Followers

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 - editeditedit

Kepada semua sahabat2 di dunia BLOGGER ini, myself nak ucapkan seperti yg tertera di kad di atas. Semoga hari raya kali ini lebih bermakna buat semua orang..insyallah.

Hari sabtu ni aku n family akan bertolak pulang ke kuala pilah dan kami akan berada di sana until sabtu next week nyer..insyallah. Memang kami tidak pulang beraya di Tawau..KENAPA ek?...Sebab nyer adik beradik En Hendra da cukup ramai (8 orang semuanyer) utk berhari raya bersama EMAK mentua tercinta ku disana. Aku pasti emak disana tidak akan terasa sangat klu kami tidak pulang ketawau. Sedangkan bila di kg aku pulak...cuma ada aku, abang ngah dan adik. Dan kakak aku pulak berhari raya di rumah mentua nyer pada kali ini. Abang ngah sekeluarga pula berhari raya di rumah mentua juga..cuma pada hari raya nanti abang ngah akan datang berhari raya di rumah. Adik aku tu pulak...biasalah budak lelaki, selalu kena cuti lambat dari office JPJ putrjaya sebab dia orang bujang. Lagi 2 orang adik beradik lelaki aku mungkin tidak bercuti di hari raya nanti.
So lihatlah..dan fahami lah. Klu aku juga pulang ke Tawau...SAPER NAK BANTU EMAK DAN ABAH AKU YG DA BERUMUR 65 DAN 69 MEMBUAT PERSIAPAN HARI RAYA. aaaahhh...aku tidak tergamak langsung membiar parent aku sendirian. Memang dari bujang until now aku lebih banyak berada dirumah bersama emak dan abah membuat persiapan hari raya.SYUKUR PADA ALLAH KERNA SUAMI TERSAYANG EN HENDRA AMAT MEMAHAMI KEADAAN AKU TU..TERIMA KASIH SAYANG KU. DAN SEMENJAK KAMI PERTAMA KALI BERAYA BERSAMA PADA TAHUN LEPAS, AKTIVITI MEMBAKAR LEMANG KEMBALI DI JALANKAN DIRUMAH KG. EN HENDRA DAN AKU BERSAMA MEMBAKAR LEMANG. KLU TIDAK MMG DA LAMA ABAH TIDAK MEMBAKAR LEMANG. IALAH ABAH DA TUA. SYOK SUNGGUH DAPAT MAKAN LEMANG YG DIBAKAR SENDIRI.

Bg akulah pulang berhari raya bagi pasangan suami isteri, sebaiknyer kita dahulukan yg memerlukan. Itu yg aku sempat tgk kat wanita hari ini tengahari td. Bila pelakon NADIA MUSTAPA yg da kali kedua berhari raya dirumah mentua nyer memberi alasan kenapa dia tidak berhari raya di rumah emak nyer sendiri. Ini adalah kerana ayah mentua nyer telah meninggal dunia dan 2 adik beradik suami nyer pulak berada di luar negara. So dia sepakat bersama suami utk berhari raya hingga tahun ketiga di rumah mentua sehingga adik beradik suami nyer pulang ketanah air. Beruntung emak mentua dia kerana dapat masih dapat beraya bersama menantu yg cukup memahami.

Wednesday, September 24, 2008

huggies Haziq..

Malam td kejenuhan juga mencari pamper Haziq. Bukan nyer x de kat mana2 kedai,tapi MAHAL. Ialah harga retail nyer klu x silap aku ialah rm47 rasanyer. Paling murah selalu nyer di kedai 99speedmart, tp da habis stok kat situ. Pastu pergilah econsave..erm rm43 rasanyer dan di giant pulak rm46 rasanyer. Ermmm...fikir2 payahnyer aku mencari rezeki...naper mudah2 jea nak buang2 duit beli pamper harga mahal2 sedang masih ada yg harga rm36.90 paling murah lah aku rasa masih ada dijual..tp mmg kena cari lah kedai Baby tu.
So tengahari td aku pi kedai Baby tu kat bangi...aku memborong sekali 4 pamper sekali. Stok 1 bulan. Dulu masa 4 bulan pertama masa Haziq lahir mmg aku belikan Haziq MAMY POKO. Tapi abah aku bisingg selalu..
"napernyer nak beli pamper mahal2 tu..buang2 duit jea. Kan bagus duit tu disimpan dalam bank Haziq jea".
Pastu kakak aku yg suggest so tukar guna Huggies. Aku ni mmg jenis low sikit dalam hati aku nie..aku fikir...kakak aku yg gaji mahal dari aku tu pun guna Huggies...naper aku nak poyo2 guna MAMY POKO lagi. So aku pun tukar guna Huggies.
Tapi nak pakai brand aper pun..terpulang lah. Duit sendiri cari kan..

Cousin 2 orang ni masa nak tunggu waktu berbuka pada hari sabtu hari tu. Emak bapak budak 2 orang ni berbuka puasa di restoren WONG SOLO. Punya lah aku baca kat internet..sedap bangat makanan nyer...tp..erm....dah lah mahal dan tidak ada kemungkinan akan datang lagi. Kecewa jea hati kakak aku...kerana dia yg belanja ktorang...tp makanannyer kurengggggg...

Ni kad raya kedua aku dapat dalam bulan ramadan ni. Yg pertama dari boss besar education..pastu yg ni dari officemate aku. Comellll jea kan...tq ALIA.
Hari ni aku buat kelas ganti 5pm - 6pm.

Friday, September 19, 2008

aku perlu siap kan teaching file

Sebenarnyer setiap habis semester TF ni mmg kena buat da, tp asik di tangguh2 jea. Baru semalam petang aku terhegeh2 melihat subject mana yg aku belum buat TF lagi. Rupanyer dalam kemalasan aku ni..ada terselit kerajinan yg kekadang sukar utk dijangka...alhamdulilah. Aku da siapkan TF untuk 3 subjects utk semester Nov 07. Punyalah semalam petang macam nak nangis sebab aku mencari2 file utk 3 subjects tu tapi..tak de langsung. Sudah...mana pulak aku nak mencari paper2 exam students yg lepas2 tu. Menda tu bukan boleh di buat2 pun. Cari punya cari...rupanyer da siap menda tu...aku jea da lupa yg aku nie da menyiapkan suku dari keja aku dulu2 lagi.
Yang belum siap ni adalah dalam 6 subjects utk semester March 08 dan separuh dari Nov 07. Tapi semua subject tu da siap dekat 80%, cuma nak siapkan beberapa form jea. Harap2 hari ni dapat siapkan semua lah. Sebab khamis dan jumaat depan ada ISO 9001:2000 Surveillance Audit (Internal Quality Audit).

Malam td ktorang pergi membeli barang dapur di Ampang, sambil berjalan2 di Ampang Point. Rasa dan kononnyer aku nak menengok baju raya. Untuk aku lah...heheheheh..sebab aku rasa baju raya aku yg da siap tu tak sepadan ngan baju melayu En Hendra dan Haziq. Aku luahkan menda tu kat En Hendra...so dia bagi green light utk aku mencari baju lain. Tapi aku ni kekadang cakap jea konon2 x berkenan...last2 nanti aku pakai je baju kurung raya yg da ada tu. Masa on the way balik tu, aku rasa badan Haziq tetiba macam panas. Risau pulak aku, cadang2 nak pi makan roti canai terus x jadi, En Hendra beli bungkus jea. Sampai rumah terus bagi Haziq makan ubat demam. Tapi tgk lah kat pictures tu...boleh dia duduk kat peti ais tu. So kat situ2 gak En Hendra bagi Haziq makan ubat. Alhamdulilah....menjelang masa nak tidor dalam jam 2am tu...Haziq da ok da.
Hari ini aku pakai baju kurung BIRUUUU...

Wednesday, September 17, 2008

sila-sila melihat gambar HERO aku..

Haziq dah bersiap nak kuar pi Bangi, sementara tunggu nak kuar umah, Haziq lepak kat sofa dia sambil tengok tv.

Haziq and Aezad masa baru jumpa before makan malam di Bangi.

Haziq OOOooo Haziq...boleh tak duk diam2....barang seminit dua.

Haziq da siap nak pergi makan sate di RnR awan besar.


Masa makan kat situ aku terpandang satu menda nie. Aku tengok dekat2, rupanyer pandan. Punya lah besar pandan tu. Baper agak nyer umur pandan nie?

Haziq da 1 tahun 3 bulan.

Lama da rasanyer tak update pasal perkembangan Haziq. Sekarang ni Haziq memang amat suka berlari sana sini dalam rumah. Berpeluh2 aku tgk dia lari sana lari sini...x penat agaknyer. Pastu mmg tak boleh dengar lagu kat mana2 pun mesti dia siap nari2, goyang2 tangan, pusing2 sampai pening rasanyer...mmg tak boleh duk diam. Padahal tidak nyer aku ngajar dia nari2 nie. Pastu kesukaan dia main phone rumah..pastu konon2 tgh cakap lah. Tapi sebenarnyer picit number pun tidak. Pastu hulur tipon tu kat aku or En Hendra, konon2 suh jawab tiponlah.
Gigi Haziq masih macam dulu, x de tumbuh gigi baru pun.
Haziq masih belum pandai bercakap, dia cuma suka panggil 'Baba'. Kekadang tu sekala sekala ada lah dia panggil 'MAK', tak pun dia panggil cousin dia 'JAD'. Klu dia nak apa2, dia main tunjuk jea..tak pun di tarik nyer lah tangan aku pi tempat yg dia nak benda tu. Kiranyer Haziq da faham banyak benda, cuma dia belum boleh cakap lagi.
Boleh jea En Hendra tu pi ngajar Haziq buat 'HIGH 5' kat tangan tu...so mmg pandai lah dia buat benda tu.
Dulu masa Haziq start boleh berdiri, mmg ktorang kelam kabut beli kipas siling, sebab Haziq da pandai nak pegang2 kipas meja yg tgh berpusing tu....wehhh risau sungguh aku ngan En Hendra masa tu. Sebab tu kipas kat bilik tidor ktorang dan ruang tamu di tukar ke kipas siling. Alhamdulilah juga x de benda buruk berlaku sebelum tu.
Tapi sekarang, Haziq da pandai da, dia tak de kisah pun kat kipas meja nie. Pasang lah, dia wat tak tahu jea...dan mungkin dia da tahu benda tu bahaya.
Haziq juga da pandai tunjuk kat mana gambar datuk dan nenek dia klu aku minta tunjukkan mana gambar diaorang. Picture tu ada di letak didinding. Kiranyer Haziq da kenal betul dengan datuk dan nenek dia. Klu ktorang da nak balik KL dari kg, Haziq boleh x kisah pun datuk dia dukung dia..dan parent dia nak balik KL....hehehe.
Satu aku tahu kesukaan Haziq ialah melihat orang masak. Setiap kali aku nak masak mesti dia merengek minta di dukung supaya dia nampak apa yg aku tgh masak, tgh goreng or what ever aku buat kat dapur. Klu part menumbuk bawang, aduh..mesti dia nak juga tolong menumbuk di lesung tu.
Masih tidak kuat makan...cuma kuat sungguh minum susu. Aku masih teruskan bagi Haziq susu PEDISURE juga susu PROGRESS GOLD dia. Di samping tu kekadang mmg bagi Haziq makan CALSIUM utk kanak2 dan juga VITAGEN.
Biasalah Haziq sama mcm cousin dia juga suka melihat2 apa menda dalam peti ais. Tu yg kekadang ditarik nyer tgn aku semata2 nak tgk jea dalam peti ais tu.
Aku rasalah berat Haziq sekarang mungkin dalam 9.5 - 10.5kg.
Paling lah suka nyer menjerit2...ntah apa yg dijeritkan aku pun tak tahu. Tp itulah salah satu hobby dia..kekadang terkejut aku..ialah takut aper2 benda da jadi. Padahal x de aper2 pun..sajer2 suka dia jea.
Masih tak boleh di lepas kan sendiri berdekatan dengan tangga...semesti nyer di panjat nyer nanti. So tangga kat rumah di kg dan rumah kakak aku mesti di halang dgn aper2 benda klu Haziq ada kat situ. Klu tidak nanti diam2 da sampai mana dia naik tangga tu.

Aku cuma tak sabar nak dengar Haziq bercakap betul2. Ialah anak kakak aku da umur 1 tahun 7 bulan...Aezad mmg da pandai cakap...tp biasalah..belum fully penuh satu perkataan..tp boleh lah dikatakan pandai cakap da.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails