Followers
Sunday, October 10, 2010
Kami bercuti disini...
Akhirnya kami 'bercuti' disini. Start petang Sabtu until Isnin esok ( cakap Dr pagi tadi ). Haifa warded di Pantai Hospital Ampang. Waima kami sekeluarga sama-sama menemani Haifa.
Doakan Haifa cepat sembuh...
Terima kasih.
Saturday, October 9, 2010
vacation - cancel - ??
Alhamdulilah hari ini hari Sabtu..cuti kan...best. Cadangannya sebenarnya kami sekeluarga hendak pergi bercuti hari ini. Destinasinya antara-antara sign diatas itu. Ialahkan, baru perasaan yang tahun 2010 ini, kami langsung tidak kemana-mana.
Sebenarnya memang sudah booking tiket untuk balik ke Tawau awal January lepas. Hatta aku pregnant dan bersalin bulan itu juga maka tiket-tiket itu terpaksa dibiarkan begitu sahaja...burn.
Then aku bersalin dan berpantang until awal April. Maklumlah Haifa masih baby, memang aku tak mahu bawa dia jalan jauh sangat. Tunggu besar sikitlah. Lagipun masa-masa itu, aku and hubby tengah sesuaikan keadaan. Anak sudah 2, kecil-kecil lagi. Everything is depend on us. So itupun memang kena ambil masa gitu.
Bila masuk bulan June pula, kerja aku pula jadi banyak dan banyak until lah awal Oct ini, memang sudah susutlah sebab kelas sudah habis. Ringanlah sikitkan. Walaupun aku tahu, mereka-mereka yang banyak kelas dan student macam aku tengah keluh kesah sekarang. Hatta perlu menanda report dan segala bagai. Biasalah kan, namanya pun cikgu.
Maka memang hari inilah, juga dalam bulan inilah aku rasa the best timing untuk pergi bercuti. Namun kita hanya mampu merancang, ALLAH juga tentukan.
My queen Cassandra masih demam lagi. Demamnya on off. So kami redha. Kesihatan sayang aku ini lebih penting.
Semoga cepat sembuh sayang mama....amin amin.
Oleh itu kami tangguhkan cuti gembira-gembira ini.
Lagipun tidak akan lari gunung di kejar. Waima kata makcik kantin aku, sekarang ini memang gunung itu tidak akan lari...tapinya gunung itu kena sodok selalu. Akhirnya gunung itu sudah tidak wujud lagi...pulakkan.
Thursday, October 7, 2010
Haifa demam
Semalam petang Haifa demam. Aku risau. Tapi hendak buat macamana, kerja banyak semalam itu. Malamnya kami mandikan haifa, masukkan ubat montot sekali. Alhamdulilah haifa tidur nyenyak juga. Walaupun demam, haifa tetap boleh gelak ketawa lagi. Kuat semangat aku tengok anak dara aku ini. Cuma dia hendak duduk dalam pelukan mama baba nya sahaja. Kurang aktif juga dia dari hari biasa selalu.
Minum susu dan makan makan tetap macam biasa.
Pagi ini Haifa masih demam, masuk lagi ubat montot.
Aku memang tidak boleh cuti, kelas aku pack hari ini.
Hubby yang jaga anak dara ini hari ini.
Mama doakan Haifa cepat sembuh ye sayang...amin amin.
Monday, October 4, 2010
Kerja jom kerja weh
Aku ini kalau story di sini tiada menda lain melainkan ayat PENAT dan PENAT. Tapi hakikatnya itulah. I'm tired. Tiada istilah yang lebih menggembirakan untuk di war war kan disini sebagai gambaran keadaan aku ini sekarang ini...itulah..kan.
Hari itu makan masa 3 hari juga untuk perut aku kembali betul-betul baik. Sepanjang Khamis petang until Jumaat aku cuma duduk dirumah. Tidak larat sungguh hendak kemana-mana. Hari Sabtu kami keluar juga sebab banyak barang anak-anak sudah habis. Sempat juga makan waffle coklat lepas shopping barang. Selalunya waffle kan warna kuning gitu, tapi yang ini memang perisa coklat. Peh berlemak sungguh, siap dengan jem coklat.
Sodap juga.
Pagi tadi tidaklah lambat sampai office, tapi sahaja aku tidak mahu breakfast. Alhamdulilah aku sudah makan roti sekeping masa layan jem on the way itu.
Lagipunnya, perut aku seakan-akan macam berangin, takut aku kalau jadi macam hari itu. Muntah teruk lepas breakfast. Tengah-tengah ngajar itu, perut aku macam sudah tidak larat lagi. Lapar weh, dekat jam 11am itu.
Habis kelas itu terus siap-siap pergi kantin, makan. Bukan makan lunch pun, walaupun masa itu dekat hendak masuk jam 12 gitu. Aku makan nasi goreng sikit dengan lauk scramble egg...hikhik..sodap.
Setakat ini memang gitulah rutin aku.
Habis minggu ini memang sudah seronok sikitlah, sebab kelas sudah habis. Waima tidak boleh seronok sangatlah jugakan sebab 'segerombolan' kertas yang sudah tinggi lebih 7 inci menunggu-nunggu untuk di tanda. Aduhai, siapalah hendak tolong aku ini.

Waffle yang aku makan itu memang color coklat bukan kuning.

Friday, October 1, 2010
Aku perlu berehat
Salam Jumaat.
Hari ini aku terpaksa ambil cuti. Demam dan sakit perut gastrik dari semalam memang sudah berkurangan tapi aku belum sihat sepenuhnya. Waima itu hubby suruh aku berehat sahaja di rumah. Juga rancangan untuk kerja hari Sabtu pun terpaksa cancel.
Ialahkan, siapa suruh overwork gitu. Kan dah jadi camni.
Habis itu hendak buat macamana, memang lepas raya hari itu until sekarang, kerja aku memang banyak. Stress aku dibuatnya.
Dekat hendak hari-hari aku balik jam 7 pm dan sampai rumah dalam jam 7.30pm gitu. Mana tak badan aku boleh tahan...kan
Semalam itu, aku muntah 2 kali di office. Sakit benar perut. Kalau sejuk memang tidak payah ceritalah. Masa aku tunggu hubby datang ambil aku, memang aku duduk luar office sahaja. Harapkan sinaran matahari, tapi semalam itu until 11 lebih cuaca masih mendung sahaja.
Lepas pergi klinik, sampai rumah terus makan ubat dan tidur.
Apa-apa hal aku malas hendak fikir kerja yang terlambak dioffice juga dengan meeting yang makan masa dari pagi until petang di office hari ini.
Biarlah...aku perlu berehat.

Gambar raya kami tahun 2010. Hubby sempat beli baju sahaja. Yang baju berseluar sudah sold out. Aku pula, i dont like my baju raya tu..memang hendak jual. Pakai untuk ambil gambar sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)