Followers

Wednesday, July 16, 2008

mY office..



Office aku..erm tak banyak benda colorful kat sini. Semua nyer buku,kertas, fail, pen marker and itu juga ini. Benda yg sama. Tapi adalah satu dua tiga gitu colorful things such as statue giraffe tu. Beli kat stall KL BIRD PARK masa pesta buku baru2 nie. Yang bulat macam bola tu pulak free girf digital watch masa beli barang komputer kat LOW YATT PLAZA. Nampak macan kenit jea tu ialah turtle..kakak aku belikan kat pulau redang. Dan ada nampak sikitttt ialah chair gift masa Annual Dinner company pada 2001 di Hotel Istana -malam sinaran bintang.





Keadaan sekeliling meja aku. Dekat rak2 utk fail. Bukan takat kat rak da barang2 aku. Da masuk letak kat carpet dan juga every single place atas rak aku. Penuh ngan nota dan seangkatan dengan nyea.
  • Report students
  • teaching files
  • laboratory forms
  • teks book utk lectures
  • notes lectures
  • notes aku masa study dulu
  • exam paper students
  • fail dan nota pergi kursus and extra....


Dan pagi td hujan amat lebat kat sini. So sebab aku da boring duk dalam opis aku pi kuar amek gambar parking lot tempat selalu aku letak kereta. Tu kira nyer ok lagi tu...klu masa students datang utk pergi kelas. Sah2 parking tu pack..penuh ngan kereta. Students sekarang terutama kat sini...biasalah rata2 anak orang berada. So mesti nyer gi kelas drive kereta.
Juga pagi td aku sampai office punyalah lewat betul..perjalanan yg selalu amek 20 - 30 min da jadi 1 jam 10 min gitu. Pagi td kereta punyalah BANYAK sesangat sungguh. Sampai kat stand still keta2 kat MMR2 tu.
Punyalah banyak...terus terlintas kat kepala aku. Betul ke rakyat bebenar terbeban dgn kenaikan harga minyak nie?? Or aku teringat semula..masa aku study dulu...lecturer aku bg tahu klu nak wat bancian pasal bilangan kenderaan startlah mengira pada hari rabu setiap minggu kerana pada hari tu kenderaan betul2 memenuhi jalan raya. Klu hari isnin, selasa or jumaat orang ramai mungkin bercuti. Ntah lah...

Debat bersejarah Anwar



Aku amat confirm majoriti orang kat malaysia ni malam td nyer tgk TV9. Mesti nyer menonton Debat. Erm memula aku tgk gaya tulisan dan warna Debat itu sendiri..aduh..suram jea. Ok lah...leh kasi can mungkin diaorang design menda2 tu last minit..sebab tu hasilnyer kureng. Punyalah siarann tv9 kat umah aku tu mengong..puas da aku ngan En Hendra betulkan..last2 kami nonton tv dalam bilik jea. Siaran tv9 kat living room amat tidak memuaskan.

Bagi pendapat aku lah Datuk Shabery Cheek dan jahli panel yang wakili Shabery iaitu Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Nordin Kardi TIDAK BANYAK MENJAWAB SOALAN YG DI KEMUKANKAN OLEH ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim DAN  juga wakil ahli panel Editor Siasah, Zulkifli Sulong. Yang aku tgk diaorang ni asyik back to the future jea pasal kes Anwar dulu-dulu. Diaorang more to serangan PERIBADI...apa ke hal nyer diaorang nie. Tak profesional langsungggggg..Nak kata tak faham soalan..sorang tu menteri lagi..sorang lagi NC university tu. Confirm bukan calang2 orang. Tapi aku tgk Anwar sesungguh nyer amat TENANG wlu aper pun soalan CEPU EMAS diaorang bagi. He is a properly well organise person. Dan dia tidak nyer aku tgk tersimpang jauh dari tajuk Debat ketika menjawab soalan atau memberi ulasan...suka cara dia tu. Semestinyer dia yg dahulu nyer TPM dan juga Menteri kewangan mengetahui banyak pasal hal2 negara. Confirm his story base on true backup.

At list bila someone bersuara hal kenaikkan harga minya yg amat mendadak nie..sekurang2 nyer mungkin ada sedikit perubahan harga minyak...mungkin....mungkin...amin. Just please dont compare our country with Venezuela and Iran. Semestinyer malaysia adalah berbeza dgn 2 negara tersebut. 

AREA =>
venezuela = Total 916,445 km² (33rd)
353,841 sq mi

iran = Total 1,648,195 km² (18th)
636,372 sq mi

malaysia = Total 329,847 km² (67th)
127,355 sq mi


 


 





Tuesday, July 15, 2008

free gift and japanese sofa



Awal bulan hari itu seperti biasa membeli formula Haziq. Selalu nyer beli sekali 4 tin lah, 900 gram per tin. Selalu mmg beli kat sebuah kedai nie..kiranyer murahlah beli kat situ rm41.90 per tin. Tapi masa beli barang dapur kat TESCO ampang tu..diaorang ada wat sell progress gold step 3 and step 4. Memang murah nyer..kira nyer klu beli formula ni kat tesco selalunyer harga dalam rm47 ke rm48 ke..aku rasalah...ialah aku mmg tak pernah beli formula ni kat tesco..still mahal lah bagi aku. Dan masa tu sell formula tu dalam rm37....murah tuu. So aku beli 3 tin jea. Duit cash bawa tak banyak masa tu. Yg syok nyer lagi..beli 2 tin formula tu dapat satu free gift t-shirt warna kuning --- tu yg Haziq tgk pakai tu ---. Padahal masih belum muat lagi patutnyer baju tu kat Haziq tetapi En Hendra boleh pakaikan juga baju tu. Chomel jea Haziq pakai baju besaq gitu :))
Satu lagi free gift pulak klu beli 1 tin jea formula tu dapat 3d alphabets puzzle. Amat chomel menda2 tu.

Tu picture Haziq posing kat japanese sofa dia. Chomelkan...kiranyer dia tahu da sofa tu dia punya. Selalu gak dia lepak kat situ sesambil tgk tv. Tapi idaklah lamanyer pun dia boleh duk diam gitu2. Kejap2 jea lah. Kekadang emak bapak dia duk situ..dia x de marah pun..cuma dia nak join duk sama2 lah. Alhamdulilah my son ni da boleh berkongsi2 da..maknanyer da boleh dapat adik da lah kan...insyallah klu ada rezeki.

aku da lama BENGANG ngan jiran aku nie..

ERM..Penat weh dari td trying utk upload images...asik2 internal error jea. Erm nampaknyer nenantilah masukkan gambarlah...SO citer benda lainlah.

Sebenarnyer ini bukanlah HOT issue pun. Tapi aku rasa perkara2 macam ni tetap perlu di di perkatakan. Masalah JIRAN dirumah kediaman. Aku ni sesungguh nyer da lama duk rumah yg aku duduk sekarang. Since aku bujang lagi and since kakak aku bujang lagi. Dalam da tu masuk 10 tahun maybe da rumah ni. Memula kakak aku duduklah. Pastu aku dapat duk sekejap ngan dia lepas habis study...then kakak aku kawin. Dia beli rumah kat BK 5, Puchong. And aku duk lah umah tu ngan abang and adik lelaki aku. Tapi dalam tahun 2006 gitu, adik aku dapat kerja kat JB..so dia pindah duk sana da. Manakala abang aku pun da pindah duk umah lain since aku pulak da kawin. Umah yg aku duduk ni adalah umah yg abah aku beli purposely utk kami adik beradik yg masa tu start keja kat KL..so idaklah nak menyewa lah masa dapat keja dulu...syukur alhamdulilah dapat abah macam abah aku..semoga ALLAH sentiasa murahkan rezeki dan sihatkan kesihatan abah..AMIN ya rabbil alamin. Umah ni abah da selamat tukarkan nama kenama kakak aku. Itu kiranyer hadiah abah kat kakak aku. And since kakak da ada rumah sendiri...aku lah sefamily duduk kat umah nie. Rumah aku pulak..erm..da ada da abah bagi..rumah aku ada kat senawang..teres 2 tingkat. Mmg aku tak pernah duk situ pun...ntah lah..sekarang2 ni aku benar2 terfikir nak duduk sana. Sebab sesungguh nyer bosan dan tak tenteram nyer duk kat umah sekarang nie. Ialah klu aku pindah senawang..semestinyer jauh gak aku nak pi kerja kat kajang ni. Tapi at list rumah sana tu besar dan aku mmg da JELAK duk KL ni. Aku lebih suka tempat yg tenang. Ntah lah...aku dan suami masih membuat pertimbangan utk pindah rumah ke senawang.

Back to cerita aku td. Aku sekarang ni duk kat umah kategori rumah flat lah. Rumah flat 4 tingkat. Harga rumah tu masa 1st owner rm 35'000 aku rasa lah...tapi masa abah aku beli, owner tu jual kat abah aku twice dari actual price...boleh gitu. Disebabkan abah payah nak cari umah sana sini da..abah beli je rumah tu dalam tahun 1995 kot aku rasa. Umah aku ni ada 3 bilik, rumah tepi dan ground floor. Adalah tanah kat belakang umah aku nie dalam lebar more than 3 feet dan lenght selebar umah aku lah.

Kerana rata2 jiran aku ialah orang melayu dan sudah berumur dan berkeluarga. Diaorang pun fikir aku ni duk menyewa jea lah. Sebab kami golongan muda. Satu hal yg aku mmg bengang ialah kat jiran sebelah blok aku nie. Da lama aku ANGIN ngan makcik nie. Berlagak sungguh.!!!!oleh kerana umah kau jea yg belum buat extand sampai habis tanah tu so makcik ni sesenang dia jea buat belakang umah aku ni macam umah dia jea. Dah lah pernah pun tidak bercakap ngan aku...pastu suka2 dia jea nak buat aper dia nak. Yang dia selalu buat ialah letak lah kerusi or what ever belakang umah aku pastu pi jemur keropok. 2 - 3 dulang gitu. Pastu pernah dulu dia wat kenduri..dan dan jea belakang umah aku jadi tempat sidai kain dia..1 - 2 hari gitu suka2 dia jea letak tempat penyidai dia kat situ. Haram dia minta tanya kat aku..wlu aku ni mmg klu cuti aku sentiasa ada kat dapur masak2. So tingkap dapur aku tu direct leh nampak aku klu nak tanya. Tapi tidaknyer pun. Last2 malam tadi En Hendra pi angkat tempat jemur keropok tu dan pi buang kat tempat sampah. Masa da jam 11.30 pm. Aku yg bg idea tu..sebab since pagi Ahad until malam isnin dia buat belakang umah aku tu macam hak dia pulak. Mentang2 lah aku ni muda...kiranyer x payah lah nak tanya2 kan...main suka hati dia jea kan. Makcik ni mmg poyo pun..ari tu masa anak perempuan dia kawin buat kat dewan pandan indahlah. Boleh dia hanya jemput orang2 yg kirenyer kaya lah utk attend wedding anaknyer. Boleh gitu...perangai buruk punya orang tua tu. Laki dia aku tgk mmg x pernah miss solat jemaah kat masjid dekat umah aku tu...tp bini...haprak tul...langsung tak tahu ADAT2 ORANG BERJIRAN.
Tu belum cerita orang2 yg umah ground floor cam aku nie yg telah membuat lot parking kereta belakang rumah sebagai hak sendiri. Padahal kita ni cuma bayar duit utk beli umah jea. Bukan beli parking kereta. Tapi ada tuan2 rumah nie..yg pasti nyer da tua2 dan sepatutnyer lebih tahu hal hukum hakam agama nie tapi leh amek enteng jea kan. Dia orang SO PROUD pagarkan lot parking itu sebagai hak diaorang. So bila2 masa leh kuar masuk kereta ditempat yg sama. Dan tidak berfikir kah mereka bahawa orang tingkat 1 - 4 kena parking jauh2. Aku seriously menyampah tgk muka diaorang2 ni yg hanya tahu pentingkan diri sendiri. Tidakkah mereka tahu diakhirat kelak dgn aper diaorang nak bayar hak2 orang lain yg mereka telah ambil tu??

Mmg aku baik ngan jiran seblok aku ni. Kira betul2 sebelah umah aku. Diaorang ni family India...tapi punyalah baik berbudi bahasa. Uncle tu da bersara dan auntie pulak surirumah..anak2 diaorang da besar but masih lom kawin dan duk ngan diaorang. So aku and En Hendra mmg baik ngan diaorang je. 

Aku bercerita bukan nak buka aib diaorang..tapi aku nak kita2 sama sentiasa sedar...JANGAN SESEKALI AMBIL BENDA YG BUKAN HAK KITA...berdosa..dan juga sama lah juga sekiranyer kita dapat sesuatu BENDA itu dengan cara yg mudah atau 'memijak orang lain'. Naper tak berusaha atas kemampuan sendiri....bila kita menerima sesuatu atas bukan kemampuan kita...boleh ke menanggungnyer nanti atau tenteramkan hati melakukan kerja tersebut..hahahah...terpesong pulak aku...okies..
APA2 HAL CUBA WAT SENDIRI..dan jgn lupa hak orang lain..sesama kita mengingati..
  

Friday, July 11, 2008

Haziq's in action..



Erm begitulah gaya nyer my Haziq ni klu dia dapat naik kat kerusi depan komputer. Jari2 dia yg kenit tu..kejap leh tekan2 keyboard tu..kejap2 lagi tu gerakkan mouse pulak. Ialah dia selalu tgk emak bapak dia ni wat camtu so dia pun nak buat gak. Pastu semua dia nak buat sendiri. Tgk lah tu kesukaan amat.



Majalan MANJA ni aku sempat beli kat s'pore hari tu. Harga nyer dalam SD4.90 kot. Walaupun convert ke duit malaysia kiranyer mahal la juga majalah tu. Tapi aku mmg ada lah sentiasa simpan duit SD ni. Klu x de duit pun aku minta jea kat sesaper cousins or auntie aku...boleh jea. So idaklah terasa mahal pun. Majalah nie majalah bahasa melayu. Aku mmg suka beli majalah nie sebab ada bagi free gift beg. Alah bukan beg mahal2 pung..tp seriously aku mmg guna beg tu utk sumbatkan notes or segala aper yg aku perlu bawa pi kelas untuk lecture. Kira senanglah..idaklah aku mana nak pegang notes..mana nak pegang bekas pen marker..and what ever lah.
Tgklah my Haziq tu..aku elok2 duk susun beg and majalah utk amek gambar. Dapat sekali 2 kali jea petik kamera..pastu da ditarik nyer menda2 tu semua. Sesungguh nyer anak aku ni dari dalam perot sampai lah la nie...AMATLAH ACTIVE!!!..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails