Followers

Thursday, November 19, 2009

The Ugly Truth and Cloudy with a Chance of Meatball movie.

Synopsis: The battle of the sexes heats up in Columbia Pictures' comedy The Ugly Truth. Abby Richter (Katherine Heigl) is a romantically challenged morning show producer whose search for Mr. Perfect has left her hopelessly single. She's in for a rude awakening when her bosses team her with Mike Chadway (Gerard Butler), a hardcore TV personality who promises to spill the ugly truth on what makes men and women tick.

Malam selasa lepas aku dan En Hendra menonton movie ini. Sebenarnya macam tiada mood hendak menonton cerita komedi romantik. Tapi sudah-sudah movie itu sedia ada di download oleh En Hendra...so apa salah nya tengok sahajalah.

Memula rasa macam bosan...tapi lama-lama aku pula yang ketawa paling kuat...hahahahaha. Cerita ini memang lawak sungguh. Sepanjang movie aku asyik ketawa sahaja...lastly jadi lapar pula. Aku pause sekejap cerita itu. Rajin pula aku menggoreng keropok juga fries sekali. Aduhai best sahaja...makan...menonton.



Dan malam minggu lalu menonton cartoon movie CLOUDY with a CHANCE of MEATBALL. Masa menonton cerita ini memang sudah lewat malam. Perut mak buyung masa itu ala-ala sudah lapar semula. Tapi aku cuba tahan kan juga sebab lepas menonton boleh terus tidur kan. Sudahlah pula cerita ini suka-suka tunjuk makanan itu ini. Dengan burgernya...hotdog...ice cream bagai dan macam-macam lagi.
Aduhaiiiiiii......terliur aku di buatnya..walaupun cerita kartun...lawak sahaja kan.

Boleh sahaja di rekanya mesin yang boleh mengeluarkan apa sahaja makanan hanya dengan satu bekas air putih...macam-macam sungguh.

Synopsis: In 2009, Columbia Pictures' and Sony Pictures Animation's "Cloudy with a Chance of Meatballs" will be the most delicious event since macaroni met cheese. Inspired by the beloved children's book, the film focuses on a town where food falls from the sky like rain. Bill Hader will voice Flint Lockwood, a young inventor who dreams of creating something that will improve everyone's life. Anna Faris takes on the role of Sam Sparks, a weathergirl covering the phenomenon who hides her intelligence behind a perky exterior. James Caan plays Tim Lockwood, Flint's technophobic father. Andy Samberg plays Brent, the town bully who has plagued Flint since childhood. Bruce Campbell plays Mayor Shelbourne, who figures out that Flint's invention can put the town, and more importantly himself, on the map. Mr. T plays the by-the-rules town cop Earl Devereaux, and Tracy Morgan takes on the role of Earl's rule-breaking son, Cal.

Wednesday, November 18, 2009

Result MGTT testing.

Picture aku pada hari khamis lepas. Lupakan muka aku yang separuh itu. Sila fokus pada perut aku sahaja.

Alhamdulilah alhamdulilah syukur pada ALLAH.

Semalam petang aku check up lagi di klinik. Sesambil kena check perut, aku berdebar-debar hendak tengok result testing darah untuk kencing manis.

Aku berdoa semoga kandungan aku sihat. Macam-macam boleh jadi kalau ada kencing manis ini.

Tekanan darah aku ok, air kencing pun ok juga perlu ke terkejut kalau aku cakap berat aku tidak berubah setelah 2 minggu berlalu iaitu 66.7kg juga. So macam mana itu..kan. Padahal cara pemakanan aku kekal macam minggu-minggu lalu.

Lupa pula, keputusan MGTT aku dalam keadaan baik dan AKU BUKAN PESAKIT DIABETES di waktu hamil.

Lepas balik dari klinik, kami terus ke HOSPITAL AMPANG. Sahaja survey keadaan dalam hospital itu. Insyallah aku akan bersalin di hospital ini January nanti. Hospital ini memang dekat sangat dengan rumah aku. Tidak perlu ke jalan besar untuk ke hospital ini. Itu yang penting.
Ok lah keadaan dalam hospital. Tapi keadaan Doc nya aku tidak tahulah. Apa-apa pun yang penting semoga semuanya dipermudahkan ALLAH nanti..amin.


Free ticket vouchers untuk movie 2012. Ada 6 keping semuanya. Mungkin aku akan jual dalam 3 @ 4 keping rasanya. En Hendra yang dapat pada Ahad lalu. Sekarang ini aku tengah open sale di office sahaja.
Rezeki di tengah bulan..alhamdulilah.

Tuesday, November 17, 2009

Makan pizza pula.

Haziq pun ini macam sahaja lapar. Tapi bila sampai pizza, dia cuma makan roti pizza sahaja. Ish ish...

Ermm...

Malam tadi kami pergi makan PIZZA HUT. Entahlah macam-macam kehendak mak buyung ini. Padahal tengah-tengah bulan ini manalah ada SEN SEN banyak gitu. Disebabkan KEINGINAN yang sungguh sungguh tinggi!!!!!..aku melangkah juga ke PH di ampang lewat jam 10 malam tadi. Aku bayar RM48 ringgit dengan WANG PLASTIK citibankku. Alhamdulilah ada WP itu kan. Walaupun aku memang pasif user WP ini.

Punyalah lapar perut aku malam tadi itu. Memula itukan memang kami hendak makan di DOMINA PIZZA. Lepas elok-elok order di kaunter, aku pun hulurlah WP. Alahai boleh diaorang kata,

"kami cuma terima cash".

Lomah kaki den kojap.

Terus tanpa membuang masa kami ke PH yang terletak berdekatan. Aku tidak kisah apa pun, aku hendak makan pizza malam itu juga!!!!!!

Bukan tiada nasi dan lauk di rumah malam tadi. Dan aku memang sudah makan nasi lepas maghrib pun. Tapi kami keluar ke PUDU RAYA malam tadi. Ditengah-tengah hujan sana sini untuk mengambil tetamu dari PENANG.
Perjalanan dari Pandan Indah ke Pudu sungguh layan sahaja. Tetapi masa OTW balik ke Pandan dari Pudu..aduhai...JAMMINGGGGGGG nya.
Itulah punca muka semua orang masa makan pizza memang muka macam tahap hendak makan meja sekali. Laparrrrr wooo...

Aku ini sememangnya tidak makan BAWANG besar gitu. Dan awal-awal aku sudah pesan pada waiter itu

"no onion please"

Tapi memang aku nampak muka dia buat macam tidak dengar sahaja apa aku cakap. Tidak mengapa...aku biarkan sahaja.
Sementara tunggu pizza siap habis kami makan sup cendawan and garlic bread...hik hik. Malang ek malam tadi itu bukan hari refill sup.

Sampai-sampai pizza...ahah itu dia BESAR PUNYA BAWANG BESAR cantik sahaja pada topping dia.
Aku memang sabar pun. Hendak atau tidak kena tunggu dan tunggu lagi untuk new pizza. Masa itu memang kami sahaja customer dalam kedai.

Bila sampai pizza yang lain pula....semua orang di meja memang perasaan yang pizza itu sudah kurang isi di toppingnya juga nampak terlebih rangup rotinya. Aku confirm diaorang bakar extra api kot...hahha..
Alhamdulilah.

Haziq tengah boringgg..Orang dari Penang pun boringggg gak...

Tekun makan pizza. Aku makan 2 potong sahaja.

Tengoklah itu pinggan Haziq. Bukan makan pizza tapi makan roti.

Monday, November 16, 2009

Huggies.

Drypers free from TESCO and Huggies stok untuk bulan ini.

2 sampul surat free huggies.

Free huggies 2 keping pull up pants and 4 keping saiz M.

Hari sabtu lepas dapat lagi free huggies. Ahak..kami memang rajin isi form untuk dapat free huggies ini. Yang dulu-dulu dapat pun masih belum di pakai. Ada semuanya di simpan rapi dalam almari. Entahlah...kalau free ini, sayang pula hendak di gunakan. Lawak je kan...

Yang drypers itu pula memang free juga dari Tesco. Itu pun sudah lama dapat. Juga tidak di guna-gunakan lagi.
Dan Huggies L68 itu tidak lah free pun. Itu kiranya last stok untuk bulan Nov yang masih belum di buka. Lagipun satu pek lagi itu masih ada lagi separuh yang telah di buka. Juga masih merata-rata huggies yang telah dibuka untuk stok dirumah, stok dalam kereta dan stok dalam beg Haziq.

Walau bagaimana pun banyak stok sana sini, tetap juga kami membeli 4 pek stok huggies setiap awal bulan.

Sunday, November 15, 2009

Karipap kentang+ayam with resepi.

Sudah di goreng.
Kentang + Ayam

Sudah siap untuk di goreng.

Alahai mak buyung ini teringin hendak makan karipap. Tapi karipap hasil tangan sendiri pula itu. So malam tadi aku gagahkan diri untuk pertama kalinya membuat karipap by my own hand. Aku guna resepi mudah sahaja. Bila tengok di internet kebanyakkan resepi banyak sangat campurannya. Mana larat aku hendak itu ini..aduhai.

Aku buat kulit karipap guna cara yang sama aku buat roti canai instant aku hari itu. Sempoiii... Tapi tetap penat menguli juga.
Aku guna 3 - 4 cawan tepung gandum. Kalau tidak silap aku boleh dapat kan dalam 25 buah karipap ikut saiz yang aku buat itulah.

Isinya pula cuma guna 4 bahan sahaja.
1. 3 biji ubi kentang di potong dadu dan digoreng hingga lembut.
2. Isi ayam yang di cincang.
3. Bawang putih 3 biji di tumbuk lumat.
4. 2 - 3 camca besar rempah Babas ayam daging.
sedikit garam.
Kalau ikut bahan-bahan aku itu boleh dapat dalam isikan karipap dalam 25 biji atau kurang.

Aku suka kulit karipap sedikit tebal sebab baru puas makan. Tapi En Hendra suka yang nipis dan garing. So malam tadi aku buat kulit sedikit tebal. Lepas menggoreng dan makan, aku buat karipap 2nd round untuk habiskan isi dengan kulit yang nipis.
Dan karipap yang telah siap untuk digoreng itu aku simpan dalam peti ais. Petang ini atau malam nanti kalau lapar...boleh terus di goreng.
Mudah....kan....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails