Followers

Thursday, July 31, 2008

Haziq and tv also my keychains.

Sekarang ni Haziq da boleh di suruh2. HHEHHEHHehhh. Haziq mmg da di buatnyer button kat TV sebagai permainan nyer. Ditekan2 sesuka hati .Aku berdoa semoga TV aku nie tak rosak punat nyer tu. TV ni aku beli sendiri masa tu, kongsi sikit duit ngan adik aku. Aku beli tv tu with cash money. Mengulupur juga lah bulan tu makan tak tentu sebab duit da tinggal tak berapa banyak. Tapi amat seronok kan..beli duit guna duit sendiri.
Klu di marah pun sikenit tu tak de gunanyer. Sekali kita marah sekali tu jea dia ingat...lepas2 tu di buat lagi dan lagi. Lagipun mengikut umur dia skrg, ingatan dia masih belum boleh utk ingat sesuatu menda baru lama2. So ikut suka dia lah nak tutup atau buka tv. Kekadang tu dia pi buka tv dan terus duk atas sofa. Konon2 tgk tv lah. Tapi kejap je tu..mana boleh Haziq duk one place lelama. Ada juga kekedang aku suruh dia buka tv...ahah..ok lah dia da faham. Dia terus gi depan tv dan picit button kat situ. Ahhhahh..da boleh disuruh2 da tu.
;))
HEHeEHEHE..menda kat bawah tu adalah koleksi keychain aku. Ada banyak sebenarnyer keychains ni tapi aku suka simpan yg betul2 datang dr jauh. So dr kiri ialah -
  1. Eifel tower, paris from Hanani - officemate aku.
  2. Wau bulan, from miri sarawak by my sister.
  3. Dari sabah by my brother.
  4. from perth australia - masa emak and abah melancong pi sana.
  5. langkawi - baru dpt by officemate, Aleyaa
  6. burung kenyalang also from miri by my sister.
Esok aku tak de until ahad. Klu tak ada aper2 hal, im back on monday..kat opis lah baru update.

aku MC hari ni and malam ni nak balik kg..leh mkn durian lagi..



Pagi tadi sebelum pergi klinik. Tgk tu Haziq punyalah payah nyer nak ambil gambar dia. Siap kena umpan dengan kunci rumah. Itu pun tak jalan jugak. So kena pegang barulah nak ambil gambar secara paksaan. Haziq ni sama ngan emak dia, amat kureng suka ambil2 gambar nie. Melecehkan jea sebenarnyer.
Erm aku MC lagi sekali pada minggu ini. Sorry to my students kerna aku kena cancel kelas lagi. Aku kena sakit -------, tu leh baca kat MC aku kat bawah tu. Total up aku cuma kerja 2 hari sahaja minggu nie. Dan hari2 yg aku cuti tu je lah aku ada kuliah. Heaven sungguh kan.



Esok aku mmg cuti..sebab nk balik kg da malam nie. Abah cakap esok lepas solat Jumaat kambing2 akan di sembelih and Haziq have to be there too. Atas sebab aper kena ada di sana..aku tak pasti lah pulak. Dan sekali lagi aku ingin menjemput sesapa saja yg KENAL aku dan SUDI, jemput datang yea kenduri pada 2 august / sabtu bertempat di no 66, kg terusan seberang, juasseh, n.sembilan.
Sebenarnyer kenduri ni dibuat dirumah mentua abang ngah aku. Kami sefamily dikg mmg da ibarat kan mentua angah sebagai family sendiri. Ialah angah da kawin ngan kak ipar aku ni da masuk 17 tahun rasanyer. La nie umur kakak ipar aku ialah 35 tahun dan abang ngah aku ialah 42 tahun. Diaorang mmg duduk kat umah tu sebab mentua abg aku nie cuma tinggal sorang je dah. Dan kebetulan ipar abg aku ni pun nak wat aqiqah utk anak dia..so abah and angah aku mcadangkan aku join sekali kenduri tu. Sebab sebelum tu pun mmg abah da rancang nak wat aqiqah Haziq, cuma tarikh belum di tentukan. Dan semestinyer klu kenduri di rumah kg aku ni selalunyer kak ipar aku lah antara org tukang INCHANGE nyer. Dah klu umah dia kenduri..pastu umah aku kenduri..SAH2 pitam akak ipar aku nie. Dia ni mmg part2 masak nie..amat lah WAALAH sungguh.
Dan abah, angah dan ipar dia setuju kenduri dibuat di rumah mereka di juasseh yg perjalanan nyer sejauh kurang 20 minit dr umah kg aku.
Jemputtttt yea datang..
Aku sekali lagi cuba menukarkan formula Haziq ke DUGRO 1. Tapi still sama mcm hari tu,Haziq tidak sesuai ngan formula tu. Since hari ahad hari tu formula da naik harga. Haziq nyer retail harga PROGRESS GOLD da naik dari rm44 ke rm 48 setin seberat 900 gram. Tadi pun aku tgk diapers HUGGIES L size da naik dari rm 35.90 before ke rm 40.90. Wehhhh..klu semua baby things naik harga..camna pulak orang yg ada anak ramai dan juga camna orang yg NAK anak ramai boleh survive. Sedih betul rasanyer.

Wednesday, July 30, 2008

Bila semua tidor awal...tp diaorang bgn semulalah..

Jam 8.55 pm. Semua orang da tidor. Memula En Hendra da tidor lepas maghrib lagi. Lepas tu Haziq pulak. Dua2 kepenatan sebab pergi playground petang nyer. Dan tak pasal2 aku keseorangan tengok tv. Tengok berita sorang2 sesambil tidorkan Haziq. Cian dia, penat betul. Sampai tertidor atas pangkuan aku sesambil aku tepuk dia tu. Pastu aku siapkan tempat tidor dia dan angkat dia dari atas sofa ke dalam bilik.

Jam 8.30 pm, aku tukar siaran tgk CSI drama. Lepas selesaikan letak Haziq kat bilik. Aku pi masak maggi. HEHHEHEahh..ialah kan awal aku makan nasi taddiii. Sure da lapar semula kan.
Memula aku bancuh instant paket tongkat ali. Aku amek En Hendra punya. Punya banyak aku letak air dalam cawan tu sebab aku x suka air manis sangat. Pastu fikir lagi...x akan lah minum air jea..pastu aku masaklah maggi CINTAN sebungkus + telor. eRM...x syok makan sorang2..sebab selalu nyer aku mesti makan 1 bowl tu berdua ngan En Hendra...tp dia tgh tidor..x akan lah pulak aku nak kejutkan dia. Dan aku makan gak sorang2..habis gak...
Jam 9.30 pm gitu..ada orang ketuk pintu umah. Ada orang cari En Hendra pasal hal semalam. Semalam tu until 12 lebih uncle chinese tu ada kat umah aku pasal problem kat notebook dia. And aku kena kejut MY PRINCE yg tgh tidor. Lepas habis En Hendra ngan uncle tu...aku ajak dia tgk PUSHING DAISY, aku suka sesungguh nye citer ni..best. But dia pi mandi dulu and lepas2 tu dalam jam 10.15 pm gitu..Haziq da bangun da.
Lepas tu tgk GHOST WHISPERING. Aku tak tahu pun DESPRATE HOUSEWIFE da habis...ermmm..aku suka tgk citer tu.
Jam da 11.30 pm..En Hendra suka2 hati dia paksa aku tgk citer DONT MESS WITH THE ZOHAN...wehhhh naper citer ni cam tu sekali..terkejut aku. Nanti citer kat lain post. Aku and En Hendra tidor jam 1.30 am. Haziq pulak tidor in between citer tu.

View from road at my office. Nampak highway PLUS. Pagar office aku ni berkongsi dengan highway PLUS. Kira dekat dengan exit Kajang juga exit Seri Kembangan. Dulu masa aku bujang..aku mmg balik KL pagi isnin direct pergi kerja dari Kuala Pilah. Kuar umah kat kg dalam kul 7 am gitu..dalam 8 ke 8.15 am gitu sampailah.

nAKKkkk sangat buku tuu..

Booooosannn...
Pagi td adalah buat kerja kat atas meja di office nie sikit2. Memandangkan hari ini jadual kuliah aku kosong so..aku lebih suka buat kerja aku sendiri..kerja2 office ni akan aku sambung petang nanti..klu aku rajin lah...ahahahahha..
Lepas tu terus searching kat internet pasal BUKU. Ada dua buah buku yg aku tgh AIMS sesangat nak beli. Memang da lama da aku tahu pasal buku2 nie. Tapi cuma aku tidak lah mencari beria2. Kebetulan aku jumpa buku2 tu baru ini.
Buku Asas Sulaman Riben @ Basic Ribbon Embroidery ini harga RM39.00. Kebanyakan buku English pasal sulaman riben mmg mahal. Hari tu aku da pergi tgk kat kedai buku di KLCC. For basic learner book ialah dalam harga rm 90 lebih perbook. Aduhhh...mahalkan. Itu belum tentu aku akan mengadap buku tu all the time. So bg orang baru cam aku nie sebaik nyer bermula da ri bawah dan pelan2. Aku jumpa buku Asas Sulaman Riben berbahasa melayu di kedai buku di Jalan Tar yg terletak sebaris dengan KFC kat situ. Tapi aku belum beli lagi lah. Sebab hari sabtu hari tu..gaji lom kuar lagi. Aku da lama da suka kat Sulaman Riben ni dan aku da ada complete set utk mulakan hobby baru nie..cuma aku lom ada kesempatan yg betul2 sempat utk mulakan project ni. Set aku tu, aku beli sendiri kat Ampang Park (bangunan berhampiran KLCC). Aku malas nak beli online. Memang ada jual online. Dan sebenar nyer banyak sangat examples utk mereka yg rajin tgk di internet klu nak belajar pasal sulaman riben nie. Dan kat bawah tu aku tunjuk contoh yg aku copy kat laman web maklang blog


Satu lagi buku yg aku da lama tahu ialah Personality Plus by Florence Littauer. Harga RM 27.90. Buku ni aku jumpa kat MPH di JJ maluri. Juga masih belum di beli lagi. Aku pernah baca sinopsis pasal buku ni di surat khabar dan aku amat berkenan sekali. Ni ada sedikit ringkasan pasal buku tu..
In this revised and expanded edition of Personality Plus, Florence Littauer draws upon the latest findings in the field of personality development to give you valuable insight for appreciating your one-of-a-kind, God-given personality. She includes a fun, revealing Personality Profile test that will help you learn how your unique blend of traits affects your emotions, work performance, and relationships. Through humorous anecdotes and straightforward counsel, the author helps you improve upon your strengths and correct your weaknesses


Dan tgk aku sibuk2 cari buku tu..En Hendra sending file kat aku through YM edit picture dibawah. Bagi aku..edit tu lawa...abg mmg waaalah part2 IT nie.

Tuesday, July 29, 2008

cuti2 mesra dengan rumah..

Alhamdulilah da makan nasi da td. Kiranyer lunch + tea. Bukan aper td pun aku breakfast da lewat pun. Td makan lauk sawi goreng dan ikan siakap masak pedas. Hhehehe jgn marah yea...lauk2 tu En Hendra yg masak. Aku cuma masak nasi jea. Sebenarnyer hari ini aku MC. Aku nak cuti berehat kat umah...sesungguh nyer aku amat malas nak pergi kerja. Sorry to my students sebab aku cancelkan kelas kul 2 pm td. Apa aku buat hari ini...aku duk umah jea. Kemas rumah, kemas bilik @ stor, baca novel yg belum2 habis tu. Ahah td kul 1 lebih td aku tgk movie baru actor Eddie Murphy title MEET DAVE. Citer comedy pasal tiny alien tp macam manusia yg datang ke bumi guna space ship bentuk sama mcm manusia. Tapi dalam space ship tu sebenar nyer ada tiny human kiranyer adalah alien. Best gak citer tu..wat rilex2. Tq to En Hendra sebab burn kan cite tu.

Sekarang ni kat umah aku tinggal sorang jea. En Hendra bawa Haziq pi playground. Aku..erm..ni tgh update blog. Klu si kenit tu ada confirm mana adanyer dapat duk depan PC ni. Ialah semestinyer Haziq nak control semua kat PC nie. Memandangkan baru2 nie dapat da beli sandal Haziq kat JJ...itu yg En Hendra beria2 nak bawa Haziq pi playground. Haziq sekarang ni da berlari2 da dalam rumah ni. Kecian kat dia..rumah kami ni chomel jea. So klu dibawa ke playground..pasti nyer Haziq boleh lariiiiii dan larrriiii sepuas puas hati . Semoga anak mama tgh happy tu..amin.

Semalam petang tu balik dari Warta Bangi aku beli things utk letak dalam bungkusan majlis aqiqah Haziq. Sweet yg biasa orang beli klu balik dari Mekah or Madinah. Juga sekali dengan jelly. Total up barang2 dalam bungkusan ialah bunga telor, sweet dan jelly. Klu ada aper2 lagi yg nak di tambah oleh family aku di kg..akan diketahui pabila balik hari jumaat nie. Macam tak sabar rasanyer nak tunggu hari kenduri. Rasa sangat gembira dan bersyukur pada ALLAH sebab Haziq nak Aqiqah. Semoga semua perjalanan kenduri di permudahkan Allah..amin.

Malam td masa nak pergi Tesco, Haziq nampak syok je tengok arah langit dari dalam kereta. Aku pun join lah tgk sama..rasanyer tak ada aper pun kat langit tu. Cuma bintang sebutir dan langit mmg gelap lah..sebab da malam. So aku cakap kat Haziq,

"Haziq tgh tgk STAR kea?"

Aku tanya banyak kali lah juga.Boleh lepas tu Haziq terus cakap...
"star"

Erm..ada penambahan perkataan baru dr Haziq nampaknyer...alhamdulilah.
Sila tengok gambar di bawah. Lihatlah aper si kenit tu buat sebelum pergi ke playground. Klu ada barang2 di dapati hilang kat dalam rumah ni..pasti nyer antara tempat yg kami cari dekat ialah tempat baju kotor ni.
Mereka da balik da..kena habiskan kat sini..chow

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails