Followers

Thursday, August 9, 2012

Baru masuk kerja.

Alhamdulilah sudah 20 Ramadan.
Cepat sungguh masa berlalu kan.

Hari ini aku baru masuk kerja.
Selasa lepas aku tidak sihat.
So pergi ambil MC.
Boleh lagi HR tak clear kan lagi payment dekat situ.
Yang jadi mangsanya ialah aku lagi.
Makanya aku kena bayar sendiri.
Nanti buat claim di office, tidak suka sungguh keadaan macam nie.
Makanya hari Rabu pula aku email boss bagitahu situation klinik.
Aku ambil cutilah untuk semalam.
Eee, keadaan payment tidak settle ini membuatkan banyak cuti tahunan aku habis.

Story lagi, semalam aku ambil keputusan untuk tidak berpuasa.
Sungguh tidak larat sangat semalam itu.

Seronoknya petang semalam, aku goreng jemput.
Ala, jemput tepung buh kentang sikit.
Dapatlah tiga kali goreng.
Aku seronok makan jemput cicah dengan sambal sardin.
Haziq pula cicah dengan sos tomato.
Haifa dan Qeqeem makan begitu sahaja.

Alhamdulilah since cuti dari Sabtu lepas, aku happy sebab dapat suapkan makan tengahari dan malam pada anak-anak tersayang.
Kalau petang-petang itu, habis sahaja masak.
Aku terus siapkan sup dan nasi.
Then suapkan diaorang. Habis sepinggan tambah lagi sepinggan.
Memang tidak menang tangan di buatnya.
Lepas sorang, sorang lagi dan sorang lagi.
Kalau Qeqeem memang sentiasa berada didepan aku. Tidak hendak bergerak.
Nak buat macam mana kan, saiz badan kan besar sicomel aku itu.
Semestinya makan pun mesti hendak banyak.

Aku hari ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails