Followers

Saturday, January 16, 2016

Viral Shasha, aku suka hati edit guna paint je..


Friday, January 15, 2016

Haifa dan Haqeem di Tadika Kemas dan Haziq sudah darjah 3

Alhamdulilah sudah 15 hari kita di tahun 2016. Happy New Year!!!

Aku hendak kongsi kisah Haifa dan Haqeem yang mula bersekolah pada 4 January 2016 lepas. Tahun lepas patutnya Haifa sudah mula bersekolah tadika. Tapinya di sebabkan kami langsung tidak menghantar form untuk masuk tadika kemas, makanya Haifa terlepas untuk sekolah pada umur 5 tahun. Kami cuba juga pergi tadika pada awal Januari 2014. Mana tahu kalau masih ada tempat kosong. Hendak buat macam mana, memang bukan rezeki Haifa.

Makanya pada bulan July 2014, kami mencuba lagi mengisi borang untuk ke tadika. Entahlah, pada mulanya aku bercadang hendak masukkan Haifa ke tadika swasta dekat dengan rumah sahaja. Mungkin sudah rezeki anak-anak aku, kami cuba juga isi borang pada July. Terus cikgu nya cakap insha Allah mungkin ada kosong. Entahlah mak pak asyik tidak tetap keputusan.
Alhamdulilah, rezeki.

Pada 1 January 2016, adalah hari pendaftaran di tadika kemas bukit kuchai. Fees yang perlu di bayar pada hari itu ialah RM 130 seorang. So bayar RM260 untuk Haifa dan Haqqem. Aku pun tidak pasti detail fees tu. Yang aku faham ada dapat buku latihan dan juga color pensil. Lain-lain lagi, aku tidak pasti.
Ada penambahan RM 50 untuk 2 pasang baju sukan. So tambah bayar lagi RM 100.
Total pendaftaran ialan RM 180 seorang. Bulan-bulan pula fees ialah RM 35.
Di tadika memang ada di beri makan dua kali. Sekali ialah sarapan, selalunya memang coco crunch dan susu. Lepas itu ada makan lagi, yang berat sikit lah.
Waktu belajar ialah dari jam 8 pagi ke 12 pm.
Untuk sesi petang ialah pada jam 12.30 pm ke 4.30 pm.
Satu kelas/sesi cuma untuk 25 orang pelajar sahaja.
Haifa memang dapat sesi pagi dan Haqeem pula ialah pada sesi petang. HC yang minta tukarkan Haqeem untuk masuk sekelas dengan Haifa. Ialahkan, untuk kemudahan kami yang menghantar dan mengambil anak-anak sendiri.

Haziq pula sudah masuk darjah 3 tahun ini. Alhamdulilah Haziq masih dapat kekalkan diri dalam kelas 3 Intan. Makluman masa darjah 2 pun Haziq dalam 2 Intan. Masa darjah 1, Haziq dalam kelas ke 5/7. Setiap darjah ada dalam 7 kelas kalau tidak silap. Kedudukan ikut kelas ialah mengikut nombor exam keseluruhan untuk 7 kelas. Haziq ialah dalam kelas ke 3/7. Alhamdulilah, syukur pada ALLAH. Best part lagi kali ini iala Haziq akhirnya dapat sekelas dengan anak Kaklang. Ezad ialah cousin Haziq.

Masa pendaftaran pada 1 January 2016.
HC yang pergi masa ini.
Aku di rumah dengan Haziq dan Hafiy 

1st day pergi sekolah. 
Abang Haziq ikut sekali masa HC hantar Haifa & Haqeem
Keluar dari rumah dalam jam 6.50 am.
Kami duduk di Bukit Serdang, dekat dengan Astro
Tadika ialah di Bandar Kinrara.
Dalam dekat 7.30 am gitu sudah sampai tadika 
Dan HC sampai kerumah semula pada jam 8.15am


Haziq bersekolah petang.
Sad to say, kami terpaksa berhentikan Haziq sekolah agama kerana kami tidak mampu untuk ulang alik ambil hantar.
Kalau sekolah agama, waktu ialah 7.45am ke 11am. Manakala sekolah kebangsaan waktu ialah 1.15 pm ke 6.35 pm. Kasihan pada Haziq yang tiada tempat rehat dan untuk lunch, mandi bagai kalau dia bersekolah agama then hendak sambung ke sekolah petang. Untuk bawa balik Haziq ke rumah lepas sekolah agama dan hantar semula ke sekolah petang, ianya adalah impossible!!!
Kami perlu tempuh jem yang panjang..
Selalunya pagi dan tengahari memang HC yang akan ambil dan hantar anak-anak. Kalau belah petang, aku cuba gilir-gilir dengan HC untuk ambil Haziq balik sekolah.

Kalau aku yang ambil Haziq. Jam 5.40pm, aku mula keluar dari office. Sampai sekolah Haziq around 6.15 pm dalam keadaan jem yang bergerak. Naik kereta semula pada jam 6.45pm. Cantik sampai rumah sebelum jam 7.30 else masa azan maghrib else awal sikit bergantung pada traffic.

Why anak-anak tidak naik transport?
Sebabnya rumah kami ialah area Bukit Serdang dan sekolah semuanya di Bandar Kinrara. Ia adalah 2 kawasan jajahan yang berbeza. Memang tiada bus atau van.
Laginya, kawasan aku duduk ini tiada tadika kemas.
Sekolah di bukit jalil pula adalah PENUH. Pernah cuba minta tukar Haziq masa tahun lepas, tetapi tidak berjaya.
Sekolah di bukit serdang pula ratanya ialah sekolah cina.

Kenapa Haziq bersekolah di Bandar Kinrara?
Tahun 2011 untuk May 2014, rumah kami ialah di Puncak Jalil.

Dan akhirnya aku dan HC memang tawakal pada ALLAH untuk urusan kami dengan persekolahan anak-anak.
Semoga ALLAH memberi kekuatan, kesihatan yang baik pada aku dan HC, ameen.

Happy sokmo.
Alhamdulilah, both adalah behave

Thursday, December 24, 2015

AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT bercuti pada 19 & 20 Dec 2015 lepas

Aku share part gambar dulu. Nanti nanti boleh share storynya. Kalau rajin lah. haha. Sebelum itu aku bagitau lagi sekali yea. Aku bercuti di sini adalah atas courtesy my sister kaklang. Iyo kaklang bayar RM1000 for one night masa kami bercuti di situ. Tiada voucher atau share bayar pun. Kaklang bayar alone sebab holiday ini adalah reunion member rapat masa kaklang di boarding school dulu. Iye lah ex student sekolah hebat, makanya yang datang semuanya kerja hebat belaka.
Kawan-kawan aku ingat aku ada share bayar, oh tidak kami cuma bawa diri sahaja dan enjoy. Mungkin orang tidak tahu yang kami adik beradik memang saling membantu kalau hal duit duit ni. Aku ni pula cuma boleh bantu part kudrat sahajalah.
Abang ipar aku tidak dapat ikut pada hari kejadian, kerja katanya. Sebab itu kami kami inilah yang mengisi kekosangan yang di tinggalkan.
Semoga ALLAH dapat membalas semua kebaikan dan rezeki yang kaklang kongsikan dengan adik beradiknya. Ameen

Ada 2 bilik dengan dinding kayu yang boleh lipat-lipat tu. 
Dua-dua adalah katil king.
Balkoni dan tempat mandi ada dua juga.
Satu balkoni dengan meja dan 4 kerusi.
Itu picture Hafiy dengan belon pedangnya.

Bilik air satu. 
Ada shower

Villa yang 2 tingkat. Atas dan bawah dengan different owner
Pool kanak-kanak. Boleh minta 4 helai tuala setiap kali datang pool. Lepas guna kena pulangkan semula disitu juga.
Basikal yang di import dari jepun. Basikal 2nd hand gitu.
Kalau in good condition kena bayar rm10 untuk sewa dan ada rantai kunci. 
Normally yang color putih tu ada free. So kalau nampak basikal ini di mana kawasan pun boleh ambil dan guna

Kad masuk wih my sister name, Haliza. 
Family villa 
Kereta my sister yang di pandu oleh adik aku, nampak tecik je tu. 
View depan main lobby
View sebelah main lobby laluan di mana buggy akan terus lalu situ masa check out
Maknanya barang-barang terus di bawa dekat dengan kereta

Katil king, view depan villa kami dan pintu masuk villa.

Dalam almari ada tempat gosok baju with iron. 
And ada satu bath robe. 
Lagi dengan view dari balkony yang besar sikit tu.
Dalam each almari ada banyak hanger dan juga ada extra bantal 
Total out semua orang tidur dalam bantal kepala..wow kan
Kami ada 4 dewasa dan 5 kanak-kanak

Pool nya adalah tidak besar. Attach dengan children pool.
Depan villa kami with free basikal.

Bilik air dua, ada tambahan bath tub.
Picture ruang tamu ada peti ais kecik dalam meja tepi tu.
Ada tv di area situ
Balkoni satu lagi. Ada satu kerusi sahaja di sini. Kecik sikit dari balkoni pertama.
Hafiy sekali lagi yea.

Dari A - Main Lobby ke B - Club House perlu naik buggy yea, sebab ianya adalah sangat jauh. Aku ada cuba jalan sekali tu, adus....
C - Club House, tempat makan, kedai cenderamata, pool & fitness center.
D - Villa kami, no 719
Service buggy ni ada di mana-mana, kot nampak boleh tahan macam tahan bus gitu

Wednesday, December 23, 2015

Hidupkan lesen di JPJ Bangi, planning tukar plan di Celcom, TNB pasal silap bayar bill dan LHDN.

Esok cuti lagi kan. Cuti Maulidur Rasul dan Christmas sambung cuti Sabtu Ahad. Makanya 4 hari bercuti lagi. Fuh.

InshaAllah on Jumaat kami mahu ke PD. Balas semula pada anak-anak sebab tidak dapat mandi laut masa pergi Avani Sepang baru-baru ini. Rasa bersalah gitu. Sebab itu aku yang suggest pada HC untuk ke PD. Nanti bawa sekali anak kaklang, Ezad.
Itu planning nyalah. Sebab since balik dari Sepang hari Ahad tu, Hafiy macam kurang sihat. Demam malam dan batuk yang ada kahak. Memang mild sahaja, tidak teruk pun. Tapi aku sudah beritahu HC, kalau Hafiy masih nampak macam lemah, cancel lah planning PD. Semalam masa bawa Hafiy jumpa Dr, katanya cuma demam viral bukan demam bakteria.
Kisah di Avani Sepang, nenanti update yo..

Story hari ini
Pagi tadi dalam 9.30 gitu aku sampai di JPJ Bangi. Plan untuk hidup lesen memandu aku. Huhu, matinya ialah pada 7/8/2015 lepas. Ni hah baru nak hidupkan. Alhamdulilah tiada kejadian tidak baik sepanjang lesen mati. Hahaha.

Muka langsung tidak boleh blah.
Hehehe..

Kisahnya lagi. Lesen aku yang satu lagi tu, yang ada gambar tu ntah ke mana hilangnya. Ialah last renew lesen ialah 5 tahun yang lalu. Sudah berkubur ke mana ntah lesen aku yang ada gambar tu.  
Aku selesai urusan di JPJ, dalam tempoh 45 minit sahaja dengan jarak 50 orang. Urusan di kaunter kurang dari 10 minit. Memang kejap sangat. Bagi IC dan lesen yang lama, bagi duit, done. Aku bayar RM60 untuk tempoh 2 tahun. Tidak lama lepas itu, nama aku di panggil untuk ambil lesen yang telah siap. 
Ini ialah 1st time aku dapat lesen yang baru ala macam IC tu. Mula-mula pegawai kaunter tu tanya, ada bawa gambar tak?. Aku cakap, aku cuma ada gambar yang background biru sahaja. Yang background putih aku tiada. Jawab pegawai kaunter tu, ok tidak mengapa. Kita guna gambar IC sahaja. Makanya, terciptalah lesen baru aku dengan gambar masa aku umur awal 20an rasanya. Siap HC pun tempelak aku pasal gambar tu..hehehe. Apa-apalah yunk.
Syabas JPJ, cekap sungguh!!!

LHDN Hentian Kajang
Ada urusan yang bertangguh tangguh untuk aku ke LHDN ni. Kali ini ada masa, hendak teruslah settlekan kunun. Sampai di LHDN tanjat boboy, ramai gila orang. Rupanya orang hantar form BRIM. Alahai, dengan lemahnya aku pusing baliklah ke kereta. Lain kali sahajalah pergi lagi. 
Kasihan juga aku tengok orang-orang yang masih guna borang untuk update BRIM. Bukan ke sudah ada online sekarang ini.

TNB                                                                                                                                                            Lepas itu aku terus ke TNB Bangi. Ni kisah HC yang silap bayar bill electric Dec 2014 lepas. Kiranya aku sudah buat laporan pada 12 February 2015. Until sekarang rasanya duit itu tidak di kembalikan semula. Walaupun katanya dalam bulan 2 itu juga TNB telah refund duit bill tersebut ke dalam akaun TNB rumah sekarang.
Entahlah, biar HC yang settle kan hal ni.          

CELCOM Sg. Chuah
Last call punya tempat. Sudahlah aku tidak sarapan pagi tadi. Wahai perut, elok-elok ya. Di sini aku mahu tukar plan celcom aku ke First Blue plan. Dengan harga RM45 permonth. Sekarang ini bill aku ialah RM78@RM68 kot sebulan dengan 3GB. Internet aku ini manjang tidak pernah habis setiap bulan. Rugi tau. Sudahlah di rumah aku memang ada internet, makanya bila di rumah selalunya ber wifi sahaja. Line celcom memang kurang lajulah di kawasan rumah aku, walaupun rumah aku ini adalah di atas bukit.
                                                                                        
Kisahnya tadi masa di kaunter celcom, aku sudah hulur duit untuk bayaran RM45. Kemudian pegawai di kaunter beritahu. Puan, saya nasihatkan kalau puan hendak tukar plan sebaiknya ialah pada 3-5 hari sebelum habis cycle plan puan. Cycle aku habis esok 24/12. Makanya nanti katanya aku akan rugi sebab perlu bayar dua bill. 
Itu nasihat ikhlas dari pegawai bertugas tu. Lagi satu, boleh juga tukar plan pada pertengahan cycle, iaitu hari ke 15.
Aku cancellah planning mahu tukar plan tadi. 
Ada Celcom di Alamanda yang buka until 10pm.

Done, alhamdulilah.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

Friday, December 18, 2015

Ke Avani Sepang kami esok...


Insha Allah, esok kami sefamily akan ke sini. Kaklang yang belanja. Kisahnya kaklang ada reunion sekolahnya nanti. Kaklang ambil villa 2 bilik. So tidur situ semalam sahaja.
Ampun aku memang tidak pernah pergi pun tempat nie. Google gambar macam menarik. Esok tengok lah nanti kan.
Kami pergi 2 kereta. Kaklang dengan adik aku dan anak sulungnya, Aezad. Aku pula sefamily lah. 
Mesti seronok kan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails