Followers

Friday, October 9, 2009

Faiza Basmathi.


Walaupun hari itu dan hari itu lagi sudah pergi membeli barang dapur, tapi malam tadi kena pergi lagi hanya untuk membeli beras. Sungguh tidak perasaan beras sudah habis. Sampai sana bukannya setakat membeli beras tetapi membeli barang-barang untuk masak tomyam sekali. Syokkk..lately ini kami amat melayan tomyam di rumah. Masak sendiri sungguh puashati dan kenyang. Hirup hirup panas-panas dengan udang yang masih manis sekali.... Cukup segala rasanya.

Sudah lah aku ini penat malam tadi. Tapi kalau hendak keluar, semestinya kena keluar satu family juga walaupun hendak beli beras...hehehehe.
Boleh lah pula beras yang biasa kami makan habis stok di situ. Aduhhh...malas nya aku lagi...semestinya perlu lah juga ke tempat lain malam itu juga untuk mencari beras. Fikir-fikir so kami pergi ke JJ Maluri semata-mata untuk beli beras. Sebab tempat lain memang tiada stok beras ini. Alhamdulilah betul-betul tinggal 2 sahaja beras itu di JJ. Kalau tidak ada juga...entahlah...Aku sungguh tidak berminat keluar rumah malam-malam kalau habis kerja.

Picture aku hari ini. Purple gitu..

Thursday, October 8, 2009

Free Gifts.


Free gifts gitu.
Kan hari petang sabtu lepas berpeluh-peluh juga kami sefamily pergi survey satu barang ini untuk di beli pada hari ahadnya. Setelah penat driving sana sini di area Pandan indah, Pandan jaya, Maluri dan seangkatan dengan nya lah. Maka pagi ahad tersebut kami setuju hendak membeli barang itu di kedai di Pandan Jaya.... atas alasan aku ialah untuk menolong orang melayu gitu, rezeki yang aku dapat di kongsi dengan orang lain pula..salesman nya budak melayu. Kalau hendak di ikutkan di kedai lain pun ada barang itu...sama sahaja. Dan barang itu selamat di hantar ke rumah pada tengahari isnin lepas.

Semestinya yang syok juga kalau beli barang kan ialah free gifts gitu. Best apa ada hadiah-hadiah percuma ini...kan. Tapi tidaklah sibuk tengok free gifts dulu masa hendak pilih barang itu. Mesti hendak pilih barang yang baik dan elok...lepas itu barulah salesman itu cakap ada free gifts..ok lah..alhamdulilah orang hendak bagi kan.

Hehehe..aku sudah bagi hint pada En Hendra, memandang kan set sudu, garfu dan pisau itu amat lah cantik sekali. Maka tidak lama lagi boleh lah kita masak dan makan western di rumah. Sudah lama tidak masak sendiri western ini macam dulu-dulu itu.

Wednesday, October 7, 2009

Semenjak aku menonton movie 1957: Hati Malaya, aku ingin tahu juga kisah hidup Tunku.

Jejak awal Tunku di London.
Berita Harian Online -
Rabu, 07 Oktober 2009

Ikuti tulisan Mansor Puteh mengenai usahanya mencari jejak awal Tunku ketika berusia 16 tahun di London.

TUNKU bersama sahabatnya ketika bergelar pelajar.

Tidak banyak diketahui mengenai sejarah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ketika kecilnya, termasuk kesukaannya bercampur dengan budak-budak kampung. Malah, tidak ramai juga tahu Tunku pernah menyewa bilik di sebuah gereja dan paderi turut menjadi gurunya.

PERDANA Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj yang juga Bapa Kemerdekaan ada nama jolokan atau samaran diberikan ahli keluarganya iaitu 'Budak Hitam' disebabkan kulitnya hitam, tidak seperti adik-beradiknya yang lain.
Ia juga disebabkan dia lebih gemar bercampur dengan budak-budak kampung sehinggakan Tunku juga dikenal sebagai Budak Kampung.
Memang perkara ini tidak penting kalau kita lihat dan mengkaji mengenai kehidupan Tunku, sebab sudah pasti sebagai Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang banyak berjasa kepada negara, kisah seperti ini boleh dianggap enteng, atau tidak penting.

Tetapi, tidakkah kita sedar bahawa kenakalan dan keterasingan daripada keluarga dan bergaul dengan ‘kanak-kanak kampung’ itu, sehinggakan dia serasi dengan mereka dan dapat berasakan kehendak dan kekurangan mereka itu yang boleh dianggap sebagai pendorong untuknya mencapai kemerdekaan untuk negara pada masa depan?

Mungkin ditakdirkan dia gemar bergaul dengan kaum marhain dan tidak bangsawan seperti dia sendiri. Tidak terkejut juga kalau isteri pertamanya ialah seorang gadis Cina yang langsung tidak fasih bercakap dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dan dia adalah anak kepada seorang tuan punya kedai basikal di Alor Setar.

Dia ialah ibu kepada kedua anak Tunku iaitu Tunku Khadijah dan Tunku Nerang yang saya sekeluarga sering dan gemar memanggil dengan nama jolokan atau singkatan iaitu Tunku Chik dan Tunku Ang.

Boleh dikatakan juga tidak ramai pakar sejarah di negara yang membuat kajian mengenai cara hidup Tunku di England, ketika dia ke sana dalam usia yang kecil, hanya 16 tahun saja dan dihantar merantau hidup sebatang kara belajar dengan guru peribadi di sebuah pekan kecil di sana yang dinamakan Little Stukeley, sebelum dia berjaya ke Universiti Cambridge yang kini dianggap sebagai universiti terulung seluruh dunia.

Tidak hairan kalau pakar sejarah lebih menumpukan perhatian mengenai apa yang beliau buat untuk mencapai kemerdekaan dan kisah seperti ini sering dijadikan bahan buku, rencana dan tidak lama dulu dalam bentuk filem.

Ia ialah kisah biasa mengenai kejayaan luar biasanya. Berbanding dengan ini, saya mahu menceritakan bagaimana saya terserempak di Little Stukeley dan Cambridge mencari jejak tapak awal Tunku, sebagai remaja bawah lebih 16 tahun yang berani mengharungi lautan luas dengan kapal selama tiga hingga empat minggu, yang dihempas ombak tinggi yang boleh membuat lelaki lebih dewasa daripadanya muntah.

Gambar kiri, Tunku ketika zaman persekolahan. Gambar kanan, Mansor (tengah) bersama Shahreza dan pemilik The Old Rectory, Carmilla Payne di depan bangunan yang pernah menjadi bilik sewa Tunku.

Tunku mengharungi kehidupan yang tidak biasa. Kehidupannya di Tanah Melayu juga tidak biasa. Dia dihantar ke Bangkok untuk belajar bersama rakan-rakan lain keturunan Siam dan beberapa orang daripada mereka turut ke Cambridge dan kemudian bertemu di sana.

Tunku menyewa sebuah bilik di bangunan yang dipanggil The Old Rectory di Little Stukeley. Saya dapati pekan ini begitu kecil. Sekarang ini ada mempunyai 23 keluarga. Bayangkan pada 1919 dulu ketika Tunku tiba di sana, sudah pasti jumlah keluarga di situ lebih kecil.

Bangunan ini sebenarnya sebahagian daripada sebuah gereja yang penting di daerah ini. Paderinya mengajar Tunku dan beberapa pelajar lain secara peribadi.

Sudah pasti Tunku pada masa itu tidak tahu bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris dan gurunya mengajar sehingga mendapat kejayaan akademik yang baik dan boleh bertutur dan menulis dalam bahasa ini dengan cekap sehinggakan sudah pasti loghat Inggerisnya terbawa-bawa hingga dia balik ke Tanah Melayu.
Orang Melayu tentu khuatir kalau ada orang lain mahu menghantar anak kecil mereka ke England untuk belajar dengan paderi dan tinggal di bangunan yang dimiliki gereja tanpa kawalan. Mereka khuatir anak mereka akan terpesong akidahnya. Ini tidak berlaku kepada Tunku.

Malah ia menguatkan semangat serta agamanya, sehinggakan pada lewat usia, dialah orang yang menubuhkan Perkim dan dengan sendiri mengetuai upacara pengislaman untuk bukan Islam. Kejayaan ini tidak pernah diulang oleh perdana menteri kemudian daripadanya.

Lawatan saya ke England baru-baru ini berjaya menyingkap sedikit-sebanyak rahsia peribadi Tunku. Tahukah kenapa Tunku amat berminat dengan sukan berkuda? Dia tidak bertaruh, sebab dia ada wang yang cukup sebagai pelajar di England yang hidup luar kampus dengan begitu mewah sekali.

Jawapannya ialah tidak jauh dari Little Stukeley ada sebuah padang lumba kuda. Saya terkejut dan rasa tidak hairan apabila saya melihat papan tanda padang lumba kuda itu ketika keluar dari Little Stukeley, dan terus menyuruh anak saudara saya, Shahreza yang memandu kereta sepanjang kami mengembara di England dengan ditemani seorang rakan dari Malaysia, Ajar Mohammed yang sudah lama menetap di negara ini untuk pergi ke padang itu.

Tidak ada seekor kuda yang ada di situ sebab hari itu bukan hari perlumbaan.

Kenapa Tunku berminat dengan permainan bola sepak sehingga berjaya menyertai pasukan bola sepak di Universiti Cambridge? Soalan ini akan dijawab di bawah.

Sebelum itu biar saya menceritakan bagaimana saya berjaya mencari bangunan The Old Rectory di Little Stukeley. Saya rasa cemas dan khuatir bangunan ini sudah runtuh dan hilang di muka bumi. Maklumlah ia dibina pada 1826. Ia bukan sebuah bangunan yang baru.

Malah, gereja yang tersergam dekatnya sudah tiada. The Old Rectory juga mengalami nasib sama, sebab tiga tahun dulu (2006), keadaannya amat mengecewakan dan ia hampir runtuh. Pihak berkuasa di sini mahu memusnahkan bangunan itu sebelum ia membawa kematian kepada orang awam.

Nasib baik, seorang lelaki Inggeris dan isterinya, Carmilla Payne sanggup membeli bangunan usang ini dan merayu kepada pihak berkuasa untuk membenarkan mereka memulihkannya. Sekarang ini bangunan itu berdiri megah dalam keadaan yang hampir sama.

Kami berdua memandu dengan perlahan untuk mencari tempat ini pada musim panas yang agak dingin iaitu suhunya tidak panas sekitar 15 hingga 18 darjah Celsius yang agak dingin.

Kami buat kesilapan dan tersilap arah sehingga melepasinya. Dengan bantuan orang awam, kami berpatah balik dan cari bangunan itu di sebelah kanan.

Kami masuk ke sebuah lorong sempit dan terserempak dengan seorang wanita Inggeris yang agak dewasa menunjukkan bangunan itu yang terletak tidak jauh dari kami.

Dia juga berkata, memang betul paderi di The Old Rectory itu menyewa bilik kepada pelajar asing yang datang untuk belajar secara peribadi dengannya.

Ini berlaku sehingga 1940an. Tetapi dia pasti tidak kenal penyewanya, khususnya Tunku yang ke sana sebelum wanita itu dilahirkan.

Kami memandu dan pergi ke arah bangunan itu dan tidak berapa lama kemudian kelihatan ia tersergam seperti gambar lama yang saya bawa untuk dijadikan panduan.

Kami terus keluar dari kereta sewa dan pergi ke rumah itu. Pintunya di mana? Kanan? Tidak. Ada anak tangga di sebelah kiri, dan Ajar serta Shah terus pergi ke sana sambil saya membuat rakaman. - Bersambung

Mee hoon sup and G.I.JOE the movie.

Mee Hoon sup dinner kami malam tadi. En Hendra berbesar hati masakkan. Thank you so much my sayang..


Malam tadi habiskan tengok movie G.I.JOE. Ermm..tengok pun berdasar kan sebab memang minat kartun ini masa zaman kanak-kanak dulu. Tapi sebab sudah lama rasanya tidak tengaok kartun ini, membuatkan aku sudah terlupa langsung jalan cerita dan watak-watak dalam kartun itu. So malam tadi menonton macam tengok cerita baru saja. Layan sahajalah. Sebab banyak sangat watak dalam movie itu, aku rasa jalan cerita jadi tidak tersusun. Entah siapa tembak siapa...entah mana baik mana jahat..entah siapa yang mati..aku pun tidak ambil pusing dah..hehehehe. Sekadar mengisi masa lapang kami sekeluarga sahaja malam tadi itu.



Sebelum menonton movie, kami layan dulu drama Aku Budak Minang jam 8.30pm - 9.00pm di TV2.
Seronok sungguh layan drama cakap n9 ini. Lagipun zaman dulu-dulu itu pun aku memang mengikuti siri kartun ini dalam majalan GILA-GILA. Kena pula lagu dalam drama itu lagu kesukaan aku juga...syokkkk. En Hendra pun sama juga melayan drama n9 ini. Suka benar dia dengar longat n9 ini.

Ayam den Lapeh

Luruihlah jalan Payakumbuah
Babelok jalan Kayu Jati
Dima ati indak karusuah
Ayam den lapeh ai ai… ayam den lapeh

Mandaki jalan Pandaisikek
Basimpang jalan ka Biaro
Di ma ati indak kamaupek
Awak takicuah ai ai… ayam den lapeh

Sikucapang sikucapeh
Saikua tabang saikua lapeh
Tabanglah juo nan karimbo
Oilah malang juo

Pagaruyuang Batusangka
Tampek bajalan urang baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo ai ai… ayam den lapeh

Den sangko lamang nasi tuai
Kironyo tatumpah kuah gulai
Awak ka pasa alah usai
Oi lah malang denai

O hoi … ayam den lapeh

(Dipopulerkan oleh Gumarang/Oslan Husein

Tuesday, October 6, 2009

Bila hari sabtu dan ahad.....

Laksa.....sodappp..

En Hendra sudah masuk pinggan ke 2 makan laksa ini.

Hari Sabtu lepas, selepas kami berpenat dan berpeluh gitu lepas ke kedai sana sini mensurvey barang yang hendak di beli pada hari Ahad esoknya, kami ke rumah officemate kak SN di cheras. Memang aku sudah berjanji dengan kak SN untuk datang berhari raya ke rumah nya. Sesampai di sana sudah jam 5 petang. Nampaknya kak SN aku ni sibuk-sibuk gitu di dapur. Tidak aku tahu apa menu pun yang sedang di masak oleh tuan rumah. Sesambil itu kami makan kuih raya yang penuh juga di atas meja ruang tamu rumah. Jenuh gak makan itu ini...macam-macam gitu.

Then
tuan rumah sudah memanggil untuk ke meja makan...jemput makan... Oh tidak ku sangka rupanya hidangan merupakan antara list makanan yang aku hendak makan time pregnant ini...ALHAMDULILAH....home made laksa. Walaupun perut aku sudah penuh, tapi gagahkan juga makan untuk pinggan ke 2. Lepas itu terus duduk bawah jea, hendak luruskan kaki...perut sudah fulllll gitu. Sudah tidak larat untuk duduk atas sofa..hik hik..

En Hendra pula pada mulanya memang tidak makan pun dan tidak pernah langsung makan laksa ini. Aku risau gak, dia makan ke tidak makanan ini?. Disebabkan masa itu sudah jam 6 petang, perut pun sudah kembali lapar, maka En Hendra makan juga laksa itu...siap dengan perahan limau sekali. Ok lah, dia kata...lagi pun laksa home made...confirm sedap nya. Thank you so much kak SN for the lovely laksa.


Hari ahad lepas pula, pagi-pagi aku sudah menggoreng JEMPUT TEPUNG je. Tidaklah pagi-pagi subuh pun..dalam jam 10 pagi gitu lah. Dekat 4 kali goreng begitu. Memang keteringinan makan jemput aku pagi tu...hik hik. Aku telah mencampur cili boh + carot di hiris halus + garam + sedikit kiub ayam gitu. Sebab itu jemput aku bercolor merah. Aku risau lah kan sebab En Hendra tidak berapa suka makan jemput kalau aku masak. Padahal aku ini memang di besarkan dengan sarapan jemput ikan bilis...so until today aku mesti kekadang minta emak gorengkan jemput kalau balik kampung untuk sarapan. Alhamdulilah En Hendra join makan sekali jemput cicah dengan cili sos dengan minuman teh o panas. Haziq pula bukannya makan pun jemput itu...kesukaan dia ialah COS (panggilan Haziq untuk sos). So kerjanya cicah jemput dengan sos lepas tu sosnya sahaja di makannya...jemput nya last last aku juga yang makan kan.

Tengahari pula, aku masak simple jea. Bukan apa, keteringinan hendak makan sambal sardin begitu membuak-buak gitu. Aku pun ambil keputusan untuk masak apa yang aku ingin kan itu.
So masak nasi, pastu goreng telur dadar dan masak sambal sardin. Saja buat pedas-pedas sebab aku tumbuk cili padi sekali tetapi tidak pedas lah juga..ermmm..
Malam itu pula, siap aku cicah lebihan jemput aku tu dengan sambal sardin itu....pehhh sodap nya....matching sungguh...

Sebenarnya petang itu, kami selamat membeli barang yang di survey semalam petang ....ALHAMDULILAH. Lepas itu kami terus ke office aku, dekat 1 jam juga kami berada di situ. Macam biasa, En Hendra mesti ajak pergi makan sate kajang kalau lepas pergi office aku ini. Lepas itu terus balik rumah.
Sampai rumah aku boleh termuntah pula..agaknya penuh sangat perut aku masa makan sate dengan nasi impit juga kuah kacang tadinya. Kecian makanan aku itu.

Jemput-jemput merah ku..cicah dengan sos.

Lauk sambal sardin + ubi kentang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails