Followers

Friday, February 8, 2013

Kuih Cili aka Cili-cili.


Salam Jumaat.
Bestkan cuti Public Holiday berderu-deru menjelma.
Selamat bercuti until Selasa to uoll.

Hari ini aku hendak cerita penemuan aku.
Kerepek color color di atas nun.
Aku beli masa saing-saing aku dan hubby tengah mencari dan membeli stock kerepek bagai.
Sebenarnya kami sedang menambah satu lagi cabang bisnes kecil kami.
Semoga ALLAH permudahkan dan permurahkan REZEKI kami sekeluarga.

Kuih ini namanya kuih cili.
Memang arwah nenek di S'pore selalu buat kuih ini kalau Hari Raya.
Dan aku semestinya suka.
Rasanya manis-manis gitu.
Yang di atas itu ialah patern lain.
Kalau arwah nenek buat memang sebijik macam rupa cili api.
Saiz pun kecik-kecik comel.
Memang tiada siapa pun gantikan nenek untuk buat kuih ini lagi.
So sudah lama tidak merasa makan.

Tetiba jumpa itu lah, aku cukup teruja.
Namun memang tiada sale untuk kuih ini.
Rata-rata orang tidak tahu makan.
Atau mungkin tidak berminat.
Last-last aku yang makan anak beranak.
Aku search di google pun ada satu picture kuih ini.
Bila aku open, erm orang S'pore nyer blog.

Erm korang pernah rasa tak kuih ini?.

4 comments:

Unknown said...

fav nie & i been finding the resipi tau... ape agaknye resipi dia ek

Ms Haslina said...

Hi Noni,

Rasanya my mom ada resepi kuih ni. Sebab ini adalah kuih fav arwah nenek. Tapi tu lah, x sempat nak belajar dari mak lagi. InshaAllah will kongsi kalau ada nanti.

Unknown said...

Kak ... Faveret saye ni ... Arwah nenek dulu selalu buat ... Skang susah betul nak cari . orang boyan pon ade buat . tapi rase macam tak same pulak dengan arwah nenek buat

Anonymous said...

Pls do.. susah nk cari

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails