Followers

Monday, October 5, 2009

Tired...

Tired nyerrrr.......

Perut kembali lapar semula. Bukan hendak makan nasi pun...cuma hendak makan roti atau yang ringan-ringan sahaja. Tapi roti rotian aku tertinggal dirumah. Sudah sampai office baru perasaan plastic itu tertinggal....whuauaaaa...

Pagi tadi sudah minum secawan air panas di rumah. Akibat jamming masa dekat hendak sampai di office membuatkan aku tidak sempat untuk breakfast berat pagi tadi. So terpaksa direct ke bilik examination sebab perlu ada di sana dalam jam 8.15 pagi gitu. Penat aku cepat-cepat punch card dan terus ke bilik exam. Alhamdulilah ada insan yang baik hati telah selamat menyusun kertas-kertas soalan di atas meja. Terima kasih banyak-banyak..jasa mu akan ku kenang sampai bila-bila. So dekat hendak jam 10 pag tadi aku pergi quick breakfast mee sup di kantin sekejap. Sudah lah kuah nya panas...terkebil-kebil makan cepat-cepat. Lepas itu aku tidaklah letak kuah kicap banyak-banyak sebab aku hendak cepat. Rasa kurengg je kan, makan mee sup layan bodoh gitu...hik hik. Ialah lagipun aku kena hormatlah member bagi aku slip out sekejap untuk makan...kan. Tidak akan lah aku hendak bersuka ria pula di kantin itu.

Habis exam tadi, aku kena balik kerumah sebab En Hendra tidak sihat hari ini. Aku terus pergi beli lunch dan terus drive balik. Sampai rumah terus juga ke klinik. Kecian En Hendra kena cucuk sekali. Lepas habis lunch together di rumah, aku balik ke office semula. Dalam jam 1pm aku selamat sampai di office.

Sebab itu lah im so tired.......pandan indah ----- > bangi -----> pandan indah -----> bangi

Jom layan air panas cicah dengan biskut kering-kering.

Friday, October 2, 2009

Perut buncit?? ----- update

Ermmm...tengah makan LAKSAM, 1st time makan menda ini...UPDATE -->>> SILAP RUPANYA, YANG AKU MAKAN IALAH LAKSA JOHOR (PICTURE BELOW). LAKSAM TU PUN SEBENARNYA AKU TIDAK PERNAH MAKAN PUN.
Pagi tadi ada POT LUCK aidilfitri office aku. So banyak jenis makanan lah yang ada. Aku cuma makan NASI KERABU jea. Itu pun dapat nasi yang warna putih jea, sebab warna biru sudah habis. Leh gitu. Tapi alhamdulilah pertama kali aku dapat makan nasi kerabu hasil tangan pure dari orang kelantan...amatlah sedap..

Laksa Johor (gambar hiasan)

Hik hik, ramai bertanya tentang perut aku yang comel ini. Sebabnya ramai yang tidak tahu aku sedang mengandung kali ini. Lagi pun office aku dengan member-member lama dari school yang berlainan semuanyer sudah jarang berjumpa sebab bangunan tempat mengajar pun sudah berlainan sekarang ini. So bila diaorang ada jemputan hari raya oleh office aku, barulah tahu yang sudah berbadan dua buat kali ke dua.
Bila aku cakap kandungan aku akan masuk 6 bulan, dia orang macam tidak percaya jea. Sebabnya perut aku kecik..katanyer lah. Ntah lah, mungkin sebab aku masih muat untuk berbaju kurung membuat diaorang macam kurang percaya gitu. Hinggakan officemate suka buat lawak mengusik aku dengan mengatakan perut aku ini macam buncit orang banyak makan gitu jea...hik hik. Padahal kesemputan aku bila berjalan sudah cukup untuk membuatkan yang aku ini sebenarnya tidak larat membawa perut.

Thursday, October 1, 2009

Permata hati.


Dari semalam aku memang penat sahaja. Lagipun aku memang hari-hari penat..hik hik. Sebenarnya aku kurang tidur sebab itu penat. Biasalah kan ibu mengandung susah hendak tidur lena sebab tidak selesa. Kejap ke kiri kejap ke kanan kejap lagi terlentang pula.
Alhamdulilah kandungan aku sudah masuk 23 minggu. Perut pun semakin membulat kedepan gitu. Tapi im still wearing baju kurung gitu. Ntahlah aku memang tidak minat langsung pakai baju maternity ni. Rimas kembang-kembang tu. Selagi muat dan boleh aku akan pakai baju kurung pergi kerja. Kalau tiada kelas, aku akan pakai seluar maternity dengan bloues yang longgar or bloues maternity. Tapi entahlah kan, nenanti kalau perut sudah amat membesar mungkin kena pakai juga baju kembang itu....OOOOOhhhhh tidak...harap-harap ada alternative lain juga pakaian aku nanti.

Berat sebelum pregnant ialah 65kg.
Berat masa kandungan 12 weeks @ 3 months ialah 59kg.
Masa aku timbang berat baru-baru ini untuk kandungan 22 weeks @ 5 bulan lebih, berat aku cecah 60.5kg gitu.
Rasanya aku sudah selera makan. Tapi entahlah kan.

Memang terasa sejak kandungan masuk 5 bulan lagi, betis aku sudah start kejang. Tapi kaki belah kanan sahaja. Kaki kiri ok jea. Padahal kereta automatik pun sakit kaki tekan minyak dan brek. Manja betul...tidak boleh aku bayangkan kalau aku drive kereta manual...mahu menangis-nangis dibuatnya. Memang berbeza masa pregnant pertama dulu. Kaki pun sudah mula comel tembam gitu. Sekarang ini, sejak minggu ini lah memang En Hendra akan tolong urutkan betis aku malam-malam.

"Terima kasih bang"

Yang syok lagi, memang Haziq ni prihatin budaknya. Ialah kalau aku muntah pun dia berlari dekat aku untuk urut belakang aku. Kekadang dia genggam tangan aku sampai aku habis muntah. Dia memang risau tengok mama dia ni muntah. Sedangkan kalau aku muntah dalam bilik air pun, dia dah risau-risau ketuk pintu sambil jerit-jerit...

"Mama utah..mama utah"

Bila aku keluar bilik air, mesti dia pergi dekat aku cakap balik apa yang dia cakap tadi.
Lagi sekarang ini kalau En Hendra urut kaki aku, dia pun tolong urut sekali untuk kaki belah kiri pula. Dia risau kalau mama dia tidak sihat.
Alhamdulilah baik budak kecik ini....padahal umur baru 2 tahun 3 bulan.
Sejak minggu lepas memang kadang-kadang Haziq ini merengek sebab gigi geraham dia hendak tumbuh yang baru. Kecian juga masa dia mengadu sakit, lepas itu tunjuk dekat dalam mulut dia. Tapi alhamdulilah kejap-kejap sahaja dia sakit itu. Selalu nya jari En Hendralah jadi mangsa gigitan Haziq. Suruh gigit benda lain tidak mahu..dia hendak jari ayah dia sahaja...ermmm...
Berat Haziq sekarang ini baru cecah 12kg lebih.

Wednesday, September 30, 2009

SEPI nya cerita ini...


Punyalah aku tunggu-tunggu hendak tengok movie ini malam tadi. Tapi rupa-rupanya filem ini amatlah slow bagi aku lah. Kisah cinta yang plastic gitu. Penat aku cuba juga untuk tengok sampai tamat. Dan dan aku tidak berminat dengan karya pengarah popular itu. Jalan cerita macam copy cerita hindustan copy cerita omputih...ish ish...
Bosan melihat adegan main tepung Afdlin dan Vanidah....
Boring dengan adegan Piere berpeluk dengan girlfriend dia kemudian masuk bilik tidur.
Tapi lakonan Nasha Aziz ok lah...hik hik..

Ahah sebelum itu aku sudah layan drama TARI TIRANA dulu. Aku memang tidak pernah miss drama ini. Memanglah cerita ini macam sesuka hati sahaja skrip dia, tapi at list cerita ini happy happy gitu.

Memang dulu nya aku peminat drama NURKASIH tu, tapi since sudah ada watak orang jahat (adik heroin) dalam drama itu. Aku terus tidak mahu langsung tengok drama itu. Bukan apa, sejak pregnant ini aku jadi sensitif dan emosi gitu. Aku tidak boleh tengok lakonan orang baik-baik di tikam dari belakang. Sampai laju sahaja degupan jantung aku kalau tengok semua adegan itu. Hahahah..boleh gitu.

Satu lagi aku minat gila dengan lagu soundtrack drama tari tirana ini....tapi aku tidak pasti lagi tajuk lagu itu ialah JATUH CINTA PANDANG PERTAMA atau KERANAMU KUTANGGALKAN EGOKU...entahh. Penyanyinya ialah AZFAR. Syahdu habis...layan sahaja. Semestinyer lagu Nikki itu pun best juga.
Bagi aku lah, episod 1 drama ini memang touching sungguh masa Wan Sharmila (Tirana) clash Shaz Jazle (Ash). Lagu yang di mainkan masa itu...aduhai..sedih aku dengarnya.


PENDETA
Sepanjang hidupku telah dihabiskan
segala masa dan usaha
kerana kamu

Sepanjang jalanan ku telah luahkan
segala kata dan kenangan
bersama kamu

Engkau siapa?
dipentas samaran sang Pendeta
asyik berpura

Kau sebenarnya
sekuntum debunga Wisteria
indah nan jelita
namun racun yang berbisa

Chorus:
Aku keliru sejuta lagu
kerna kekasihku
Ia bukanlah namamu

Aku mengaku belakangi mu
dialah jiwaku
disinggahsana Pendeta itu

Setinggi anganku dia diciptakan
sayang fikirlah oh apakah
pengertianku

Setinggi rinduku dibawa bayangan
sayang kemana fenomena
ketulusanmu

Tuesday, September 29, 2009

transformers movie.


Ahad lepas memang tiada kemana-mana pada waktu siang.
Ialahkan malam minggu itu sudah penat kaki aku ini berjalan mencari sandal. Tengahari itu kami lunch lauk kurma ayam yang di masak oleh En Hendra. Lauk itu memang kegemaran dia. Aku kurang larat hari ahad itu...kecian dia kena masak sendiri. Aku cuma tolong panaskan kepak ayam dari Tawau. Jumaat malam yang lepas kami dapat buah tangan dari Tawau. Mak mentua masakkan rendang daging, adik ipar aku pula tolong carikan kepak ayam dan ------- yang dicicah dengan sambal belacan (pedas gila tapi sedappp) sebab aku hendak sangat makan 2 benda itu. Alhamdulilah dapat juga aku merasa semua itu. Juga kuih raya yang adik ipar aku buat sendiri. Terima kasih sesangat. Kuih batang buruk memang En Hendra habiskan sendiri semuanya.

------- cicah dengan sambal belacan. Habis sepinggan aku makan. Lada besar itu pula dalamnya ada isi ikan. Sodappp..

Lepas makan En Hendra ajak menonton movie transformers. Mulanya malas hendak melayan sebab aku macam hendak baring sahaja. Lelama layan cerita itu, sedap pula. Penuh dengan action sahaja. Ialahkan cartoon ini memang kegemaran aku masa kecik-kecik dulu. Bila dapat tengok movie rasa lagi seronok kan. Bagi aku siapa-siapa yang minat cartoon ini sila-sila lah menonton movie ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails