Followers

Saturday, February 27, 2021

Kisah penulis hendak 'panaskan enjin mengarang cerita', inshaAllah

Assalamualaikum.

Allahuakbar sudah masuk tahun penghujung February 2021. Tinggal dah tahun 2020, orang kata tahun Covid_19. Bagi aku tahun 2020 ialah tahun yang mendung. Namun tetap ada hikmah manis yang ALLAH bagi pada aku. 

Hari ini aku dah tak pasti sudah hari ke berapa aku wfh. Sebenarnya aku bukan kira pun. Yang aku ingat, aku mula wfh since March 2020. Since ko kena clock in and clock out di WA. Juga masa ko terkial-kial kenal apa tu Zoom Meeting. Google Meet. Maka bergabunglah aku dan hubby sama-sama belajar guna Zoom. Memang masa mula-mula dulu, hubby yang siapkan schedule dan link untuk kelas online aku. Punyalah sampai macam tu sekali cik minah ni..haha

Ini masa aku perlu datang office pada awal June 2020. Sebab ada information untuk semester March 2020 masih dalam hardcopy. Google camna dalam komputer pun tak dapat info ini. Hubby temankan datang office. Maklumlah office mak tiada orang langsung. Semua wfh.

Untuk kelas online aku memang mula mengajar dari semester March 2020, June 2020 dan September 2020. Hingga ke hari ini masih belum ada instruction untuk kembali bekerja di office. Mak is redha. Sudah mula biasa dengan rentak wfh. Hingga rasa berentak-rentak dah.

Picture ni masa hubby gigih setupkan tempat untuk aku buat kelas online. Beli dan pasang wallpaper baru. Ini masa bulan June 2020, untuk kelas semester June 2020.

Petang hari ni masih panas terik. Malam-malam seawal jam 9 hubby sudah on kan aircond sampailah ke jam 1am selalunya. Lepas itu sambung pakai kipas. Jam 4am mesti terbangun semula, pasang aircond dalam kurang 1 jam. Berpeluh sekitar leher..panas sungguh. Patutnya ALLAH kejut pagi-pagi, bolehlah solat sunatkan. InshaALLAH. Moga ada kekuatan dari ALLAH untuk itu, ameen.

Picture masa tunggu kelas online.
Picture masa tengah tunggu kelas online. Rasanya masa tu aje elok bertudung dengan lipstik, bedak muka sebab time lain mana ada keluar rumah pun. Sehari sekali pakai tudung sebab ada kelas. Kalau ada langsir merah, maknanya ini picture dalam bulan November 2020.

Petang-petang kalau rajin, memang hubby ajak ke area Taman Dato Harun juga Kg Medan. Kalau ikut aku ini, memang suka duduk rumah sahaja. Untung ada hubby yang rajin. Maka kalau tak ikut ajak hubby, jatuh berdosa pulak aku kan.

Kawasan tu tak jauh dah dari rumah yang duduk sekarang. Hari ini memang ada pasar malam. Tapi tak singgah pun tadi sebab semalam sudah membeli barang dapur sayur, barang basah semua. Hubby cuma beli telor ayam dekat orang jual di lori. Murah dah telor ayam kan, alhamdulilah. Mana-mana pun ada sahaja orang jual telor ayam di lori. 

Selalu kalau ke area situ, mesti aku beli buah potong. Senang beli nenas dah potong, sambil support bisnes orang kita kan. Aku mesti beli nenas, mangga yang dah masak dan jambu. Sedap amat makan nenas sejuk-sejuk. Aku baca nenas ni antara ubat untuk elak gaut.

Sekarang ini kelas online untuk semester September/October 2020 sudah tamat 19/2/2020 Jumaat lepas. Since Rabu baru ini exam online telah bermula until 7/3/2021. Alhamdulilah kelas aku dengan student paling ramai 73 orang telah selamat exam online Khamis baru ini. Untuk kelas diploma, degree auto & mech juga kelas master, minggu depanlah examnya.

Entahlah mood aku bekerja sekarang ini memang level biasa-biasa sungguh. Tiada dah haslina yang selalunya belum habis semester, tapinya carrymark untuk semua subject sudah siap. Maknanya assessment student segala sudah habis di tanda. Cuma tinggal exam paper sahaja. Since wfh, erm, macam inilah..carrymark masih di laut.

Risau sebenarnya, risau dengan sikap aku yang macam ini. Aku memang tak suka.

Ya ALLAH, jadikanlah hambamu yang hina ini untuk menjalankan kewajipan yang lebih baik sebagai seorang isteri, anak, lecturer, pelajar phd. Mohon kembalikan kecerdasan, kekuatan dan kerajinan untuk tanggungjawab ini ya ALLAH, ameen ya rabb.




Friday, September 27, 2019

al-kisah 'Ergonomic Mouse' Guardian Of The GALAXY...



al-kisahnya ini la yang dipanggil Ergonomic Mouse.....bentuk seperti ala-ala spaceship cerita Guardian Of The Galaxy....kenapa sampai nak kena guna Ergonomic mouse ni ? mouse je pun.. ! mesti korang tertanya-tanya kan....hehehe...Dah la mahal bentuk Alien pulak....apa ke bestnya....ok..meh aku ceritakankan....Mouse ni nama dia Ergonomic Mouse...ada macam2 bentuk kat pasaran tapi design yang satu ni lagi menarik bg aku antara banyak2 mouse yang ada kat pasaran...Yang bestnya adalah benda alah ni wireless....ya wireless tuan2 dan puan2 dah xde lagi wayar bersilang simpang siur atas meja ....  lagi satu tangan aku dah mula sakit guna mouse yang biasa tu..maka terhasil lah pencarian mouse yg dapat mengurangkan kesakitan ku ini...hehehe..italh ceritanya...


Thursday, September 27, 2018

Jalan-jalan masa cuti sekolah


Masa ini ialah setelah berpenat penat pergi berjalan seharian di KL. Tengah tunggu order sate samuri di RnR awan besar. Kisah di sini, lama amat kena tunggu order sebab RnR sebelah satu lagi tengah tutup untuk maintenance. Musim cuti sekolah August tu, maka orang adalah ramai amat amat. 

Dan aku minta hubby orderkan Abc dan Lai Chi Kang untuk hilangkan dahaga petang tu. Disebabkan Abc nya adalah satu, hubby perlu suapkan anak anak. Kalau tidak, mahu terbalik mangkuk Abc tu. 
Budak budak ni suka makan Abc kosong sahaja. Tak mahu bubuh kacang segala.

Oh Tugu negara. 
Bawa anak 1st time datang sini.  
Feeling patrotik juga masa ni sebab lawatan ialah pada bulan kemerdekaan gitu.


Lepas beli tiket di Muzium Negara, terus makan ais dulu. Memang tengah panas berdenting masa ini, tengahari. Tiket ini harganya RM4 untuk orang dewasa sahaja. Kanak kanak adalah free. Aku beli tiket untuk masuk muzium utama, muzium orang asli dan muzium melayu rasanya namanya.

Untuk makluman di muzium negara ialah tiada ATM machine. So kalau ada planning hendak ke muzium silalah siapkan duit cash yang berpatutan, mungkin untuk beli cenderahati, untuk makan-makan.

Wednesday, September 26, 2018

Mandi sungai katanya


Jeram Tengkek, Batu Kikir, N. Sembilan.
Tempat ini tidaklah besar sangat.
Sampai lalu kg orang asli lah juga. Jauh ke dalam tempatnya.
Anak anak dan suami sahaja yang mandi. Aku dengan mak duduk tepi sahaja.
Sayang sungguh, kenapalah tempat ini tidak berjaga
Memang suram sahaja.
Aku peratikan, rata-rata yang datang ialah orang kg  di situ sahaja.
Kalau dari Batu Kikir memang banyak kg yang kami lalu untuk sampai ke tempat ini.
Macam macam nama kg.
Penat aku dengan anak anak gelak ketawa dengan nama nama kg yang pelik.
Anyway, dapatlah derang mandi dalam kurang 1 jam gitu.
Paling best dapat mandi tempat yang airnya deras.. seronok sungguh derang.


Story kerja di office, yang tidak pernah sudahnya..kan

Assalamualaikum.

Sudah dekat hendak sampai ke penghujung September. Yang di tunggu tunggu ialah hari Jumaat ini. Maklumlah hari gaji. 

Hari ini 1st time aku mula minum nescafe. Memang sudah lama berenti dengan nescafe ni. Lama bertahan, akhirnya hari ini aku bancuh nescafe, tapi kurang kaw, biasa biasa sahaja. Asal lepas rasa tekak dengan pahit nescafe. Syukran

Baru ini tadi aku habis update slides untuk nota kelas traffic & highway. Siapkan tutorial question dengan answer scheme sekali. Kalau buat kerja bagus habiskan terus. Nanti sampai masa untuk tanda kertas tutorial, mesti syiok sebab jawapan sudah ada. 
Banyak kadang aku ini memang penat untuk berfikir. Ialah, bagi seorang yang mempunyai background engineering, tapinya bermasterkan project management. Memang banyak perkara perlu aku ambil tahu, wajib baca dan baca lagi.
Hari Isnin baru ini aku ada kelas construction management untuk student diploma. Ok, lecture pasal osh. Content dengan topik compensation dan juga ergonomik hazard.
Hari Selasa ada lab structure dengan student degree civil. Kelas adalah di penuhi oleh student Arab, student China dan seorang gegirl India Malaysian. Aku semestinya story dengan student India, nama Yogaa, kisah aku juga yang tersepit in between lelaki yang ramai masa aku study diploma di UTM JB dahulu kala. Kisah perempuan yang sedikit amat masa aku study dulu. Aku bagi semangat sikit pada Yogaa. Hihi.
Esok kelas traffic and highway. Content esok ialah pavement design dan pavement distress.  Kelas management of large construction sudah habis untuk semester ini. Yahuu
So kisahnya begitulah otak ni di bahagi antara lab structure, jalan raya, large constraction dan juga construction mgt. Ia adalah 4 subjects yang berbeza. 
As orang engineering, walaupun major on mgt, mesti juga back to basic. Allahu. Yes otak saya tired. Tapi bak kata orang kan...this is  what we call passion.



Penat tunggu nombor giliran di panggil, kita ambil gambar dulu. Pictures di Ikea ialah pada April 18. Masa ini ialah mission mencari kabinet dapur. Alhamdulilah syukur pada ALLAH bagi rezeki pada kami sekeluarga. 
Kakak Haifa tengah pujuk Haify untuk sama sama bergambar.


Hahaha dan haha lagi. Punyalah lama aku ini tak pergi education fair. Akhirnya August baru ini aku kerja full day di KLCC. Dari jam 9.30 pagi until 7 pm. Feeling adalah seronok. Sebab dapat jumpa kawan kawan Fakulty lain. Maklumlah opis aku ini kawasannya besar, bukan boleh jumpa semua orang pun kalau pergi kerja. So, ia adalah hari yang best. Hubby dan anak anak pula seharian di rumah mak mentua pada hari tu. Dari kerja hari Sabtu ini, dapatlah aku satu hari cuti replacement.


Mak pakai sportshoes sebab nak kena jalan jauh kan, dari tepi jalan ke KLCC masa hari kejadian bekerja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails