Followers

Monday, September 15, 2014

Mencari Kekuatan Diri


MENCARI KEKUATAN DIRI
Sebenarnya banyak tekanan yang akan kita lalui selagi kita bergelar manusia. Banyak ranjau yang perlu kita redah dan banyak masalah yang kita perlu selesaikan. Sebagai insan dimuka bumi ini kita tidak boleh lari dari semua itu. Masa yang kita ada memang tidak mencukupi.
Menangani setiap masalah menuntut kemahiran, ketelitian dan kesabaran. Justeru disaat kita merasa amat tertekan dengan setiap masalah yang dihadapi kita perlu melihat kekuatan diri.
Kita perlu kuat untuk meneruskan hidup. Kita perlu kekuatan bukan sahaja kekuatan fizikal tetapi kekuatan jiwa. Mental dan rohani perlu kukuh untuk menagani anasir anasir yang boleh memesongkan kita landasan hidup.
Mungkin suatu masa kita merasakan orang disekeliling kita tidak memahami masalah kita. Kita seolah olah dipersalahkan. Kita terasa disisihkan dan kita terasa lemah.
Sesungguhnya perjalanan ini sebenarnya penuh dengan keindahan yang mengajar erti kedewasaan dan kematangan. Mungkin disebalik itu juga ia mengajar erti kesetiaan dan kasih sayang.
Semoga ketenangan hakiki itu dikurniakan pada kita semua dalam menempuhi hari hari yang mendatang. Kita percaya bahawa sang suria yang indah tetap menemani perjalanan hidup kita ini yang hanya sementara ini.

Friday, September 12, 2014

My Friday and student's convo.

Assalamualaikum,
Salam Jumaat pada semua.

Hari kelas tiada, feeling seronok. Boleh buat kerja tanda menanda, else prepare notes untuk kelas hari Isnin. Walaupun Selasa cuti, hari Isninnya saya ada 3 kelas, ok.
Kelas pagi saya buat test. Kelas tengahari lecture seperti biasa. Kelas belah petang adalah last class untuk subject Construction Management. Huhu. Merdeka.
Minggu ini sudah masuk minggu ke 12. Maknanya lagi dua minggu, semester ini akan habis. Lepas itu Final Exam sudah bermula. Fuh.

Pictures di bawah ialah masa Konvo ke 12 IUKL pada 6/9 - Sabtu lepas. Beginilah kalau menjadi cikgu, setiap tahun kena bersama-sama rai anak murid konvo.

Wasalam.

Dalam dewan untuk sesi pagi. Saya with blogger@ ALIAA

Ini semua officemates tersayang saya merangkap lecturers FETI, masa lepas sesi pagi selesai.
Dr. Manal, Nat, Ir Anita, Nik, Farah, me, Dr Niza and Yaya.
Op di belakang pula ialah Annie, Mr Wai and Thilai.

Ini masa tengah beratur untuk masuk dewan.
Hana, Aliaa, me and Aina.

At last, picture graduated students. 
Sesi pagi cuma Master dan Bachelor Engineering

Thursday, September 11, 2014

Selamat Pagi Semua.


Assalamualaikum bloggers.

Pagi ini sempat ambil gambar di parking lot di rumah. Yang lain masih tidur, hanya Hafiy yang memang morning baby. So kena bawalah masa HC turunkan kereta dari parking lots.

Hari ini saya simple suka hati. Entahlah feeling macam hendak demam pun ada. Tapi demi tugas, saya datang kerja juga hari ini. Tekak pun sudah rasa lain macam juga.

Hehehe, jangan terpedaya dengan gambar saya di pictures itu ye. Nampak macam slim gitu, azalinya saya tengah bam bam sekarang ini. Hati gembira kot.

Selamat bekerja pada kawan-kawan semua. Semoga hari ini terus ceria seperti hari-hari gembira sebelum ini.

Wasalam





Wednesday, September 10, 2014

Tonik Motivatsi



TONIK MOTIVASI

Orang yang bermotivasi tinggi tidak akan mudah luntur semangat hanya kerana diperkatakan oleh orang lain. Jika mereka gagal dalam suatu pertandingan , mereka anggap dirinya telah berjaya kerana berani menampilkan diri untuk menyertai pertandingan tersebut.

Mereka tahu, kegagalan adalah suatu rempah kejayaan. Dirinya menghargai kecaman orang lain kerana ini akan menurunkan ego dan kebongkakan diri. Di samping itu, percakapan orang lain yang pedih dan pedas akan menyemarakkan semangatnnay untuk membuktikan keunggulan diri pada masa depan.

Apakah reaksi kita terhadap teguran dan kritikan orang lain adalah penting. Jika kita bersikap proaktif, kritikan menjadi suatu yang membina. Kita sedia menilai setiap kekurangan diri dan membasmikan racun diri.

Sebaliknya, jika kita bersikap reaktif, kita akan cenderung melawan dan membidas setiap kecaman dengan alasan yang tersendiri.

Fitnah dan kecaman orang lain adalah suatu tonik motivasi diri untuk individu yang berdaya maju. Yang penting , kita hidupkan kualiti proaktif dan sentiasa berpegang pada kebaikan.

Jika kita gagal mempertahankan komitmen dan tanggung-jawab kita hanya kerana sebilangan orang cuba membangkang dan melawan, kita tidak akan berjaya memperjuangkan kejayaan yang lebih raksasa kelak.

Hidup bagaikan rumput. Biarpun kita pernah dipijak hina oleh orang lain, tetapi daya hidup akan mendorong kita untuk bangun semula. Rumput yang dipijak tidak akan mati dan mereka tetap mempertahankan hak untuk hidup dan membesar.

Tidak ada sesuatu kejayaan yang dikatakan baik secara keseluruhan. Pasti ada aspek yang tercuai atau tidak terlaksana.

Jika diri kita mahu menjadi seorang yang penting kepada masyarakat dan berjaya dalam hidup, kita hendaklah sedia menerima teguran dan kecaman dari orang lain.

Kuasa hidup juga sejajar dengan kuasa kecaman yang anda terima. Semakin banyak kesakitan yang anda rasai, semakin tinggilah semangat anda untuk menegakkan kebenaran.

Seperti kata pepatah, cara membalas dendam yang paling mulia ialah dengan membuktikan kejayaan dan keunggulan anda.


Tuesday, September 9, 2014

S-26 Promise Gold - Free 1.5 months stock.


Sampai rumah terus buka kotak - Hafiy teruja tengok kotak susu banyak-banyak.

Alhamdulilah.

Syukur pada ALLAH atas rezeki yang di limpahkan pada kami sekeluarga baru-baru ini.
Dalam pertengahan bulan August baru ini, saya dapat sms. SMS biasa dari Wyeth sebab saya memang rajin mendaftar sebagai ahli untuk semua jenis susu. Maklumlah, saya ada 3 orang anak yang masih minum susu. Takat 1kg susu memang bertahan untuk beberapa hari sahaja.

Botol susu Hafiy, Haifa dan Haqeem.

Mula-mula baca SMS malam itu, memang tidak ada buat apa-apalah.
Hari esoknya saya baca sms itu sekali lagi.
Antara kandungannya ialah, "reply this sms and get 1.5 months stock for first 300" 
So mencubalah tapi sebenarnya tidaklah faham sangat, yang saya faham mungkin dapat free susu S-26 untuk satu kotak sahaja.
Diaorang ini memang pantas, dalam masa terdekat saya dapat call dari Wyeth, congrats sebab antara 300 peserta pertama. 
Ingatkan diaorang hendak minta address rumah untuk send susu sekotak itu. Rupanya saya dapat susu free untuk satu carton which is 12 kotak x 600g.
Esoknya ada call lagi, untuk confirmkan tarikh untuk mengambil susu.

Susu ini di redeem dalam masa seminggu sahaja, kalau tidak silap dari 22 August until 23 August. Saya redeem pada hari pertama yang boleh redeem. Semangat gitu.
Tempat ambil pun tidak jauh dari rumah, iaitu di area Bandar Sunway.

Ya ALLAH, syukur sangat. Allah mendengar hambanya yang memohon rezeki yang lebih untuk anak-anak.

Dulu masa Haziq, memang minum susu Wyeth sampai umurnya 3 tahun. Lepas ada Haifa kami tukar ke Dutch Lady. Alhamdulilah semua anak-anak serasa dengan Dutch Lady.

Susu free ini untuk Haqeem dan Hafiy sahaja. Haifa masih dengan Dutch Lady flavor madu. Haifa memang tidak suka susu S-26 tu.


Minta ambil picture dengan pekerja di situ, siap beritahu yang saya ada blog.

Haqeem and Hafiy masih belum puas tengok susu banyak-banyak.
Saya ambil peluang ambil gambar kenangan dengan kotak-kotak susu yang akan di redeem oleh parents lain.

Tempat redeem susu. 
Dikawasan kilang.
Senang hendak cari tempat ini.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails