Followers

Thursday, October 23, 2014

I'm back lepas habis menanda paper.

Ini adalah punca kenapa saya tidak dapat update blog. 

Assalamualaikum.

Ya ALLAH, punyalah sibuk dua minggu lalu. Senang cerita lepas hari raya aidiladha terus busy habis. Kerjanya ialah menanda dan menanda lagi. Hari ini alhamdulilah. Semua beban sudah terlepas.

Hari Isnin saya MC, sebab gusi bengkak. Tapi tidaklah duduk di rumah sahaja. Seharian di luar bersama Haqeem dan Hafiy. Lepas Haziq ke sekolah petang, kami terus pergi klinik di Giant.
Lepas habis di situ, ke Putrajaya pula untuk renew insuran kereta Wira. Ramai juga orang masa itu. Penat melayan Hafiy yang lasak. Letih. Sambil lalu untuk balik singgah office sekejap, HC beli nasi arab untuk lunch.
Kemudian dekat jam 4 pm kami sampai di bengkek kereta di Puncak Jalil semula untuk alignment, balancing dan tukar dua tayar kereta. Tup tap di situ sahaja until jam 6 lebih. Disebabkan hujan bagai, kami sampain di rumah sudah dekat jam 8 malam. Sudah-sudahnya semua foods, rojak, nasi arab, goreng pisang menjadi makanan dinner, Saya flat jam 8 lebih, cadang hendak tidur sekejap. Tapinya saya terus tidur sampai pagi.
Hari Selasa saya ambil EL, pulun tanda paper untuk 45 students dari jam 7.30 pagi rasanya until 9 malam. Itupun banyak kali berenti sebab melayan anak-anak on off. Ditambah dengan berebut calculator dengan Hafiy.
Kerjanya bawa calculator mamanya kehulu kehilir, tekan sana sini. Siap buat macam telefon pun iye juga. Aduhai anak kan.

Hari ini hendak rilex-rilex. Kalau ada mood petang ini, boleh continue kerja-kerja lain yang tertangguh, terutama assignment master. Semoga ALLAH permudahkan, ameen.

Pagi-pagi, mesti semangat. 
Bang tolong amekkan gambar I.

Friday, October 10, 2014

Pictures Hari Raya Aidiladha.


Assalamualaikum.
Salam Jumaat pada kawan-kawan semua.



Kebizian sentiasa melanda. Sekarang ini tugasan ialah menanda kerta exam yang bertimbunan. Whuaaa, report lab student masih belum habis di tanda lagi. Esok kena kerja sebab jaga exam. Hari Ahad pula ada kelas master. Allahuakbar.

Saya titipkan pictures Hari Raya Aidiladha baru-baru ini. Kami beraya di kg saya as usual. Moga ALLAH memberi lebih rezeki next time supaya kami anak beranak dapat beraya di Tawau, ameen.

Update
Kami bertolak dari KL untuk balik ke kg pada pagi Sabtu - 4 Oct. Cadangan untuk balik ke kg pada hari Jumaat malamnya di batalkan sebab saya sendiri sampai rumah pada jam 7 malam.
So pagi-pagi Sabtu barulah hendak kemas barang semua. Anak-anak balik kg dengan baju tidur sahaja. Kami breakfast di highway lepas tol Sg Besi, lepas itu terus masuk LEKAS dari tol Kajang.
Sampai kg, terus tolong emak mesin kelapa. Ntah berapa biji pun tak tahu. Sebab hendak pakai santan untuk rendang daging and ayam.
Kisahnya, semua orang serunder hendak mesin kelapa. Emak memang boleh mesin, ish saya tak bagi. HC pula tengah potong daging. Eboy baru terkena mata mesin, so jari ada luka sikit. Tengah fobia.
Makanya saya yang sudah bertahun-tahun retired ini, kena turun padanglah. Bismillah....
Siap suruh Haziq ambilkan gambar, huhu.







Thursday, October 9, 2014

Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com

Teks: Norhana Marsom
Gambar: Norhana Marsom

Assalamualaikum w.b.t,


Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com ini bermula pada jam 8.30 pagi 9 Oktober 2014 sehingga 11.59 malam 16 Oktober 2014. Menawarkan hadiah berupa 1 canister ESP yang mempunyai pelbagai khasiat (klik sini)  dan sesuai untuk seisi keluarga.


Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwah sesama blogger dan berkenalan di antara satu sama lain serta dapat juga saya membantu mereka yang tidak pernah mengambil ESP shaklee, merasai nikmat yang telah saya rasai. 


Semua blogger dijemput join untuk menyertai segmen bersiri ini.


Syarat-syaratnya:

1. Wajib follow blog Ibuhana.com
2. Buat entri bertajuk Segmen Bersiri #1: Nak URL Please Bersama Ibuhana.com
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.


Hanya 1 pemenang yang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumum pada 20 Oktober 2014.


Good luck semua!

Pesanan: Klik pada BANNER untuk join







Friday, October 3, 2014

Dream

12.24am. Thursday's Morning 

Ya tidur adalah satu nikmat dunia.Dalam tidur Allah bagi nikmat bermimpi.Ada yang sweet dream,ada yang nightmare.Tapi dalam realiti kehidupan,'mimpi indah' kalau mahu digenggam ialah dengan tidur yang dikurangkan waktunya.Ya Allah,kurniakan hamba-hambamu kekuatan untuk menahan dugaan mata yang mudah mengantuk.ameen.



Wednesday, October 1, 2014

Moga hari ini adalah lebih baik dari semalam, ameen.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails