahu bergerak langsung dari depan komputer sampai cerita itu habis.

Pagi tadi muntah lagi. Puaslah aku buat pergerakkan perlahan-lahan pagi tadi. Tapi hendak buat macam mana kan, benda hendak jadi. Terima dengan redha. Akibat dari itu aku pening until now. Tadi pun aku cukup menggagahkan diri untuk mengajar, ialahkan ada beberapa assignment untuk students buat kerana cuti lama itu nanti. Lagipun tidak akanlah aku hendak memfreekan mereka sepanjang 2 minggu cuti raya itu. Cuti raya seminggu dan next week memang aku tidak membuat kelas sebab bagi peluang mereka balik kg awal.

Sudah jam 12.30 ini, masuk waktu rehat until 2.30pm. Aku sudah start menguap sebab penat dan perut pun tidak berhenti tegang lagi. Aku tidak pernah lagi tidur di office ini since pregnant ini. Tidak selesa kan tidur duduk gitu. Mungkin aku cuba berehat....tanpa mengadap komputer...hehehe. Itu pun kira rehat juga.
Petang ini ada kelas lagi...kelas ganti...tanggungjawab kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails