Followers

Saturday, July 6, 2013

Haziq menang Color Pensils, Brown Rice for Hafiy and Instant Oatmeal for me.

Congrats sayang mama.

As salam. Selamat berhari minggu pada semua.
Kami duduk di rumah sahaja hari ini. Pagi-pagi sudah breakfast Nasi Beriani Pakistan which cooked last night by HC. Syiok cuti masak saya hari ini.
That is his second times cooking the maveles ever Beriani using Moghul Faiza Basmathi rice. The pictures of yummie beriani will be upload next time, insha allah.

Tapi mungkin petang-petang nanti hendak keluar juga sebab HC hendak menderma darah di Jaya Jusco Taman Equine. Jom kita beramai-ramai ke sana hari dan esok until jam 8 malam. Lepas itu saya bercadang ke Pasar Borong Selangor. Ialah hendak topup barang dapur, preparation untuk bulan Ramadhan yang mulia starting next week.

Op, back to picture atas sekali. Alhamdulilah abang Haziq ini menang colouring contest. Dapat No 7 dari 20 orang. Walaupun pertandingan mewarna peringkat Tadika sahaja. At list Haziq tetap ada semangat untuk warna dan menang.
Sebenarnya ini adalah contest yang diadakan di TUDM Kinrara berdekatan Tadika Kemas Haziq. Yang dapat hadiah until nombor 10 sahaja kata Haziq.
Hadiah yang Haziq dapat cuma yang ada nombor 7 itu sahaja. Yang color pensil dan pensil case itu semua orang dalam kelas dapat sama.
Haziq beritahu lagi dia dan kawan-kawan kelas semua dapat naik trak askar dari Tadika ke kem. Memang kesukaan sungguh Haziq, maklumlah 1st time kan naik trak. Lagi beritahu Haziq, dia berpeluang pegang ular sawa besar masa di kem situ. Siap di letak di belakang leher lagi. Tidak tahu pula dari mana datang ular dalam kem askar.
Berani rupanya anak bujang saya ini.

Mama Haziq ini dulu sebenarnya sudah berkali-kali naik trak askar (NAVY). Maklumlah mama ini dulu ialah bekas PALAPES NAVY masa sekolah peringkat tinggi di Skudai dulu.

Price setin RM 9++ di Mydin.

Story mengenai baby Hafiy.
Uisk, akhirnya saya dan HC setuju bersama belikan baby Hafiy comel bam bam ini Beras Merah. Beras ini kami topup dalam botol susu Hafiy. Serius memang satu entah berapa kali minum susu dan susu lagi. Mesti Hafiy sudah lapar, so alternative kami buat begitulah. Ini kiranya sudah tin kedua buat Hafiy. Genap umur 3++ bulan. Dulu abang kakak Hafiy memang umur gitu-gitu juga campurkan dengan susu beras merah atau beras+soya.
Alhamdulilah lepas itu, barulah lena tidur Hafiy. Keciankan, asyik susu tepung sahaja. Saiz badan Hafiy kan besar, mesti perlu makan banyak. Now on mungkin berat Hafiy sudah cecah 6.5 kg rasanya atau lebih. Sebabnya either saya atau HC sudah kelenguhan di kala mendukung.



Last sekali story pasal mama ini pula.
Huhu.
Starting lepas habis berpantang lepas, saya cuba tanamkan dalam perut, op dalam hati untuk kekalkan berat lepas bersalin sekarang ini. Alahai bukan kurus mana pun. At list kurus 8+- dari berat sebelum mengandung dulu. Setakat ini, alhamdulilah ok lah. Terkadang tersasar gak naik 2 ke 3 kg, tapi turun balik nenantinya.

Memang susah bangat untuk control makan bagi saya yang pantang nampak makanan best ini. Hendak makan supplement atau makanan tambahan untuk turunkan berat badan, saya memang penakut. Dan plus saya tidak berminat 'buang duit' untuk beli yang mahal-mahal itu. Lagi baik saya guna duit itu untuk happy kan family.

Mengikut nasihat emak, saya mula makan oat. Alahai yang Instant Oatmeal by Quaker dengan plastic yang color merah. Mudah sahaja cuma campurkan air panas dengan 5 sudu besar oat. Biarkan oat kembang, then boleh campurkan kismis. Saya memang begitu, campur kismis atau makan tawar begitu sahaja. Tiada adding milo, susu atau pemanis lain. Hendak turunkan berat badan kan, mesti kena makan yang tawar-tawar sahaja.
Kadang-kadang saya campur juga 1/2 peket minuman Horlick Fibre Oat 3 in 1 free yang saya dapat dari kaklang.

Satu lagi saya sudah mula minum Teh Hijau. Rasanya semua orang sudah tahu kebaikkan teh ini. Yang ini saya cuba minum campur dengan limau nipis. Teh ini saya minum lepas brekafast atau lunch masa di office.
Lastnya saya memang masih kekalkan minum rebusan akar kayu masa berpantang hingga sekarang. Saya minum waktu pagi sebelum pergi kerja.

Thursday, July 4, 2013

Handmade Brooch by me and ke Hospital Putrajaya.


As salam to prens out there. Hoping urusan hari ini adalah lebih baik dari semalam. Insha Allah.

Keinginan saya untuk berkongsi pictures latest brooch which is handmade by me. Sebenarnya, kedua-dua brooch adalah order dari officemate. Saya ini memang kategori rajinlah juga kalau ada order dari kawan-kawan. Walau macam mana pun, saya mesti cuba usahakan. Maklumlah permintaan orang kan.
Tapinya yang sedih sikit ialah bila sudah order tapi baut tidak tahu. Saya tidaklah sedih sangat, tapi rasa macam fikir ' orang jenis gini pun ada kan'.

Brooch hijau itulah, penat saya email orangnya. Tiada reply langsung. Walaupun lepas itu saya terserempak dengan dia di area office, saya malas hendak ingatkan dia tentang order dia itu. Sebab bagi saya, email saya sudah hantar with pictures sekali, tapi tiada layanan. In the end saya sedekahkan sahaja pada officemate saya. Sorrylah, saya memang jenis gitu, kalau sudah dua ke tiga kali bagi hint tapinya tiada respon, makanya di situlah the end urusniaga yang tidak berjaya itu.
Sebenarnya itu adalah sikap tidak bagus untuk berniaga, sepatutnya saya perlu pergi bilik dia or jumpa dia. Ialah manusia kan, kita tidak tahu mungkin dia ada masalah atau ke bizi an lain masa itu.
Op mungkin, saya perlu buat sekali lagi brooch itu, and saya perlu direct to she her. Itu baru langkah bijak.
I will nanti.
Alhamdulilah brooch pink itu sudah selamat sampai pada tuannya. Price cuma RM15 sahaja.

Pagi ini memang satu hari saya tiada kelas, tapi sebenarnya saya ada kelas tutorial. Tapinya lagi saya sudah buat advanced bagi soalan tutorial semalam petang semasa kelas lecture. So students ramai-ramai gembira kelas tiada dan ada yang terus siapkan soalan itu semalam juga, sebab ada yang akan balik kg sebab katanya tiada kelas lagi untuk minggu ini. Okies.


Pagi ini saya kena pulun habiskan preparation untuk kelas pagi esok. Aduhai subject ini dulu-duluan nya adalah milik saya, tapi sudah banyak kali bertukar tangan. Then ianya telah kembali semula kepada saya akhirnya. Makanya with the updated slide presentation, saya rasa saya perlu study semula lecture untuk esok ini.

Insha Allah, tengahari nanti hendak ke Hospital Putrajaya. Mohon doakan semoga Allah permudahkan urusan kakak ipar saya ini yea. Dia ada operation hari ini. Sakit apa, lain kali saya story, Insha Allah.
Saya hendak temankan anak buah saya di hospital while ibu dia on operation. Tidak pasti Angah saya datang or tidak ke KL hari ini.

Pictures handmade ini sudah upload dulu. 
Sahaja tunjukkan lagi.


Wednesday, July 3, 2013

Wordless Wesnesday with Boh Green Tea - RM5.49.




Tuesday, July 2, 2013

Lego Murah.

Ini Set lego pertama saya belikan untuk Haziq.

As salam kepada kawan-kawan semua. Sudah pergi lunch ke belum?. Saya sudah, alhamdulilah REZEKI dari ALLAH, bekalan dari rumah sahaja, seperti biasa.

Hari ini hendak sharing mengenai lego murah sahaja. Beli pun di MR DIY di JJ Taman Equine. Di situ ada price dari serendah RM3.90@RM4.90. Selalunya kecik sahajalah set lego dari price begitu.
Sama seperti lego kereta polis di bawah. Dengan tiada orangnya.

Kalau price RM7.90 sama seperti pictures set lego bomba bersama 2 orang bomba. Dengan price yang sama ada juga pilihan lain iaitu set lego helicopter dan jet ski dengan 2 orang.

Baru-baru ini memang ada survey juga theme Kapal Black Pearl, memang cantik dan price cuma dalam RM120++ kalau tidak silap saya. Tapi saya tidak setuju dengan pendapat HC yang hendak belikan untuk Haziq sebab pieces lego memang beribu, kecil-kecil amat, takut in the end ada yang hilang pula. Sebab Qeqeem kan masih kecil lagi, sekali di balingnya barang-barang itu, mahu hilang di buatnya.

Set Lego kedua by HC.

Amazing, ini memang kreativiti Haziq dan Haifa sendiri. 
Diaorang pasang dengan imaginasi sendiri.
Bijak anak cikgu ini. Pictures pun taken sendiri.

Sebenarnya  permainan lego ini sudah lama juga saya hendak belikan untuk Haziq. Sebab dulu masa kecik-kecik permainan ini adalah kegemaran saya. Tapi saya cuma ada set lego untuk rumah sahaja. Lengkap untuk sebuah rumah setingkat dan boleh untuk dua tingkat juga. Masa itu beli brand Lego ini di Woodland S'pore time balik dari rumah nenek.


Dulu-dulu rasanya macam tiada kertas instruction untuk built sekali. So semua kena imaginasi sendiri untuk design rumah sendiri. Serius saya memang suka permainan yang cantum, bina ini. Mungkin sebab itu i nthe end saya sekarang ialah graduate dari bidang Civil. Agaknya aura engineering sudah sebati dalam diri since kecik lagi kot.

Saya sebenarnya hendak membeli brand Lego yang jenis basic bricks. Yang jenis plain sahaja. Tiada theme, so Haziq boleh main ikut yang dia suka. Tapinya setakat ini, jenis itu masih out of stock di satu kedai online ini. Makanya akhirnya saya cuma beli yang pieces sikit-sikit dahulu untuk mainan Haziq.
Tapinya di sebabkan lego ini datang dengan instruction sekali, memang Haziq masih belum pandai untuk follow. Akhirnya saya dan HC yang tolong buatkan dahulu.
Lama-lama Haziq dan Haifa leraikan semula lego-lego itu dan diaorang design/cantum ikut kreativiti diaorang. Serius memang kreative. Teruja saya dan HC melihat imiginasi anak-anak.

Kreaviti anak-anak cikgu lagi. 
Taken pictures sendiri juga.

Set lego ketiga ialah helicopter dan jet ski.

Monday, July 1, 2013

Annual Dinner 2013 and Kenduri at Subang Jaya.

As salam kawan-kawan.
Alhamdulilah, hujan pagi Monday blues ini kan. Memang dari pagi tadi cuaca macam gelapkan.
Punyalah lama peram story ini. Kisah outing ini berlaku pada hari Sabtu 8 June 2013 lepas.

Kenduri ialah di Subang Jaya. Alhamdulilah kami sampai di sana dalam jam 12 tengahari. Makanya tidak perlu bersesak dengan ramai orang. Kenduri ialah majlis perkahwinan anak officemate.
Baby Hafiy awal-awal sudah tumpang di rumah kaklang. Saya rasa Hafiy belum sesuai keluar di tempat panas lagilah di waktu tengahari. Sekali bila sampai rumah kaklang, kaklang minta bawa Ezad pergi kenduri. Sebabnya Ezad dengan Haziq memang rapat, maklumlah sebayakan.
Makanya instead dari hendak bawa 3 orang akhirnya jadi 4 orang kanak-kanak juga. Ok sahajalah.
OTW ke sana memang 1st time lalu jalan baru dari Subang Airport. Sudah bertahun-tahun saya tidak ke area Subang. Teruja juga tengok Subang Airport yang nampaknya banyak perubahan. Rasa macam hendak drop by pula. Saja hendak tengok-tengok keadaan dalamnya.
Tapi sekadar rancangan sahaja. Masa balik dari kenduri lepas makan nasi beriani berpinggan (sebab anak-anak tidak habis makan, either saya or HC kena habiskan makanan) dengan cuaca yang panas, makanya saya sebagai pencadang, saya juga yang cancelkan rancangan hendak singgah ke Subang Airport. Kenyang sangat, hari itu memang sampai ke malam sendawa bau beriani.


Malamnya setelah bertukar tarikh yang pada mulanya bersamaan dengan tarikh General Election, saya attend annual dinner. Tahun ini dinner di buat sebelah malam bertempat di Mines Wellness Center.
Erm saya tidak pakai pun baju ikut theme iaitu BLOCK COLOR. Malas hai, hendak mencari dan membeli baju baru. So pakai sahaja baju yang ada dalam almari.
Walaupun cuma menang meja bertuah iaitu No 2 dari 16 meja, namun tetap syukur pada ALLAH kerana fulfill kenginan saya itu. Sebabnya memang in my list hendak beli tupperware baru sebenarnya.

Maklumlah since naik kerja lepas cuti bersalin lepas. Memang dekat tiap hari saya bawa bekal pergi kerja. Makanya teringin hendak ada bekas cantik untuk bawa makanan. Barulah lagi rasa bertambah seronok membawa bekalan. Color tupperware boleh menceria kan mood...kan.
Mood hendak keluar lunch sudah ke laut sungguh sekarang ini. In the end malam-malam kena masak banyak than I just bring any leftover food untuk di makan waktu tengaharinya. Apa-apa sahaja semua boleh, saya tidak cerewet. Simple dish sahaja pun okies.
Kadang-kadang just goreng telor mata lembu then curahkan dengan sambal kicap. Sayurnya pula cuma potongan timun jepun. Alhamdulilah.


Malam itu memang tiada menang Lucky Draw pun. Sungguh tidak luckylah kan. Tapi tidak mengapalah kan. Food malam itu seperti biasa-biasa sahaja. Macam makan di hotel, sama sahaja. Saya cuma ambil sekali round makanan sahaja. Mood tiada sangat malam itu, sebab masih kenyang beriani kenduri plus penat.
Dinner habis around 12 tengahmalam. Saya balik jam 11.30.
The best part insyallah saya akan bertukar hadiah lucky draw saya last year dengan seorang staff lain yang dapat lucky draw tahun lepas juga. Sebabnya both of us rasa hadiah yang kami dapat tidak banyak kegunaannya. Best kan.



Lucky table 9. 
Haifa with REDA from IKEA.
Me and the department performance.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails